Siapa tidak kenal dengan pelakon cilik Puteri Balqis Azizi atau lebih mesra disapa Aqish. Kini, keadaan kesihatannya menimbulkan pertanyaan ramai apabila perkongsian di Instagramnya menggunakan hashtag #fightcancer. Aqish sebelum ini dilaporkan menghidap masalah jantung.
“Dia telah menjalani rawatannya petang ini. Alhamdulillah Puteri semakin pulih.”
Status tersebut dipercayai dikongsi oleh ibunya, Norashikin Mohd Aziz yang mengatakan keadaan anaknya semakin baik.
Norashikin mengesahkan anaknya yang merupakan Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Asian TV itu menghidap kanser namun tidak menyatakan secara terperinci mengenai jenis barah yang menyerang anak kesayangannya itu.
Kami di Hijabista mendoakan agar Aqish cepat sembuh dan dapat terus aktif seperti biasa bagi mewarnai dunia seni tanah air. Ternyata Aqish sangat kuat menghadapi dugaannya ini. Jangan pernah mengalah wahai Aqish!
sumber: Berita Harian, instagram @rockingbalqis