
Isi Kandungan
ToggleWajah kita sebenarnya adalah bahagian paling sensitif dan perlukan penjagaan rapi. Jika tersalah makan atau memakai produk boleh menyebabkan kulit wajah mengalami masalah jerawat dan breakout yang teruk. Seperti perkongsian gadis ini di laman sosial yang ada masalah alergik menyebabkan wajahnya jadi rosak. Malah lebih mengecewakan apabila dia juga turut dikutuk teman baiknya disebabkan masalah ini.
Walaupun menyedari ia hanya gurauan tetapi baginya tetap terasa dengan kutukan dilemparkan. Namun begitu gadis yang dikenali dengan nama Shahidah di twitter ini tetap bersyukur dan masih punya keyakinan yang tinggi meskipun tidak mempunyai kulit muka sempurna.
Kulit wajahnya yang sebenar & dikutuk teman sendiri. Ibarat minyak dalam bas.
Muka memang lagi teruk.
Dikutuk teman sekerja sendiri, tapi mental kuat.
Dulu memang lawa.
Dia memang jenis gurau kasar.
Memang sensitif bila orang gurau macam ni.
Gurauan kali ini melampau.
Bukan sebab nak glamour, memang sakit bila kena hina.
Breakout sebab alergik.
Alergik dengan produk tenusu, habuk dan minyak.
Cuba pulihkan. Baru dua bulan guna produk bersesuaian.
Tapi tak teruk sangat pun.
Tunggu karma dari Tuhan.
Be strong sis.
Sis tetap lawa.
.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cuaca Tak Menentu Bukan Penghalang Untuk Anda Dapatkan Kulit Yang Cantik Apabila Menggunakan Nu Skin

Isi Kandungan
ToggleSeiring dengan peralihan masa, wanita masa kini ternyata lebih bersemangat dan berani untuk mengejar impian hidup masing-masing.
Namun dalam tidak sedar, situasi mencabar yang berlaku di sekeliling sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada diri anda termasuklah daripada segi kesihatan kulit wajah.
Tidak perlu gusar dan gundah, rangkaian produk Nutricentials® Bioadaptive Skin Care™ hadir sebagai penyelamat bagi membantu kulit anda menyesuaikan diri dengan persekitarannya yang sentiasa berubah-ubah termasuklah keadaan cuaca yang mencabar di negara kita.
Selain itu, produk hebat ini akan memulihkan kulit dan melindunginya daripada tekanan persekitaran termasuklah pencemaran, radikal bebas, sinaran UV dan cahaya biru.
Ramuan terbaik kulit kembali berseri semalaman
Menariknya, formulasi ‘Kompleks Botani Bioadaptive Nu Skin’ mengandungi campuran rhodiola, akar maral, ginseng Siberia, tumbuhan resurrection serta cendawan chaga yang merupakan tumbuhan yang bukan hanya mampu hidup, tetapi hidup subur di iklim yang mencabar dan akan membantu kulit melakukan hal yang sama sepertinya. Hebatkan?
Di samping itu, produk Nutricentials® Bioadaptive Skin Care™ juga akan melindungi dan mengimbangkan kulit pada siang hari daripada terik mentari dan menyokong proses pembaikan semula jadi kulit dalam masa semalaman.
Bukan itu sahaja, ia juga dapat menenangkan kulit yang letih, menyerikan semula penampilan wajah yang kusam, membuatkan kulit wajah bersinar serta tampak lebih sihat daripada sebelumnya. Anda juga pasti dapat merasai kesannya dari dalam.
Formulasi terbaik pelihara alam sekitar
Tak perlu ragu-ragu, setiap produk Nu Skin dibangunkan oleh saintis terkemuka dengan mengambil kira keadaan pengguna bagi menghasilkan formulasi Nutricentials® yang hebat dan bebas bahan-bahan yang berbahaya seperti parabens, formaldehid, hidrokuinon, minyak mineral atau phthalates dan banyak lagi.
Sememangnya kajian menyeluruh telah dilakukan oleh Nu Skin agar penghasilan formula yang terbaik lagi selamat dapat diberikan kepada penggunanya.
Jenama Nu Skin juga turut membantu memelihara alam sekitar kerana produk Nutricentials® Bioadaptive Skin Care™ dihasilkan menggunakan 100 peratus botol plastik kitar semula pasca pengguna dan 34 hingga 35 peratus tiub plastik kitar semula pasca pengguna.
Rangkaian produk mampu milik
Rangkaian produk ini mempunyai pelbagai produk yang dirumuskan untuk semua jenis kulit dan termasuklah HydraClean Creamy Cleansing Lotion, To Be Clear Pure Cleansing Gel, In Balance pH Balance Toner, Day Dream Protective Lotion Lightweight Day Moisturizer SPF 35 dan banyak lagi.
Hadir dengan harga yang berpatutan, anda pasti akan teruja untuk mencuba semua produk yang dihasilkan menerusi koleksi ini.
Peluang menarik!
Oh ya, jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara 25 peserta bertuah bagi menyertai workshop istimewa Nu Skin, ‘Bicara Rahsia Rangsangan Kejelitaan’ yang akan diadakan pada 3 Julai ini.
Diadakan secara virtual, anda dapat mendengar perkongsian menarik daripada pakar Nu Skin sendiri mengenai penjagaan kulit termasuklah daripada pempengaruh dan jurusolek selebriti, Bella Zahir dan Bee Ramza. Wow! Mana lagi nak dapat peluang begini?
Tunggu apa lagi sis, isi segera borang di bawah ini untuk mengetahui segala rahsia kecantikan bersama Nu Skin! Peserta bertuah akan menerima barangan produk bernilai RM147.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jaga Solat Ketika ‘Show’, Meski Perlu ‘Make Up’ Semula! Peribadi Wany Hasrita Wajar Jadi Sorotan Hijabi

Isi Kandungan
ToggleSejak merangkul kemenangan sebagai Bintang Paling Popular, nama penyanyi berwajah lembut bersuara gemersik Wany Hasrita tidak perlu diperkenalakn lagi. Malah, diari kehidupan ibu kepada seorang cahaya mata ini semakin sibuk.
Terdahulu, Wany berkesempatan bertemu dengan pakar motivasi, Prof Dr. Muhaya untuk menjalankan konsultasi mata dan membuat pembedahan lasik. Pertemuan itu juga sebenarnya lebih kepada perkongsian ilmu ibarat dari seorang guru kepada anak muridnya.
Meski apa sahaja aktiviti yang dilakukannya, menjadi sorotan follower dan juga warganet, Wany tetap menjadi dirinya sendiri. Wany yang dianggap sebagai ikon kepada para remaja telah mengambil kesempatan bertanya beberapa soalan kepada Prof Dr. Muhaya dan salah satunya adalah bagaimana untuk kekal istiqamah.
Bersolek Tapi Mahu Menjaga Solat Sebaiknya!
Menurut Wany sebagai public figure, memang dia sering sibuk dengan pelbagai urusan dari pagi hingga ke petang. Dan pada masa perlu bersolek dan juga menjaga solat.
Dalam bab ini, Prof Dr. Muhaya memberitahu Wany caranya dalam formula kehidupan adalah dengan berpandukan kepada Rukun Islam. Iaitu yang pertama syahadah, solat, berpuasa, zakat dan terakhir sekali menunaikan haji untuk melengkapi Rukun Islam berkenaan.
Jadi dalam hal ini bab solat jangan sesesekali ditinggalkan dan mesti diberi keutamaan. Dan menurut Prof Dr. Muhaya lagi jika seseorang itu niat menjaga solatnya, insya-Allah Allah akan pegang dan sentiasa menolong diri hamba-Nya.
“Jangan kita bergantung pada masa seseorang. Kalau sudah cantik, tambah solekan sedikit pun sudah terserlah kejelitaannya. Lagi satu kita perlu plan (jika ada apa-apa urusan) untuk solat di mana. Jadi tiada alasan untuk tidak kerjakan solat yang telah diwajibkan ini.”
Tambah Prof Dr. Muhaya lagi untuk menjaga solat walaupun ketika itu ada show, perlu mengambil wuduk siap-siap sebelum kita bersolek. Dan jika jurusolek tidak berkesempatan untuk menyolekan diri kita, cuba untuk melakukannya sendiri.
Jaga Batas Pergaulan Sesama Bukan Mahram
Beliau juga turut mengingatkan Wany agar sentiasa menjaga pergaulan. Menurut Prof Dr. Muhaya wanita ini adalah sesuatu yang sangat berharga dan jangan bagi orang lain tidak dikenali menyentuh kita sesuka hati. Kalau boleh sentiasa dekat dengan Allah dan Allah akan sentiasa berada dekat dengan kita.
Prof Dr. Muhaya juga turut memuji Wany yang menjaga auratnya dan itu adalah satu satu dari formula kejayaan. Selain itu, Prof Dr. Muhaya turut memberi tip dan nasihat kepada Wany untuk sentiasa menjadi insan yang sentiasa istiqomah kepada Allah.
Pertama cari ilmu dalam apa jua platform terkini, cari kawan dan guru yang bagus dan akhir sekali cari suasana tenang di persekitaran kita. Turut diselitkan agar sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa terutamanya ibu.
Tidak lupa juga diakhir pertemuan itu Prof Dr. Muhaya mendoakan agar Wany menjadi anak yang baik kerana aura yang terdapat dalam diri penyanyi jelita ini sangat kuat.
Sumber: Instagram Wany Hasrita
Artikel Berkaitan : ‘Kalau Tak Ok, Reda Jelah’- Suka Tudung Bawal, Wany Hasrita ‘Doa’ Je Agar Awning On Point!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Emma Maembong Akui Pernah ‘Breakdown’, Sarankan Agar Hijabi Jaga Emosi & Kecantikan Seiringan!

Isi Kandungan
ToggleSejak bergelar ibu kepada dua cahaya mata, penampilan Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong makin berseri dengan wajah yang manis.
Malah, Emma kini kelihatan lebih ceria dengan kulit putih merah jambu milikya, menimbulkan persoalan dikalangan para peminat, apakah ‘rahsia’ penjagaan kulit ibu kepada Shariq Gabriel dan Shakil Aryan ini.
Tak Sempurna! Emma Maembong Pernah Alami Fasa ‘Breakdown’

Ketika ditemubual HIJABISTA, Emma menyatakan bahawa dia juga sama seperti wanita lain diluar sana yang tidak terlepas dari menghadapi masalah kulit.
Emma turut berkongsi tentang pengalamannya ketika mengandungkan anak sulungnya, Shariq, dimana pada ketika itu dia mengalami masalah kulit wajah yang agak kronik.
“Masa first time saya hamil, muka saya agak teruk sehinggakan tak berjumpa dengan orang.
Artikel berkaitan: Hasilkan Look Ala Emma Maembong, Seri Ibu Hamil Mua Bellaz Pukau Setiap Mata Yang Memandang
“Saya sendiri tak biasa lihat perubahan kulit wajah dan fizikal badan saya, ada satu ketika saya menangis di dalam tandas. Suami terpaksa pujuk disebabkan perubahan yang saya alami ketika itu mengejutkan diri ini.” ujarnya.
Pelakon berusia 32 tahun itu berkata lagi tiada tip penjagaan wajah namun dia lebih akur dalam penjagaan emosi terutamanya ketika sedang hamil.
Malah dia juga akui selepas bersalin, penjagaan pantang amat ditekankan dan cuba untuk melangsingkan badan bagi kesihatannya.
Lepas Bergelar Ibu, Emma Makin Pandai Kawal Emosi Dan Kecantikan
“Bila dah hamil kali kedua saya semakin matang tak mudah melatah, saya dah pandai jaga emosi. Tengok sahaja muka naik jerawat, saya pakai face masker atau skincare, jaga sebelum makin teruk,
“Mengandung memang akan berbadan besar, lihat pula ramai kakak-kakak saya jaga badan jadi saya ikut cara mereka untuk penjagaan badan,
“InsyaAllah lepas bersalin saya akan cuba untuk kecilkan semula badan tapi bukan untuk suami atau orang, malah lebih demi diri sendiri dan kesihatan.” katanya lagi.
Sekadar info, Emma Maembong dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 20 Ferbruari 2020. Perkahwinan mereka diserikan lagi dengan kehadiran dua hero Shariq Arshan Gabriel dan Shakil Aryan.
Artikel berkaitan: Penampilan Emma Maembong Di Tanah Suci Berhijab Dan Berniqab Jadi Bualan Netizen!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI