
Setiap orang itu mempunyai perjalanan hidup yang berbeza. Mungkin luarannya nampak tenang dan ceria namun pada hakikatnya hanya Tuhan saja yang tahu.
Walau diuji dengan kanser, ternyata Puan Idayu tidak mengalah dalam meneruskan kehidupan dan tetap gigih berusaha mencari rezeki dengan menyara 3 orang anaknya. Cekal sungguh Puan Idayu ini!
Pelbagai jenis juadah yang enak lagi lazat dijual olehnya.


Nombor telefonnya untuk dihubungi…


Netizen terharu dengan usahanya dalam mencari rezeki yang halal.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan ke akaun berkenaan.

Sememangnya kisah Puan Idayu menjadi teladan buat semua dalam mensyukuri nikmat hidup yang Tuhan berikan. Kisahnya juga mengajar agar jangan sesekali mengalah dalam hidup walaupun diuji. Semoga Tuhan permudahkan urusan Puan Idayu. Amin.
sumber: twitter @IsskandarAriffin
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
4 Inspirasi Gaya Selebriti Popular Pakai Tudung Bawal, Ringkas & Stylish!

Tudung bawal kini menjadi trend dalam industri fesyen Muslimah. Pelbagai inspirasi gaya terutama di kalangan selebriti popular dapat dilihat. Ringkas namun tetap stylish!
Tarikan tudung bawal bukan sahaja kerana nilai estetikanya, tetapi juga kerana keupayaannya untuk disesuaikan dengan pelbagai pilihan pakaian. Secara tidak langsung penampilan akan kelihatan stylish walaupun ringkas.

Pemakaian tudung bawal bercorak menyerlahkan lagi penampilan hijabi yang anggun dan menarik. Motif yang pelbagai dan berwarna-warni menambahkan karakter unik pada penampilan seseorang.
Memilih gabungan tudung dan pakaian yang harmoni mampu menghasilkan gaya yang menawan dan meningkatkan keyakinan diri si pemakai.
Berikut beberapa motif inspirasi gaya selebriti popular yang memakai tudung bawal: –
AYANA MOON
Tudung Ayana Moon berwarna muave dengan reka bentuk ringkas bercorak geometri yang tidak terlalu berserabut.

Ayana Moon yang terkenal dengan gaya sederhana membuatkan tudungnya kelihatan minimalis namun tetap menawan.
INDAH NADA PUSPITA
Hijab Nada Puspita menggabungkan warna khaki dengan reka bentuk bunga yang berselerak.

Indah Nada Puspita juga sering menggabungkan elemen bertentangan tetapi harmoni dalam rekaan tudungnya, memberikan penampilan yang unik dan menawan.
ERINA GUDONO
Tudung Erina Gudono menampilkan warna pastel seperti pink lembut, biru muda atau mint green dengan reka bentuk bunga yang terang serta feminin.

NISMA BAHANAN
Material hijab Nisma Bahanan berwarna navy dengan reka bentuk bunga yang lebih besar dan menyerlah.

Nisma Bahanan juga sering memilih warna terang dan berani sekaligus menyerlahkan personalitinya yang menawan.
Apa pun, tudung bawal sentiasa relevan pada setiap masa. Selain rekaan dan coraknya yang menarik, tudung bawal juga mudah digayakan. Malah, pelbagai gaya boleh dilakukan dengan tudung bawal.
Mana satu gaya pilihan sis kalau bertudung bawal?
BACA JUGA: Wany Hasrita Lebih Selesa Gayakan ‘Tudung Bawal’, Kongsi Tip ‘Awning’ Kekal On Point!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
‘Rasa Sejuk Perut Ibu Mengandung’- Siti Sarah Bersyukur Anak Dapat Top 2 Pertandingan Hafazan

Penyanyi terkenal , Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak popular iaitu Shuib Sepahtu menzahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Uwais Al-Qarni berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan hafazan ayat suci al-Quran.
Sarah yang juga ibu kepada dua lagi cahaya mata iaitu Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin meluahkan rasa gembiranya itu di laman instagramnya.
View this post on InstagramA post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on
“Rasa bangga itu semestinya ada, tetapi perasaan saya lebih kepada rasa ‘sejuk perut ibu mengandung’’. Jujurnya ketika sedang mengandungkan anak-anak, adalah menjadi salah satu impian saya andai di antata mereka yang menjadi al-Hafiz.
“Jujurnya saya tidak terlalu memaksa anak-anak untuk lakukan apa yang saya impikan, sebaliknya apa yang diraih Uwais adalah atas minat serta kehendaknya sendiri.
“Sebagai ibu, sudah pasti saya beri sepenuh sokong atas apa sahaja minat serta kecendurungan anak-anak.
“Alhamdulillah, apa yang dilakukannya itu membuatkan saya bersyukur. Malah tidak pernah putus doa saya moga-moga apa yang dilakukannya ini akan diteruskan sampai bila-bila,” kata Sarah mengenai harapannya buat anak-anak tercinta.

kredit: media hiburan, instagram siti sarah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Terkejut & Marah Gambar Anak Dirakam Lelaki Berbangsa Asing, Wanita Ini Nasihat Agar Netizen Berhati-Hati Dengan Pedofilia!

Ibu mana yang tidak terkejut apabila gambar anak perempuannya dirakam secara senyap oleh lelaki berbangsa asing. Malah, yang membuatkan ibu tersebut menjadi marah apabila mereka berani merakam gambar di tempat terbuka iaitu di sebuah pasar raya yang terletak di Kulim, Kedah.
Dek kerana sifat keibuan yang tidak mahu anaknya menjadi mangsa pedofilia, wanita tersebut nekad untuk bertanya dan meminta lelaki yang datang bersama beberapa orang rakannya itu untuk membuka galeri gambar di dalam telefon bimbitnya.
Ternyata telahannya tepat. Memang ada gambar anaknya telah dirakam oleh lelaki tersebut dan dengan perasaan amarah dia meminta lelaki tersebut membuang gambar-gambar anaknya. Dalam masa yang sama, wanita ini juga perasan terdapat beberapa gambar kanak-kanak lain yang turut dirakam oleh lelaki tersebut.
Jom ikuti perkongsian wanita bernama Siti Umairah yang memberi seribu satu manfaat buat kita semua. Semoga anda di luar sana sentiasa berhati-hati dan menjadikan cerita ini sebagai iktibar.

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani.
Post kali ni mungkin panjang sikit tapi inilah yang berlaku kepada saya ketika membeli–belah di Tesco Kulim, Kedah. Tarikh kejadian 15.01.18, jam lebih kurang jam 9.00 malam. Saya tidak sesekali menyalahkan pihak Tesco dalam post ini. Harap anda semua baca sampai habis, baru komen. Dilarang maki hamun. Sila share post ini jika rasa berguna.
Tiba-Tiba Terpandang Sekumpulan Lelaki Berbangsa Asing
Saya dan Layla Salikin, kakak ipar Zadariah Zakaria berserta anak 3 org, mak ke Tesco Kulim nak beli diapers yang sedang offer. Sampai tesco, saya terlintas di kawasan baju kanak-kanak yang sedang offer jugak. Mak dah ke bahagian ikan ayam dll. Tinggal saya, Layla dan anak sedara, Zahra.
Tengah syok-syok saya pilih seluar dan acukan ke kaki Layla, mata saya terpana. 5 hingga 6 org bangla, salah seorangnya sibuk snap gambar Layla(saya agak je masa ni sebab kamera HP beliau menghala ke arah Layla). Bergetar badan ni haa. Depa ramai. Saya seorang diri.
Terus Pergi Serang Mereka
Saya gagahkan diri, bertanya dalam nada marah “buat apa?” Depa mula menjauhkan diri. Saya tolak troli dan ikut. Sambil jari menuding dan beri isyarat (mai sini) mulut saya lantang berkata “open camera gallery. Delete. I call police”.
Dan makhluk bangla yang pegang HP td patah balik dan mai depan saya. Yang lain dah x senang duduk dan ushar panas. Makhluk tu open gallery HP. Ada gambar Layla Salikin!!!!!! Dan saya perasan banyak lagi gambar, sepertinya gambar budak2!!!! Makhluk bangla delete gambar Layla. Mulut x berhenti cakap “Ok. Delete. Delete. Sorry. Sorry. I don’t know. Sorry. No police”
Tidak Dilayan Pekerja Pasar Raya Tersebut
Allah. Gais. Ampa rasa???? Saya ketaq segala-galanya. Saya p cari mak dan kakak ipar. Saya cerita. Dan saya bertekad nak inform pihak tesco. Saya nampak 2 orang staff kat bahagian keju. Saya beritahu. Depa x layan!!!! Depa suruh p customer services sebab manager ada sana. Seriuslah bhai???? Saya call suami beritahu semua yang berlaku tadi.
Saya teruskan ambil apa yang saya mau, masih nampak segerombolan makhluk bangla tu masih berlegar-legar dengan tangan seorang tu masih pegang HP. Saya bayar, p kaunter customer service n cerita. Staff tu cakap, “ok. Kami akan berhati-hati.” What? Tu ja? Xmau tanya aku ka makhluk tu yang mana? (makhluk gerombolan tu sedang menuju keluar tanpa membeli apa-apa barang)
Ambil Gambar Mereka Senyap-Senyap
Demmit. celaru. Ikut mak n kakak ipar yang tunggu kat food court. Segerombolan tu lalu dan benti kat kedai cermin mata sambil menerai. Saya snap gambar depa. Depa perasan n bercakap-cakap. Saya buat-buat cakap kat HP. Lama depa tunggu situ. Saya tunggu abang kat food court tu. Abang saya mai, bagi anak-anak main dulu, baru turun ke parking.

Turun parking, abam polis tunggu kat kereta dah. Nak ambil keterangan. Saya tunjuk gambar yang daku sempat snap tadi. Tapi bak kata abam polis, x boleh buat apa-apa sebab segerombolan makhluk bangla tu dah balik. Allah.
Nasib Baik Mereka Tak Mengganas
Gais out there. Parents out there. Maaf. Ntah kenapa saya x suruh ja makhluk tu delete semua gambar anak-anak. Maaf. Saya sangat blur. Ntah dari mana daku dapat kekuatan p ikut depa, saya pun x tahu.
Please. Sambil kita cuci mata, rupanya ada yang “curi” (cahaya) mata kita. Dalam kes ni, alhamdulillah, saya terrr berani. N alhamdulillah segerombolan makhluk bangla tu x mengganas.
Ni ja yg saya nak bgtau. Abam polis cakap “kita takut kes penderaan seksual kanak-kanak ataupun kes culik”. Abam polis sangat frust sebab segerombolan tu dah blah. Nothing to do.
Hati-Hati Ketika Membeli-Belah
Terima kasih pihak Tesco sebab tolong call abam polis. Tapi staff anda kurang membantu. Terima kasih suami tercinta sebab call polis jugak. Sayang, lain kali jangan kalut sangat. Huhuhu. Takut anak kita abam polis dok tunggu kat kereta. Ramai plak tu. Yang mata-mata, yang berseragam, yang bermotor besaq.

Masa saya taip ni, saya masih ketaq. Layla Salikin dah tido. Kalau rasa penting, sila share. Tolong lah semua. Beringat. Beringat. Beringat.
Alhamdulillah, mata saya dapat tangkap kegiatan depa. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.
Sumber: Facebook Siti Umairah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di

