Siapa tidak kenal dengan penyanyi dan pelakon yang cantik manis iaitu Daiyan Trisha. Baru-baru ini, Daiyan telah menghadiri acara konvokesyennya dan lebih menarik, dia berjaya mendapat anugerah dekan bagi pencapaian cemerlangnya dalam bidang akademik. Hebat sungguh Daiyan!
Gadis yang baru muncul dengan lagu Langit ini juga sempat menuis coretan kisahnya mengenai bagaimana dia mampu meraih anugerah dekan untuk setiap semester dan pada masa yang sama sibuk dengan jadualnya sebagai anak seni. Ternyata ianya tidaklah semudah yang disangka.
Walaupun sibuk dengan karier sebagai anak seni, Daiyan tetap fokus pada tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar !
Graduan BBA secara rasmi! Sebenarnya saya telah habis belajar setahun yang lalu tapi tidak mengapa saya mahu kongsikan kisah perjalanan saya bersama anda. Jika anda mengikuti perkembangan saya sejak dahulu, pasti anda tahu serba sedikit mengenai cerita yang telah saya kongsikan.
Terpaksa skip kelas sebulan (dengan keizinan pensyarah) kerana terlibat dengan penggambaran filem Busker. Pada waktu itu, saya menyiapkan segala assignment pada waktu malam selepas tamatnya shooting. Pada waktu yang sama, menjalani latihan industri di Levi’s dan menjadi duta bagi jenama tersebut.
Saya mengambil 6-7 subjek dalam satu semester kerana mahu habiskan pengajian dengan cepat. Sememangnya waktu malam saya digunakan untuk belajar selepas habisnya shooting pada hari sebelumnya. Selain itu saya juga menguruskan bisnes kosmetik saya.
Daiyan mengakui adakalanya dia juga berasa down. Namun, dia segera bangkit dan tetap tidak patah semangat!
Tertidur dalam kelas kerana jet-lag selepas pulang daripada tuntutan kerja dan sebagainya. Banyak kali juga saya rasa lemah semangat. Ini sememangnya gila! Walau bagaimanapun, saya tetap bersemangat untuk mengutip seberapa banyak A’s dan mahu cemerlang dalam setiap subjek yang saya ambil.
Datang lambat ke kelas pun dengan muka tak malunya duduk di barisan hadapan supaya saya dapat fokus. Alhamdulillah saya berjaya mendapat anugerah dekan untuk setiap semester.
Jika kita betul-betul berusaha, tiada siapa yang mampu menghalangnya.
Ada beberapa fakta menarik: Sepanjang 4 tahun pertama karier saya, saya sebenarnya merupakan pelajar sepenuh masa diploma dan juga ijazah sarjana muda. Saya rasa jika anda betul-betul komited bagi mencapai matlamat anda, tiada apa yang boleh menghalang anda daripada melakukannya. Dan jika anda bertanya mengapa saya melakukannya, saya juga keliru untuk menjawab sebenarnya. Tetapi, jika kita boleh berpatah balik ke masa lalu, saya tetap akan melakukan perkara yang sama.
Buat mana-mana gadis yang rasa hendak mengalah kerana stress dengan pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan sebagai seorang pelajar, usah bersedih lagi. Jadikan kisah Daiyan ini sebagai perangsang untuk maju ke hadapan. U can do it girl!
sumber: instagram @daiyantrisha
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI