Hari perkahwinan memang menjadi hari yang bersejarah buat sesiapa sahaja yang melaluinya. Seperti pengantin ini iaitu Siti Naqiah, walaupun terpaksa bertongkat di majlis resepsinya bersama suami iaitu Dr. Amirul Ariff, dia tetap kelihatan cantik dan manis sekali!
Difahamkan 5 hari sebelum majlis resepsinya, kakinya cedera kerana menyelamatkan seekor kucing daripada dilanggar kereta. Mulia sungguh hatinya kerana sanggup mengorbankan diri demi seekor kucing.
PART 1 (Doktor Amirul ariff & Siti Naqiah) .
sebak juga masa final fitting dengan naqiyah ?? ..
5hari sebelum wedding receptionnya kemarin dia cedera pada kakinya disebabkan nak selamatkan seeekor kucing . dan akhirnya dia terpaksa mengunakan tongkat untuk berjalan pada majlis istimewanya .
Dia sanggup korban kan diri hanya kerna seekor kucing . Ya Allah sangat mulia nya naqiah. semoga Allah memberikan kebahagian n kekal till jannah . amin yra . .
Pengantin turun dari singgahsana pelamin diiringi si suami. Walau bertongkat tetap anggun. .
Disebabkan kecederaan yang dialami, Naqiah juga terpaksa memakai kasut sneakers di majlis resepsinya itu.
Berseri sungguh wajahnya tatkala berjalan menuju ke suami tercinta dengan senyuman manisnya!
Tak semua orang sanggup melakukan pengorbanan seperti Naqiah ini. Semoga kakinya cepat sembuh dan moga perkahwinan yang dibina ini berkekalan selama-lamanya.
sumber : instagram @cosryofficial
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI