Memang sukar dan sakit sekali rasanya apabila orang yang kita sayang telah pergi meninggalkan kita. Walaupun reda dengan takdir itu, tetapi sukar untuk mengikis segala memori indah ketika bersama. Seperti penyanyi Nora yang telah muat turut video menyatakan kerinduan pada arwah suaminya, Johan Nawawi yang semalam genap satu tahun lapan bulan meninggal mereka sekeluarga. Biarpun sudah lebih setahun kehilangannya, namun sukar untuk Nora menidakkkan rasa rindu yang dikongsi di laman sosialnya hingga mengundang rasa sedih dan terharu netizen.
View this post on Instagram
Dalam tulisannya itu Nora menulis semalam tarikh 24 September genap satu tahun lapan bulan arwah suaminya itu kembali ke rahmatullah. Ternyata pemergian Johan memberinya banyak erti kehidupan, hakikat dan takdir hidup yang sebenarnya.
View this post on Instagram
Hari ini 24/Sept/ 2018
Genap 1 tahun 8 bulan suami tercinta Johan Nawawi telah kembali kerahmatullah.
Sesungguhnya pemergian Johan telah byk mengajar saya erti kehidupan, hakikat & takdir hidup yg sebenarnya.
Tidak pernah terfikir akan pergi dengan begitu cepat.
Saya tak pernah terfikir dia akn pergi begitu cepat. Saya belum bersedia…. Ayah saya meninggal sewaktu saya berumur 15 tahun…dikala waktu remaja yg perlukan perhatian & kasih sayang seorang ayah…
View this post on Instagram
Pergi ketika mereka merancang untuk menyambut ulang tahun ke 25 tahun bersama. Dan kerinduan yang memang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.
Johan pergi diwaktu kami sedang bahagia dan merancang utk anniversary yg ke 25 tahun kami.Rindu mmg tak terkata….Kita hanya mampu merancang….Yg menentukan….bukan kita.Allah saja yg tahu.
Hadapi segala cabaran dan dugaan. Harus kuat demi anak-anak dan tak harapkan bantuan sesiapa. Allah sentiasa bersama.
Hingga kini,pelbagai cabaran, dugaan & ujian yg harus ditempuhi……saya tiada pilihan.
Semuanya harus diredah dgn penuh kesabaran, ketabahan & senyuman utk menutup segala keperitan. Demi anak- anak…..saya harus kuat. Saya tidak pernah mengharapkan bantuan sesiapa pun…..apatah lagi meraih simpati. Cukup lah Allah bersama saya.
View this post on Instagram
Tak kisah apa orang lain kata kerana mereka tidak berada di tempatnya.
Apa orang nak kata….katalah. Saya tak kisah… Kerana orang berhak berkata- kata & menulis apa saja. Mereka tidak berada di tempat saya….mereka tidak tahu bagaimana rasanya… Saya sudah maafkan semua.
Terima kasih semua. Baginya Johan tidak pernah mati dan akan sentiasa di hati.
Terima kasih buat semua sahabat & peminat yg sentiasa positive, memahami, sering membantu saya dlm apa keadaan sekalipun. Alhamdulillah…segala puji hanya bagi Allah.
Johan tak pernah mati.. Dia sentiasa dihati & jiwa selamanya. DOA kan yang baik- baik utk saya & keluarga. Al- Fatihah buat Johan Nawawi
Perkongsian video ini mendapat tontonan sebanyak 24K dan rata-rata netizen turun memberikan kata-kata semangat padanya agar terus tabah dan kuat.
aida_safie Be strong kak nora
idawatimohammad Hugs @itsnoraariffin ..Al Fatihah ..May Allah give you strength and blessings to you and your family
amniamin_ardiniarfan Semoga k.nora semakin.kuat.tabah.dugaan hidup manusia tdk sma
sugaida_oewil Isteri yang kuat dan sbar..smoga Allah memberi kekuatan untuk kak nora
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NORA ARIFFIN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI