Sejak melahiirkan bayi pertamanya 1 Rejab lalu, penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza memang banyak berubah. Tubuhnya yang kini kekal langsing bahkan dipuji netizen seperti anak dara. Walaupun mengetahui saiz fizikalnya sudah berubah, namun beliau tidak bercadang untuk mengeluarkan produk pelangsingan badan. Menurut isteri kesayangan Datuk Khalid Mohd Jiwa ini, fokus beliau kini hanya pada perniagaan produk kosmetik dan penjagaan tubuh badan.

“Buat masa  tidak ada cadangan lagi  untuk buat produk pelangsing badan kerana bab-bab macam ni mereka mahukan keberkesanan. Kalau saya betuL-betul  mengamalkan satu produk nanti, barulah boleh kongsikan dengan pembeli atau pelanggan.

“Sebagai usahawan fokus saya kini adalah hanyalah pada produk penjagaan wajah, komsetik dan juga parfume. Kalau ada pun mungkin saya akan keluarkan losyen badan dan juga makanan kesihatan untuk dalaman.

“Apa yang penting saya mensasarkan produk yang dikeluarkan lebih kepada soal bersih, selamat dan halal,” ujar Siti ketika ditemui usai majlis Simplysiti Raya Gathering bersempena Ulang Tahun Kelapan Simplysiti miliknya di Menara Kuala Lumpur.

Ads

Menurutnya, beliau lebih gemar berkongsi sesuatu produk yang memberi ilmu kepada pengguna. Malah sejak lapan tahun mengusahakan Simplysiti juga, mereka tidak menggunakan bahan terlarang dan paling penting telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan.

“Saya juga tak akan buat produk pemutih yang segera untuk mencerahkan wajah. Sebaliknya produk Simplysiti diyakini selamat, bersih dan hasilnya akan terserlah jika kita pakai secara konsisten. Perubahan berlaku tidak mengejut dan paling penting ia juga di jual dengan harga mampu milik.

“Kami juga tak perlukan gimik kosong sebaliknya lebih bertanggung jawab untuk melariskan sesuatu produk itu. Tidak ada guna promosi secara gempak, tetapi hasilnya tidak seperti dijangkakan. Apa yang penting beri ilmu kepada pengguna kami bahawa produk ini sesuai digunakan dalam lingkungan usia dari sekolah menengah, remaja hingga ke 40 tahun ke atas.

Ads

“Ramai di kalangan pelajar dan suri rumah yang masih setia menggunakan produk ini  dan buktinya kami masih boleh bertahan hingga ke hari ini. Namun saya juga tidak dapat lari dari berdepan dengan pelbagai dugaan sepanjang tempoh itu,” tambahnya yang pernah rasa ‘give up’ untuk berhenti berniaga sebaliknya beri tumpuan pada bidang nyanyian sahaja.

“Masa tu tahun ketiga atau keempat, saya rasa give up sampai cakap pada suami nak stop dan fokus pada bidang nyanyian sahaja. Mujur suami pujuk dan bagi sokongan serta kata-kata semangat pada saya. Sememangnya saya sangat bersyukur dengan sokongan insan-insan ini yang tidak putus-putus menyokong pada belakang,” tambahnya yang turut berdepan masalah lain sepanjang memasarkan jenama ini.

“Cabaran lain yang saya hadapi seperti stok hilang, kecurian dan banyak lagi. Dan paling terbesar sekali adalah dari segi kos sebab kami ingin memberikan produk yang selamat kepada pengguna,” jelas Siti yang bersyukur kerana masih boleh bertahan kerana ramai menyangkan jika produk dari selebriti selalunya tidak mampu bertahan lama.

Ads

Penyanyi tersohor negara ini yang tampil menawan petang itu juga turut membawa permata hatinya, Siti Aafiyah ketika majlis semalam.

Menurut Siti, produknya kini bukan sahaja boleh didapati di Watson, tetapi juga di butiknya di Creacion By Siti Nurhaliza dan juga turut dijual secara online.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM OFFICIAL SIMPLYSITI

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI