Isi Kandungan
TogglePerempuan kalau bersiap nak keluar tu memang lama kan? Masa itulah baru nak gosok tudung, tudung tak menjadi, make up tak sesuai dengan warna tudung dan pelbagai alasan lagi hinggakan rakan yang menunggu pun naik bosan.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan sekiranya rakan anda sudah tunggu di depan rumah tetapi anda masih lagi belum memakai tudung? Nak gayakan hijab pun tentu akan ambil sedikit masa anda.
Mungkin anda boleh cuba 3 stail tudung ini. Bukan sahaja cepat dan mudah, malah cantik dan anda masih nampak bergaya. Cubalah!
[su_highlight background=”#fd746f”]Gaya 1:[/su_highlight]
[su_highlight background=”#fd746f”]Gaya 2:[/su_highlight]
[su_highlight background=”#fd746f”]Gaya 3:[/su_highlight]
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Atasi Masalah Remeh Dalam Berfesyen. Salah Satu Trik Bila Seluar Dah Sendat.
Isi Kandungan
ToggleMerawat item fesyen yang ada sedikit cacat-cela dari internet atau petua orang tua-tua ada kalanya ‘menjadi’ ataupun kebarangkalian sebaliknya. Jalan pintas, cuma padukan dengan sedikit daya kreativiti, hasilnya adalah penyelesaian yang bakal melegakan minda dan resah di hati hijabi.
Admin nak kongsi tersembunyi yang kemungkinan bakal memanfaatkan anda di kala berhadapan masalah begini. Bimbang mood untuk ke pejabat terus hilang gara-gara dek masalah ini.
1. Lembutkan Baju ‘T’ Dengan Garam
Teknik ini dijangka memerlukan sedikit masa dan inci kesabaran, namun ikhtiar nan minima. Hanya perlu rendamkan baju ‘T’ dalam larutan air garam (1/2 cawan) selama tiga hari dan basuh seperti biasa bersama detergen. Selepas dijemur hingga kering, fabrik baju ‘T’ itu akan terasa lebih lembut daripada sediakala.
2. Penggantung Ganda
Anda boleh menggunakannya untuk menggantung dua penyangkut baju secara serentak. Taktik ini juga dipercayai dapat menjimatkan ruangan di dalam lemari.
3. Saiz Aktual Seluar Denim
Cuci celana denim anda sebelum menghantarnya ke kedai jahit untuk diubahsuai atau servis ‘alteration’. Mengapa? Ini adalah kerana seluar jean akan senantiasa mengecut dan memanjang pabila dibasuh. Nah, hati-hati, ya!
4. Beg Tangan Kotor
Jika beg tangan anda terkena tompokan minyak, taburkan sedikit bedak bayi dan biarkannya semalaman. Menjelang pagi, kesan kotoran itu Insha-Allah akan hilang. Namun, jika kesannya itu masih kelihatan, ulangi langkah yang sama sehinggalah kesan tompokan itu hilang sepenuhnya.
5. Susunan Sistematik
“Sentiasalah menyusun pakaian anda dari ton terang hinggalah ke gelap. Mulakan susunan di dalam almari dari kiri ke kanan. Susunan akan kekal konsisten tanpa berserabut,” kata Melanie Charlton Fascitelli, Pengasas Clos-ette and Clos-ette Too.
6. Saiz Busana Ideal
Jika anda mencuba busana baru, acu kelim baju dengan tulang bahu dan bukannya pada tulang selangka anda untuk mendapatkan ukuran yang seakan-akan hampir tepat. Cubalah!
7. Cuka Kekalkan Warna
Tambahkan 1/2 cawan cuka putih pada bilasan akhir ketika mencuci untuk mengekalkan warna gelap pada celana jean anda. Pasti ia akan terlihat kekal baru tanpa lusuh.
8. Seluar Sendat
Terasa ketat pabila menyarung seluar pada batang kaki? Regangkan bahagian pinggang dengan tangan atau pengering rambut ketika celana masih agak-agak basah. Tujuannya adalah supaya seluar menjadi sedikit longgar daripada saiz terdahulu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas Sepit Rambut, Pemakaian Rubber Band Digayakan Neelofa Pada Tudung Pula Viral. Sangat On Point!
Jika sebelum ini viral pemakaian klip rambut digayakan usahawan, Vivy Yusof sebagai tambahan aksesori dalam berhijab. Malah ramai mengandaikan ia bakal jadi trend sempena Syawal ini. Selain klip rambut, rupa-rupanya pemakaian rubber band atau getah rambut digayakan pelakon dan pengacara popular Neelofa juga turut jadi perhatian netzien.
Ratu Trend ini bukan sahaja bijak menggayakan fesyen dalam penampilan, tetapi juga seorang yang sangat kreatif.
Trend Klip Rambut Sempena Rai Syawal Tahun Ini
Justeru sempena untuk merai sambutan Syawal, pelakon ini telah muat turut video tutorial hijab hanya dengan menggunakan getah rambut untuk melilit tudung secara lebih kreatif.
Bukan sahaja cantik, tetapi juga sangat kemas lilitannya. Tanpa menggunakan jarum peniti atau kerongsang, hanya dengan ikatan getah rambut membuatkan gaya berhijab sangat mengagumkan.
Bukan hanya satu gaya dibuat oleh Neelofa, tetapi beberapa stail yang sangat simple dan senang sekali untuk diikuti.
Netizen juga turut bersetuju, apa sahaja yang dipakai oleh pengacara Meletop ini sangat cantik dan sangat on point.
4tyaaa_ R u serious? Ikat macamtu pun on point. Cuba kalau kita ni pakai, emm bibik nya muka
eriyanie._ Guna getah je dah dapat look mcm tu nanti try buat masa rayalah huhu
su2ieana Lofa pn guna rubber band weh
di.yyana @_ni.saa kau try pakai pagi raya tayah serabut pin guna getah je sattel
nofisahanum_ guna getah pun boleh…
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Coklat Gelap Juga Merupakan Antara Solusi Elak Kejang Ketika Datang Period Supaya Hijabi Tak Kerap MC. Ini 4 Cara Yang Lain.
Isi Kandungan
ToggleKekejangan ketika datang bulan sering menjadi punca sesetengah wanita mengambil cuti atau MC sewaktu sedang bekerja.
Kebanyakan wanita berharap agar masalah ini tidak timbul ketika sedang bekerja kerana ia boleh buat mood anda melayang. Masalahnya, ketua serta rakan-rakan lelaki anda tidak memahami situasi ini.
Sesetengah negara seperti Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Taiwan dan yang terkini, Itali telah memberi inisiatif kepada pekerja wanita dengan memberi cuti haid berbayar. Untungnya kalau Malaysia pun beri inisiatif seperti ini kan!
Jangan bimbang hijabi, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk elakkan masalah kekejangan ketika datang bulan sewaktu anda sedang bekerja. Jadi, tak perlulah anda MC setiap bulan!
1. Pilih Kopi Atau Teh
Secawan kopi menjadi kebiasaan bagi sesetengah individu untuk memulakan hari mereka. Kopi cenderung menjadikan anda lebih ‘gembira’ dan ‘bertenaga’ kerana kafein mampu merangsang perasaan psikologi ini.
Walau bagaimanapun, jika anda mengalami kekejangan haid yang tidak baik (dysmenorrhea), langkah yang terbaik adalah dengan mencegah kafein. Kafein bertindak untuk menyekat saluran darah, mengurangkan aliran oksigen dan pemakanan yang menimbulkan kekejangan.
Teh merupakan alternatif yang lebih baik. Walau bagaimanapun, anda harus memilih teh tanpa kafein seperti chamomile, peppermint dan halia. Ia mengekalkan paras estrogen menjadi lebih stabil. Jadi, masalah kekejangan serta gejala PMS akan berkurangan.
2. Gunakan Pil Perancang (Dengan Kebenaran Doktor)
Pil perancang boleh diambil untuk mengawal keadaan hormon anda sepanjang tempoh anda period. Pil ini dapat membantu mengekalkan tahap hormon yang mantap dan mengurangkan masalah kekejangan yang anda hadapi.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk anda berunding dengan doktor terlebih dahulu kerana ia mungkin mempunyai kesan sampingan (berat badan, peningkatan selera makan) jika anda tidak mengetahui jenis serta dos pil perancang yang anda perlukan.
3. Gunakan Patch Terapi Haba
Terapi panas telah terbukti secara saintifik untuk mengurangkan kekejangan. Dengan menggunakan haba ke abdomen, saluran darah akan melebar, meningkatkan aliran oksigen dan nutrien ke otot yang sempit.
Haba juga membantu menghentikan isyarat sakit pada otak anda lalu meningkatkan tahap keselesaan. Terdapat patch terapi haba yang boleh diguna semula dijual di pasaram, seperti MenstruHeat, yang bertahan selama 12 jam (satu hari di tempat kerja).
4. Berjalan-Jalan
Berjalan kaki dari meja ke tandas, pantri (untuk mendapatkan teh) atau mesin fotostat benar-benar membantu anda.
Ia mampu meregangkan otot abdomen dan meningkatkan aliran darah ke otot yang sempit, melepaskan tekanan dan mengurangkan kekejangan anda.
5. Makan Makanan Ringan! Tentunya Yang Sihat. 🙂
Sesetengah makanan yang anda makan akan memberikan manfaat yang besar ketika anda sedang datang bulan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk kurangkan pengambilan makanan ringan. Lebih baik ambil buah-buahan kering, teh dan timun.
Coklat gelap juga merupakan antara solusi yang boleh membantu mengurangkan kesakitan period. Ia juga merupakan pilihan yang lebih baik berbanding coklat yang kandungan lemak dan tenusu tinggi.
Makanan sampingan seperti oat, buah-buahan dan salad juga boleh membantu mengurangkan gejala-gejala PMS seperti kembung, cirit-birit dan sembelit.
Perlu anda tahu bahawa tip ini hanya dapat ditangani untuk jangka masa yang singkat sahaja. Tetapi tip ini boleh membantu anda daripada mengambil MC setiap bulan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI