Menunaikan solat menjadi kewajipan buat semua yang bergelar seorang muslim. Tak kira walau bagaimanapun keadaan kita, sihat atau sakit, dirikanlah solat kerana itu sahajalah masa istimewa kita bersama dengan Dia.
Menerusi perkongsian di Instagram @ilmfeed, dapat kita lihat seorang lelaki yang kelainan upaya (OKU) yang sedang mendirikan solat jemaah di masjid. Sebak rasanya melihat usaha dia dengan menggunakan kaki palsu. Nikmat Tuhan mana lagi yang kau dustakan?
Kita ada terlalu banyak nikmat untuk disyukuri. Yang paling kurang untuk kita buat pun hanyalah solat 5 waktu sahaja tanpa alasan.
Banyak pengajaran yang boleh kita dapat daripada video yang tidak sampai seminit itu tadi. Jika kita rasa penat untuk mendirikan solat, ingatlah ada orang lain yang lebih penat dan sukar daripada kita namun mereka tetap kuat melakukannya. Sama-samalah kita berusaha menjadi hamba yang lebih baik di sisiNya. InsyaAllah.