Sejak drama bersiri Nur bersiaran di TV3 awal Ramadan lalu, popularitinya meniti di bibir peminatnya. Ternyata drama yang sarat dengan mesej ini berjaya menarik perhatian ramai sehinggakan menjadi trending di kaca TV. Selain dibintangi oleh Amyra Rosli dan Syafiq Kyle, pelakon Noorkhiriah yang memegang watak Aishah juga turut menjadi perhatian. Wataknya yang dilabelkan wanita memakai tudung labuh bidang 60 tetapi hati begitu busuk dan penuh hasad dengki begitu menjadi.
Malah pelakon ini juga turut menerima pesanan dari netizen yang mengakui begitu membenci dirinya dalam drama berkenaan.
Namun sebenarnya itu bukanlah sikap sebenar pelakon serba boleh ini. Noorkhiriah yang terkenal sebelum ini dengan watak komedi adalah seorang pelakon yang sangat komited dengan kerja
Sebelum melakukan penghijrahan pada tahun 2011, dia memang dikenali sebagai pelakon berimej seksi dan jahil mengenai bab agama. Apa yang dia ketika itu tahu hanyalah dunia lakonan.
Walaupun ketika itu sudah berkahwin dan disuruh suami untuk memakai tudung, tetapi dia mengambil sikap acuh tak acuh. Ini kerana memikirkan tiada orang yang akan mengambil dirinya berlakon nanti.
Namun hidayah Allah itu belum terlambat walaupun dia menerimanya ketika berusia 35 tahun. Menurutnya dia berfikir positif kenapa Tuhan berikan detik penghijrahan di usia lewat.
Hikmahnya mungkin kerana tidak mahu dirinya terperanjat dengan perubahan dilakukan dan menanggalkan semua tudung kerana tidak puas dengan dunia lakonan ketika itu.
Penghijrahan ini menurut Noorkhiriah kerana merasakan dosa bagi mereka yang tidak memakai hijab itu akan ditanggung oleh ayah (jika belum berkahwin) dan suami jika sudah mendirikan rumah tangga.
Namun sejak berhijrah sekitar tahun 2011 itu Noorkhiriah terus kekal istiqomah berhijab. Walaupun tahu peluang bagi pelakon bertudung agak berkurangan, tetapi dia tetap merasakan rezeki Allah itu ada di mana-mana.
Setelah melakukan penghijrahan, dia dilihat sering menyampaikan dakwah bermesej kepada followernya di laman instagram.
Sebelum ini dia yang sudah hampir 20 tahun lebih dalam bidang seni memang ada mengumumkan untuk bersara dari dunia lakonan kerana kecewa dipermainkan. Tetapi drama Nur di bawah produksi Radiusone mengembalikan semula namanya.
VIDEO PENUH KISAH PENGHIJRAHANNYA:
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NOORKHIRIAH