Pakai berbau hapak menyebabkan keseluruhan penampilan akan terjejas. Walaupun sudah dicuci berkali-kali, kadang-kala pakaian masih berbau hapak menyebabkan satu almari baju memberi bau yang tidak menyenangkan. Pakaian boleh berbau hapak jika tersimpan berlipat dalam almari pakaian dalam jangka amsa yang panjang.

Walaupun Dah Dicuci, Tapi Pakaian Masih Berbau! Gunakan 5 Bahan Ini Untuk Atasi Masalah Ini!
Sumber gambar: Victoria

Kali ini, team Hijabista akan kongsikan trik mudah untuk menghilkangkan bau hapak pada pakaian anda!

  1. Serbuk Kopi

Walaupun Dah Dicuci, Tapi Pakaian Masih Berbau! Gunakan 5 Bahan Ini Untuk Atasi Masalah Ini!

Serbuk kopi mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan. Isi serbuk kopi separuh ke dalam tin bertutup, tebuk beberapa lubang pada bahagian atas tin tersebut dan simpan di dalam almari. Sekali sebulan, tukar serbuk kopi tersebut untuk kekalkan kesegaran.

  1. Sabun Buku
Walaupun Dah Dicuci, Tapi Pakaian Masih Berbau! Gunakan 5 Bahan Ini Untuk Atasi Masalah Ini!
Sumber gambar: Karolina

Pabila sebuku sabun terdedah pada suhu bilik, ia akan menghasilkan aroma manis yang anda boleh gunakan untuk jadikan bau pakaian lebih wangi. Pilih aroma sabun buku yang membuatkan anda selesa dan berasa nyaman.  Letakkan lipatan baju di dalam kotak atau laci yang bertutup. Kemudian letakkan satu lagi lapisan kain nipis seperti napkin di atas lipatan baju tersebut dan letakkan sabun buku tersebut di atas lipatan baju tersebut. Tutup kotak atau laci tersebut. Setelah lebih kurang empat jam, pakaian tersebut akan menyerap bau sabun tersebut.

Ads
  1. Bebola Kapas dan Parfum

Walaupun Dah Dicuci, Tapi Pakaian Masih Berbau! Gunakan 5 Bahan Ini Untuk Atasi Masalah Ini!

Parfum tidak akan menyingkir bau busuk atau hapak, tetapi ia benar boleh melindungi pakaian dari berbau. Sembur parfum haruman pilihan anda pada bebola kapas dan letakkan ia ke dalam almari pakaian.

Ads
  1. Herba Dalam Uncang 
Walaupun Dah Dicuci, Tapi Pakaian Masih Berbau! Gunakan 5 Bahan Ini Untuk Atasi Masalah Ini!
Sumber gambar: Lilartsy

Isi herba kesukaan anda ke dalam uncang kapas. Kami cadangkan bunga lavender atau serai. Tutup dan letakkannya ke dalam gerobok pakaian anda.

  1. Semburan Kain

Walaupun Dah Dicuci, Tapi Pakaian Masih Berbau! Gunakan 5 Bahan Ini Untuk Atasi Masalah Ini!

Ads

Anda boleh DIY sendiri dengan menggabungkan essential oil serta air untuk menjadikannya sebagai semburan kain. Atau mungkin anda boleh dapatkan semburan kain yang beraroma untuk mengharumkan bau pakaian anda.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Walaupun Dah Dicuci, Tapi Pakaian Masih Berbau! Gunakan 5 Bahan Ini Untuk Atasi Masalah Ini!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI