Wajah kita sebenarnya adalah bahagian paling sensitif dan perlukan penjagaan rapi. Jika tersalah makan atau memakai produk boleh menyebabkan kulit wajah mengalami masalah jerawat dan breakout yang teruk. Seperti perkongsian gadis ini di laman sosial yang ada masalah alergik menyebabkan wajahnya jadi rosak. Malah lebih mengecewakan apabila dia juga turut dikutuk teman baiknya disebabkan masalah ini.
Walaupun menyedari ia hanya gurauan tetapi baginya tetap terasa dengan kutukan dilemparkan. Namun begitu gadis yang dikenali dengan nama Shahidah di twitter ini tetap bersyukur dan masih punya keyakinan yang tinggi meskipun tidak mempunyai kulit muka sempurna.