Sekarang ini sedang rancak berlangsungnya acara konvokesyen di universiti serata Malaysia. Pastinya waktu inilah para graduan hendak meraikan usaha keringat setelah berhempas pulas bagi mendapatkan segulung ijazah.
Ribuan graduan yang bergraduasi namun bukan mudah untuk mendapat gelaran graduan terbaik sesebuah universiti itu. Seperti Afrina Zulkifli yang dianugerahkan Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor, dia telah berkongsi kisahnya dalam mendapatkan keputusan cemerlang yang boleh dijadikan inspirasi buat semua.
Konvokesyen kali ke-2 saya di UiTM, hari yang penuh memori dan tak akan saya lupakan dan semat di hati.
Saya telah dianugerahkan Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor, juga dikenali sebagai Anugerah Yang di-Pertuan Agong. Sebenarnya anugerah ini disampaikan oleh Agong namun atas faktor yang tidak dapat dielakkan, Tuanku tidak dapt hadir pada majlis tersebut.
Di samping itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memainkan peranan dalam membantu saya mengecap impian menjadi Pelajar Terbaik UiTM (undergraduate) 2018. Saya terhutang budi kepada UiTM, JPA, ibu bapa, keluarga, pensyarah dan rakan-rakan. Saya tidak berada di sini hari ini tanpa bantuan dan sokongan daripada orang sekeliling.
Sedikit perkara yang saya rasa berbaloi untuk dikongsi: Dalam kehidupan, apabila kita jatuh, BANGUN dan usaha lebih lagi. Selalu ingat pada diri sendiri yang tidak semua beruntung seperti anda, mereka yang kehidupannya lagi sukar daripada anda. Bersyukurlah dan tempuhilah apa sahaja halangan dalam hidup anda. Winston Churchill pernah berkata, ‘kejayaan bukanlah finale, kegagalan bukan selamanya: keberanian berjuang meneruskannya yang diambil kira.’
Diri saya pada usia 17 tahun yang hanya mendapat 5As, dan beberapa B dan C sewaktu SPM pasti akan ketawa jika seseorang memberitahu saya akan menerima Anugerah YDP Agong… Saya pasti akan gelak dan berkata “ya, dalam mimpi’’ tapi saya rasa itulah yang orang katakan mimpi itu adalah percaya!
Oleh itu, bermimpilah dan sasarlah impian anda. InsyaAllah, mimpi anda akan menjadi kenyataan. Sentiasa rendah diri dalam setiap perkara yang dilakukan, kongsilah ilmu dan janganlah perkecilkan kejayaan seseorang tidak kiralah sebesar atau sekecil mana kejayaannya. Setiap orang mempunyai jalan hidup yang berbeza. Hidup bukan mengenai bersaing dengan orang lain tapi dengan diri kita sendiri.
Syukur Alhamdulillah untuk kesemua anuegerah ini:
Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor
Anugerah Terbaik Fakulti
Anugerah Terbaik Program
Seterusnya, graduasi untuk program sarjana saya di University of Manchester Disember ini!
Betul katanya itu. Tak semestinya gagal harini gagal selamanya. Yang penting kita bagaimana kita bangkit daripada kegagalan tersebut. Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat semua. Jangan pernah mengalah dan kejarlah impianmu!
kredit : instagram afweena