
Menunaikan solat menjadi kewajipan buat semua yang bergelar seorang muslim. Tak kira walau bagaimanapun keadaan kita, sihat atau sakit, dirikanlah solat kerana itu sahajalah masa istimewa kita bersama dengan Dia.
Menerusi perkongsian di Instagram @ilmfeed, dapat kita lihat seorang lelaki yang kelainan upaya (OKU) yang sedang mendirikan solat jemaah di masjid. Sebak rasanya melihat usaha dia dengan menggunakan kaki palsu. Nikmat Tuhan mana lagi yang kau dustakan?
Subhanallah… Meskipun nampak sukar namun dia tetap gagah melakukannya.
Kita ada terlalu banyak nikmat untuk disyukuri. Yang paling kurang untuk kita buat pun hanyalah solat 5 waktu sahaja tanpa alasan.
Banyak pengajaran yang boleh kita dapat daripada video yang tidak sampai seminit itu tadi. Jika kita rasa penat untuk mendirikan solat, ingatlah ada orang lain yang lebih penat dan sukar daripada kita namun mereka tetap kuat melakukannya. Sama-samalah kita berusaha menjadi hamba yang lebih baik di sisiNya. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Merendah-rendah Dan ‘Kondem’ Wanita Yang Cuba Berubah Dengan Bertudung, Tutup Aurat Dan Tidak Berhias Di bulan Ramadhan.

Merendah-rendah dan ‘kondem’ wanita yang cuba berubah dengan bertudung, tutup aurat dan tidak berhias di bulan ramadhan. Umum ketahui ada juga di kalangan selebriti memakai tudung ketika bulan ramadan, bukan sahaja mereka tetapi ramai juga wanita di luar sana mengayakan tudung semasa bulan ramadan.
Memandangkan mereka ini selebriti ramai yang mengata tentang mereka dan tak kurang juga memuji keindahan selebriti memakai tudung ketika bulan ramadan. Kecantikan mereka terserlah seperti Fazura, Elyana dan ramai lagi.
Sebahagian golongan yang merendahkan percubaan perubahan diri dan perkara baik yang dilakukan oleh rakan setugas dan kenalannya di bulan Ramadhan ini. Ada yang mengeji, menuduh hipokrit, mengutuk kononnya ‘bungkus sebentar’ dan macam-macam lagi kutukan.
Buat pihak yang mengutuk, sedarilah, anda sebenarnya sedang menjauhkan orang dari Islam dan hidayah Allah. Disebutkan dalam sebuah hadis :-
“Janganlah kamu mencela apa jua perkara kebaikan (yang dilakukan) , walaupun hanya sekadar seseorang bertemu saudaranya dengan wajah yang senyum dan riang..” ( Riwayat Ahmad , dari hadis Jabir , no 19717 )
Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, insyallah tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Justeru, apa jua kebaikan yang mampu diusahakan oleh seseorang terutamanya di bulan baik ini, kita ditegah untuk memperlekehkannya. Mana tahu ramadan adalah satu permulaan yang baik, bersama kita berdoa. Insyallah.
Antara selebriti yang manis mengenakan hijab:
Fazura (missfazura)
Elyana (Elyanaofficial)
IFa Raziah (ifa_raziah)
Nora Danish (noradanish)
SUMBER: PUSAT ZAKAT & INSTA SELEBRITI
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Lelaki Ini Pesan, Elak Jadi Mentua Dari Kayangan, Jangan Terlalu Mengharap Menantu Akan Ikut Semua Cara Mentua

Apabila berkahwin, seringkali kita mendengar tentang kisah ibu mentua yang tidak ‘ngam’ dengan menantu terutama menantu perempuan. Pendek kata ada-ada sahaja yang tidak kena di mata mentua.
Ye memang betul apabila kita berkahwin dengan pasangan, kita bukan sahaja berkahwin dengan si dia sahaja tetapi seluruh keluarganya. Oleh itu tentunya kita perlu mempunyai hubungan yang baik dengan seluruh keluarga.
Konflik akan timbul, biasanya antara ibu mentua dengan menantu perempuan kerana mungkin ibu mentua terlalu cerewet dan sebagainya.
Berikut perkongsian Akhtar Syamir.
Kebanyakan dari kita sudah berkahwin dan mempunyai anak. Sedar atau tidak, suatu hari nanti, In Shaa Allah kita juga akan menjadi mentua.
Di sini saya senaraikan apakah perkara, perbuatan dan kelakuan yang mesti dielakkan supaya kita juga, suatu hari nanti tidak akan menjadi Mentua Dari Kayangan.
1. Jangan amalkan sihir. Kalau benci sangat kat menantu sekalipun, jangan main bomoh. Sudahlah berdosa besar, keluarga anak sendiri pun porak peranda. Silap-silap sampai ke tua anak tu takkan bahagia.
2. Jangan membanding-bandingkan menantu. Tak kira la dari segi kekemasan rumah, kerajinan, kecantikan, kerja, cara melayan anak dia, harta benda dan sebagainya.
3. Jangan merendah-rendahkan menantu yang tak kaya dan mengangkat tinggi menantu yang kaya. Duit yang banyak tu tak boleh bawak masuk kubur pun. Yang penting kebahagiaan mereka sekeluarga.
4. Jangan menyibuk hal harta benda anak dan menantu. Mereka sudah besar dan biar mereka uruskan kewangan sendiri. Tak perlu masuk campur.
5. Jangan melaga-lagakan menantu. Ini mungkin ramai yang tidak sedar. Apabila di rumah menantu sulung, jangan puji sangat menantu yang bongsu. Bila di rumah menantu kedua, jangan melampau bercerita pasal menantu yang lain pula. Ini umpama melaga-lagakan mereka sedangkan menantu dan birasnya tiada masalah pun.

6. Jangan mengutuk fizikal dan rupa paras menantu. Tak kira la di depan menantu itu sendiri atau di depan orang lain. Hitam? Putih? Gemuk? Kurus? Tinggi? Rendah? Cantik? Buruk? Body shaming oleh mentua sangat menyakitkan hati sebenarnya.
7. Jangan memburukkan menantu dengan anak yang lain. Mak sendiri dah jadi ketua membawang, sama-sama mengutuk dan mengumpat menantu dan kakak ipar anak-anak tu.
8. Menantu bukan pilihan? Yang nak bersama dengan anak sampai ke hari tua anak ialah isteri diorang tu. Kenapa pula mentua yang nak berlebih-lebih nak yang pilihan sendiri? Menantu tu nanti akan tidur dengan anak, bukan dengan mentua.
9. Jangan terlalu mengharap menantu akan ikut semua cara mentua. Nak potong bawang pun kena ikut cara mentua. Nak lipat baju pun kena ikut cara dia. Nak masak kena ikut masakan dia. Nak jaga anak pun kena ikut cara mentua. Cara lain semua salah. Dia je yang paling betul.
10. Jangan terlalu membebel kat menantu. Itu tak kena, ini tak kena. Itu salah, ini tak betul. Ada je benda nak betulkan.

11. Jangan asyik mengungkit benda yang dah berlalu. Kalau menantu tu ada buat salah 10 tahun yang lepas, setiap kali berjumpa akan mengungkit benda yang sama. Walaupun dah minta maaf.
12. Jangan menyindir menantu. Bila nampak rumah ada langsir baru, pinggan mangkuk baru, baju baru atau perabot baru, disindirnya konon menghabiskan duit anak.
13. Jangan sentiasa menyalahkan menantu walaupun anak sendiri yang tak berguna. Tak boleh terima kenyataan anak tu yang bermasalah, tapi menantu jugak yang dipersalahkan.
14. Jangan sentiasa nak komen masakan menantu. Tak sedap, tak garing, tak lembut, tak lemak, tak pedas, tak itu tak ini. Semuanya tak menepati citarasa.
15. Jangan mengutuk, mengumpat dan mengata menantu dengan orang luar. Yang tak kena semua dicerita. Akhirnya akan tinggalkan tanggapan yang buruk kepada menantu.
16. Jangan cakap kasar dengan menantu. Main AKU ENGKAU je macam menantu tu orang gaji.
17. Jangan berlebih-lebih mengajar cara mendidik anak. Setiap orang itu unik dan ada cara masing-masing, menasihati dan memberi cadangan itu tidak mengapa, tetapi memaksa itu dah masuk kategori lain.
18. Jangan menghina menantu yang tidak mendapat zuriat. Bab zuriat ni rezeki Allah. Bab zuriat ini ada banyak sebab. Bukan sebab menantu je, anak pun boleh jadi sebab.
19. Jangan membanding-bandingkan cucu. Sekolah, tahap pembelajaran, rupa paras, bentuk fizikal dan segala benda nak dibanding-bandingkan.
20. Jangan menyalahkan menantu bila terjadi apa-apa pada cucu. Contohnya cucu kurus, menantu tak bagi makan. Cucu gemuk, menantu bagi banyak sangat makan. Cucu tak pandai, sebab ikut otak menantu.

21. Jangan body shaming cucu. Macam pelik kan? Tak pelik. Cucu yang tak cantik dikatanya hidung kemek ikut maknya. Yang hensem, ikut anaknya pula. Habis diceritanya cucu anak yang ini hensem, anak yang itu gelap. Cucu yang ini cantik, yang itu huduh.
22. Jangan bermulut jahat. Menantu setan katanya. Menantu hantu. Cucu macam monyet la kura-kura la. Ini realiti tau.
23. Jangan melaga-lagakan menantu dan anak. Dah tak suka menantu tu, dihasutnya anak macam-macam. Difitnah menantu tu itu dan ini supaya anak jadi benci.
24. Jangan asyik nak iri hati. Bila anak buat sesuatu kat menantu, jeles terus. Anak belikan menantu bunga, nak bunga jugak. Anak belikan isteri dia kereta, dia pun nak kereta jugak.
25. Jangan sentiasa bandingkan menantu yang bekerja dengan menantu yang tak bekerja. Yang suri rumah tu dianggap makan tidur je. Yang bekerja diagung-agungkan.
26. Jangan labelkan menantu pemalas bila tak nampak dia buat kerja. Bukan semua benda kita tahu dan bukan setiap masa kita boleh nampak.

27. Jangan tuduh menantu bomohkan anak bila anak beri kasih sayang dan membantu kerja rumah isterinya.
28. Jangan suka mengarah menantu macam orang gaji.
29. Jangan ingat kita sahaja yang betul dan menantu tak layak untuk beri pandangan.
30. Jangan lebih menpercayai orang lain berbanding menantu. Bila ada benda terjadi, tak nak dengar langsung penjelasan menantu. Orang lain kononnya lebih tahu.
31. Jangan sedap sangat mengutuk besan depan anak dan menantu. Itu mak ayah menantu.
Itulah serba “sedikit” benda yang kita bakal mentua ni perlu elakkan. Kenapa? Kerana kita nak hasilkan rantaian keturunan yang penuh kegembiraan dan saling hormat menghormati.
Sebagai mentua, usahlah kita terlalu masuk campur dalam urusan rumah tangga anak menantu. Biarkan mereka mengemudi bahtera yang dibina dengan cara mereka sendiri. Sebagai mentua, jadilah mentua yang menyenangkan bukan ‘pengacau’ rumah tangga anak menantu.
Sumber kredit: Akhtar Syamir
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sahih Atau Tidak Hadis Tentang Kelebihan Malam Raya, Ini Nasihat Untuk Dijadikan Panduan Di Malam Raya

Malam raya selalunya ramai yang sibuk menyiapkan persiapan akhir untuk menyambut Syawal. Dalam kesibukan membuatkan persiapan raya, ramai yang terlupa dan leka tentang bagaimana kita memanfaatkan malam raya dengan sepatutnya.
Mungkin ada yang tertanya-tanya sama ada betul atau tidak ada hadis yang menyebut tentang kelebihan malam raya. Hal ini kerana kebiasaannya pada malam raya, ramai yang menyibukkan diri dengan perkara yang lalai, tidak seperti malam Ramadan.
Hadis yang dimaksudkan memang terdapat di dalam kebanyakan kitab hadis. Di antaranya ialah yang hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah Al-Bahili:
مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ
Maksudnya: ”Sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya (aidiladha dan aidilfitri) kerana mengharapkan ganjaran kerana Allah. Maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana matinya hati-hati (manusia).” Riwayat Ibnu Majah (1782)

Yang dimaksudkan dengan hari di mana matinya hati-hati manusia adalah hari di mana manusia terlau cintakan dunia sehingga melupakan tugasnya sebagai hamba Allah SWT.
Sanad hadis ini adalah sanad yang dhoif. Ini kerana di dalam sanad hadis ini terdapat perawi yang dhoif iaitu Baqiah Bin Walid.
Ibnu Hajar Al-Asqalani menyebut bahawa hadis ini juga diriwayatkan dengan sanad yang lain. Iaitu daripada jlaan Bisyr Bin Rafi’ daripada Thaur Bin Yazid daripada Khalid Bin Ma’dan. Bisyr Bin Rafi’ adalah orang yang dituduh melakukan pendustaan. (Rujuk Talkhis Al-Habir Fi Takhrij Ahadith Al-Rafi’i Al-Kabir, 2/80)
Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi di dalam tiga karyanya iaitu Al-Sunan Al-Kubra (3/319), Syu’ab Al-Imam (3711) dan Fadhail Al-Awqat (150). Beliau menukilkan sanadnya dan meriwayatkan hadis ini secara mauquf[1] melalui jalan riwayat Ibrahim Bin Muhammad Al-Aslami daripada Thaur Bin Yazid daripada Khalid Bin Ma’dan daripada Abu Umamah.
Secara ringkasnya, Sheikh Syu’aib Al-Arnaut menyatakan bahawa hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah adalah hadis yang dhoif. Terdapat juga hadis lain yang mempunyai makna yang hampir sama dengan hadis yang telah disebutkan.
Hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Al-Tabarani daripada Ubadah Bin Somit bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ َصلَّى لَيلَةَ الفِطْرِ وَالأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَومَ تَمُوتُ القُلُوب
Maksudnya: Sesiapa yang mendirikan solat (sama ada solat fardhu atau sunat) pada malam hari raya aidilfitri dan aidiladha, maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana matinya hati-hati (manusia).” Riwayat Al-Tabarani (159) di dalam Al-Mu’jam Al-Awsat

Al-Haithami menyatakan bahawa hadis ini merupakan hadis yang lemah. Kerana di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Umar Bin Harun Al-Balkhi. Beliau ada seorang yang lemah hafalannya. Walaupun beliau dipuji oleh Abdurrahman Bin Mahdi namun beliau dikrtik hebat oleh oleh kebanyakan pakar hadis di zamannya. (Rujuk Majma’ Al-Zawaid Wa Manba’ Al-Fawaid, 2/233).
Oleh itu, hadis-hadis berkenaan menghidupkan malam hari raya kebanyakannya adalah hadis yang lemah. Namun begitu, kami melihat bahawa hadis-hadis tersebut termasuk di dalam fadhail ‘amal iaitu berkenaan kelebihan-kelebihan beramal. Ia bukannya berkaitan dengan hukum hakam sama ada halal atau haram. Jumhur para ulama membenarkan untuk beramal dengan hadis yang dhoif selagi mana ianya berkaitan dengan fadhail ‘amal. Inilah pandangan yang dikemukakan oleh Imam Al-Nawawi.[2]
Harus untuk menghidupkan malam hari raya dengan perkara-perkara ketaatan seperti solat berjemaah, solat sunat, membaca Al-Quran, bertasbih, istighfar, bertakbir dan sebagainya. Inilah cara yang paling terbaik untuk menutup lembaran Ramadan.
Bahkan, Imam Al-Nawawi menyebut bahawa harus untuk menghidupkan malam hari raya dengan perkara-perkara ketaatan dan ibadah.Inilah juga saranan yang telah diberikan oleh Imam Al-Syafi’I di dalam kitabnya Al-Umm. Walaupun hadis-hadis berkenaan menghidupkan malam hari raya adalah hadis yang dhoif namun ianya dibenarkan kerana hanya melibatkan fadhail amal.
Dikatakan juga bahawa doa mustajab berlaku pada lima malam. Malam tersebut ialah malam jumaat, malam hari raya aidilfitri dan aidiladha,malam bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban.Beliau bercerita bahawa para masyaikh di Madinah di zamannya pergi ke masjid. Mereka berdoa, bertasbih,bertakbir, berzikir dan beramal pada malam hari raya. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 5/42).
Berikut beberapa nasihat untuk dijadikan panduan pada malam hari raya:
*Hiasilah malam hari raya dengan bertakbir. Inilah syiar yang perlu sentiasa diamalkan dan jangan ditinggalkan.
*Bangun 1/3 malam dan lakukan solat sunat. Penuhkan dengan ibadah-ibadah ketaatan yang lain seperti membaca Al-Quran, berzikir, bertasbih dan berdoa. Mohon pada Allah agar Allah memberikan pengampunan dan berdoa agar dipertemukan kembali dengan Ramadan yang akan datang.
*Jangan cemari malam hari raya dengan perkara-perkara yang lalai dan tidak mendatangkan faedah.

Melihat kepada apa yang telah disebutkan, marilah kita sama-sama menghidupkan malam hari raya dengan perkara-perkara yang boleh mengingatkan kita kepada Allah. Di samping kita membuat persiapan untuk menyambut syawal, jangan kita terlalu seronok sehingga terlupa bahawa kita adalah hamba Allah. Jangan kita tutup bulan Ramadan dengan melakukan maksiat kepada Allah SWT.
HIJABISTA: Gunakan kesempatan di akhir Ramadan untuk meningkatkan amal ibadat, bukannya berlumba mempersiapkan diri dan keluarga menyambut hari raya semata-mata.
Sumber kredit: Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Top image: Photo by Rodnae Productions from Pexels
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di

