Buat masa ini tidak dinafikan negara kita sedang mengalami cuaca panas dan dijangka sehingga penghujung Mac ini. Justeru kita dinasihatkan untuk menjaga kesihatan agar tidak mengalami penyakit seperti demam panas, batuk dan sebagainya. Pelakon dan pengacara popular, Neelofa juga turut tidak terkecuali mengingatkan kepada followernya supaya menjaga kesihatan dengan minum banyak air.
Ini adalah untuk seseorang itu kekal hydrated dan dia juga turut mengingatkan followernya supaya hanya kekal berada dalam rumah dan jaga diri sebaiknya.
Walaupun sebelum ini dikecam teruk gara-gara berfesyen dengan memakai skirt yang sedikit singkat hingga menampakkan bahagian kaki di Milan Fashion Week di Itali, namun sedikitpun tidak meninggalkan kesan pada selebriti ini.
Neelofa yang juga dilabel Ratu Fesyen dan Ratu Trend tetap menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang publif figure dengan menyampaikan pesanan khidmat masyarakat kepada semua followernya yang berjumlah 2.3 juta di laman sosial twitter.
Pesanan yang disampaikan ini turut mendapat respon positif daripada followernya. Posting itu mendapat ribuan retweet daripada pengikutnya di medium sosialnya.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM & TWITTER NEELOFA