Ini adalah satu peringatan penting buat anda semua. Jangan sesekali mudah menyebarkan nombor akaun bank anda di media sosial. Walaupun rasa macam ‘alah ada 20ringgit je dalam bank’. No! Jangan sewenang-wenangnya menyebarkannya kerana ia boleh menyebabkan anda menjadi mangsa ‘scammer’.
Ikuti penjelasan daripada Hafizul Jamalil di twitter bagi mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Scammer akan buatkan anda terpedaya dengan tipu helahnya.
Bila panik, anda akan mudah terikut dengan kata-kata scammer.
Hati-hati guys! Bila dah tertipu memang susah untuk menuntut duit kembali. Oleh itu, beringatlah.
kredit: twitter @HafizulJamalil
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hand Sanitizer Beralkohol! Apakah Hukum Menggunakannya Ketika Solat. Ini Penjelasan Mufti WP
Kemunculan penularan virus Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia menekankan perlaksanaan menjaga kebersihan bagi mengurangkan risiko dalam jangkitan virus ini. Salah satu cara pencegahan yang berkesan adalah dengan kerap mencuci tangan sama ada dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer.
Tapi mungkin ada antara kita yang tertanya-tanya sama penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) semasa melakukan solat adakah ia dikira sebagai najis kerana kandungan alkohol di dalamnya. Berikut adalah penerangan yang jelas dan padat oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri merangkap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
Hukum Menggunakan Hand Sanitizer Beralkohol Ketika Solat – Mufti WP
Soalan: Assalamualaikum Dato. Terdapat masjid yang meletakkan pencuci tangan pada pintu masjid. Jadi, bolehkah menggunakan hand sanitizer ketika melakukan solat adalakah ia dikira najis disebabkan ada alkohol di dalamnya. Mohon pencerahan Dato.
Terima kasih
Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Dalam melakukan ibadah solat, di antara syarat sah solat yang wajib dipatuhi adalah menghilangkan najis yang terdapat pada badan dan pakaian. Persoalan pada kali ini adalah untuk menjelaskan penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) ketika hendak melakukan solat.
Justeru sebaiknya kita membahaskan tentang apa yang terdapat pada kandungan dan bahan yang digunakan di dalam hand sanitizer (Pencuci tangan) itu sendiri.
Hand Sanitizer (Pencuci Tangan)
Penggunaan sanitizer adalah bertujuan untuk membunuh bakteria yang terdapat pada permukaan kulit. Ia juga merupakan bahan yang efektif dalam membunuh kuman dan bakteria berbanding mencuci tangan menggunakan air dan sabun.
Menurut garis panduan daripada Food and Drug Administration (FDA) setiap kandungan produk hand sanitizer yang dipasarkan mestilah mengandungi ethyl alcohol (ethanol), isopropyl alcohol (isopropanol) atau benzalkonium klorida sebagai bahan utama.
Selain itu, terdapat juga hand sanitizer yang menggunakan bahan selain daripada alkohol untuk membunuh mikroorganisma dan bakteria seperti povidone-iodine atau triclosan.
Sukatan yang digunakan mengikut jenis bahan yang diletakkan di dalam hand sanitizer (Pencuci Tangan). Mengikut World Health Organization (WHO) menetapkan garis panduan dengan menyatakan bahan kimia yang digunakan di dalam 10 liter hand sanitizer mestilah mengandungi 8333ml daripada 96% ethanol, 417 daripada 3% hydrogen peroxide dan145 daripada 98% glycerol atau 7515ml daripada 99.8% isopropyl alcohol, 417ml daripada 3% hydrogen peroxide dan 145% daripada 98% glycerol. [2]
BACA JUGA ARTIKEL INI: Penting Pilih Hand Sanitizer Terbaik Supaya Tiada Kesan Sampingan
Hukum Penggunaan Alkohol
Menuru jumhur ulama alkohol merupakan najis kerana ia termasuk di dalam cecair yang memabukkan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/183-184).
Ini seperti hadis yang diriwayat oleh Ibnu Umar RA, sabda Nabi SAW:
كُلَّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ وَأَنَّ كُلَّ خَمْرٍ حَرَامٌ
Maksudnya: “Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap arak adalah haram.”
Riwayat Muslim (2003)
Selain itu, Prof. Dr Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari menyebut di dalam kitabnya menyatakan para ulama berselisih pandangan tentang sama ada arak najis atau tidak. Pada dasarnya, ulama bersepakat tentang arak adalah najis, tetapi mereka berselisih tentang sifat kenajisannya. Segolongan ulama berpendapat arak merupakan najis dari segi ainnya.
Manakala menurut pendapat yang lain arak tidak najis dari segi ainnya. Sebaliknya najis dari segi maknawi iaitu tidak boleh diminum kerana ia merupakan sesuatu yang kotor sperti dadah dan seumpanya. (Lihat Isu-isu Fiqh Halal & Haram Semasa, hlm. 598)
Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam Tahun 2005 (ms. 74) juga menyatakan: “Alkohol sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun. Adapun barangan kosmetik yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis. Dengan ini juga, sah sembahyang seseorang yang memakai baju yang telah disembut dengan minyak wangi yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.”
Selain itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11-12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Buat Sendiri Je! Dengan Kos RM11.70 Boleh Dapat 5 botol (50 ML) Hand Sanitizer tanpa alkohol
Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alcohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
- Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
- Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
- Tapai halal dimakan.
- Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan. - Begitu juga boleh rujuk artikel di laman web PMWP yang bertajuk IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-185: MENGGUNAKAN ALCOHOL SWAB DAN MINYAK WANGI BERALKOHOL untuk maklumat lebih lanjut.
Kesimpulan
Kemunculan penularan virus Covid-19 telah melanda negara kita, oleh itu perlaksanaan menjaga kebersihan merupakan faktor utama bagi mengurangkan risiko dalam jangkitan virus ini. Justeru, timbul persoalan berkenaan dengan penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) semasa melakukan solat adakah ia dikira sebagai najis kerana kandungan alkohol di dalamnya.
Berbalik kepada persoalan yang diajukan dan pendapat ulama yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa hand sanitizer (pencuci tangan) adalah tidak najis dan boleh digunakannya ketika hendak melakukan sembahyang serta tidak dikira menanggung najis.
Ini jelas seperti yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan iaitu Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.
SUMBER: PEJABAT MUSTI WILAYAH PERSEKUTUAN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Ligat Cari REZEKI Kerana Suami Tidak Mampu Kerja & Kini OKU. Tetap SETIA & Cintanya Kekal Hingga JANNAH!
Rezeki itu datangnya dari Tuhan. Begitu juga dengan urusan jodoh dan ajal maut. Dalam zaman teknologi yang hanya mengejar kemajuan ini, pelbagai cara boleh diusahakan untuk mencari rezeki. Dan salah satunya adalah dengan berniaga online khususnya bagi yang masih belum berpeluang makan gaji ataupun surirumah tangga. Seperti yang diceritakan oleh seorang wanita yang menggunakan nama di media sosial ‘Datin Nurr Hidayah Hassan’. Dia bekerja keras berniaga secara online demi kelangsungan hidup memandangkan suaminya tidak bekerja.
Bukan kerana suaminya malas atau mengharapkan pendapatan isteri semata-mata, tetapi kerana alergik ubat menyebabkan suaminya hilang penglihatan dan punca pendapatan. Oleh sebab itu, dia terpaksa bekerja dalam caranya tersendiri bagi menampung kehidupan mereka berdua.
Admin tertarik cari wanita ini menarik perhatian pelanggan melalui laman sosial. Dengan gayanya berkaca mata besar, solekan serta penampilan tak ubah seperti seorang ‘Datin’. Ditambah dengan sikap peramahnya, sedikit lucu dan usikan nakal pada follower menjadikan bisnes diusahkan ‘LAKU KERAS’.
Dia yang menjual produk kecantikan dan makanan tidak menyangka rezekinya makin mencurah dan bertambah. Dalam satu posting, dia terkejut apabila bangun pagi melihat friend request yang banyak dan barulah sedar gara-gara gambar yang dimuat naik ketika bersama suaminya yang sakit. Kisahnya tiba-tiba sahaja menjadi viral kerana postingnya itu menzahirkan rasa simpati netizen.
Namun menurutnya, tujuan posting itu bukanlah untuk menarik simpati, tetapi sekadar luahan pengalamannya menjaga suami yang sedang bertarung melawan sakit. Bagai tidak menyangka perwatakan dirinya yang seperti happy go lucky ini rupa-rupanya terselit sifat kasih sayang dan cinta tak berbelah bagi pada suaminya.
Betapa wanita yang cantik berhijab ini begitu setia menjaga suaminya yang kelihatan tidak sempurna. Dia yang sebelum ini jika upload gambar suaminya menutup muka sehingga menimbulkan persoalan orang ramai. Bukan sengaja dia berbuat demikian, tetapi disebabkan tidak mahu orang mengutuk melihat keadaan suaminya yang kurang sempurna itu.
Menurut Hidayah, suaminya bukan diserang sakit kulit tetapi berpunca dari sakit mata dan alergik dengan ubat menyebabkan terbakar satu badan. Alergik ini dipanggil (‘Steven Syndrome Johnson’), sakit ini jarang berlaku dan terkena orang lain. Bukan itu sahaja penyakit ini juga susah untuk dirawat.
Walaupun diduga begitu, namun tidak terdetik di lubuk hatinya, untuk meninggalkan IMAMNYA ini. Allah memberi hambanya dugaan sakit dan Allah jua yang menjadi penawar kepada sakit dalam dunia ini.
Namu dia juga seperti insan lain. Walaupun aksinya kelihatan sentiasa ceria tetapi jauh di sudut hati dalam kegigihan mencari rezeki, dia tetap mendoakan agar suaminya ketika ini cepat sembuh.
Biarpun hatinya sedih melihat suaminya yang dulu sempurna fizikal kini hidup menjadi insan kurang upaya. Walau seburuk mana, dia berjanji tidak akan tinggalkan dan akan menjaga suaminya hingga akhir hayat.
Menurut Hidayah perjalanan masih jauh dan dia akan terus berdoa agar mata suaminya dapat melihat seperti dulu. Dia tidak akan sesekali mengeluh kerana bersyukur dan redha dengan apa yang berlaku. Kalau boleh, dia mahu suaminya dapat melihat seperti dulu walaupun hanya sebelah mata.
Lebih mulia lagi hati wanita ini yang tidak kisah jika suaminya tidak bekerja asalkan dapat melihat isterinya yang comel ini. Katanya lagi, duit boleh dicari tetapi kasih sayang sampai mati.
SUMBER: FACEBOOK DATIN NURR HIDAYAH HASSAN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Sleep Call-Mu’ Perkhimatan Tular Di Indonesia, Siap Boleh Curhat Ala Pasangan Maya!
‘Sleep call-mu’ atau aktiviti di telefon pada waktu malam sehingga anda tertidur menjadi trend. Kebiasaannya, panggilan tidur lewat malam dibuat oleh pasangan kekasih untuk sekadar berbual sehingga terlena. Walau bagaimanapun, walaupun orang yang tidak mempunyai pasangan kini boleh membuat panggilan tidur.
Trend yang tular di Indonesia pada masa ini, penyedia perkhidmatan ‘sleep call-mu’ semakin berkembang pesat di media sosial. Bukan sahaja menyediakan perkhidmatan ‘sleep call-mu’, pembekal perkhidmatan juga menawarkan perkhidmatan lain, seperti rakan untuk curhat, sekadar berbual rakan, peringatan makan, kepada teman wanita maya pada pelbagai kadar. Dengan perkhidmatan ini, sesiapa sahaja boleh berseronok berkomunikasi dengan seseorang walaupun mereka tidak menjalinkan hubungan.
Peneman “Sleep Call-mu” berbakat
Fahrija (20), penduduk Cilegon, Banten, merupakan salah seorang penyedia perkhidmatan tersebut. Melalui perkhidmatan yang dinamakan “Sleep Call-mu”, Fahrija mempunyai 44 bakat lelaki dan wanita yang sedia menemani hari-hari anda. Fahrija berkata, perkhidmatan sleep call miliknya menyediakan perkhidmatan panggilan dan sembang pada kadar berbeza-beza bermula dari IDR 5,000 (RM1.50) hingga IDR 300,000 (RM86). “Perniagaan yang saya jalankan saat ini bergerak dalam bidang curhat dan kaunseling berkaitan dengan masalah keluarga, perhubungan dan masalah peribadi,” kata Fahrija ketika bercakap dengan salah satu portal di Indonesia.
ARTIKEL BERKAITAN: Lepaskan Kerinduan, Whatapp Dah Boleh ‘Video Call’ Sehingga 8 Orang. Macam Ni Cara Nak Aktifkan!
Fahrija berkata, setiap pelanggan boleh memilih bakat yang akan melayannya dengan menelefon atau berbual, berdasarkan suara yang dipaparkan pada akaun Instagram ‘sleep call-mu’, @sleepcallmu_. Walau bagaimanapun, pelanggan tidak dapat melihat foto profil bakat kerana ia adalah privasi yang dijaga oleh pembekal perkhidmatan. Oleh itu, Fahrija tidak menyediakan perkhidmatan panggilan video (video call).
Topik lucah dilarang
Bukan semua topik boleh dibawa bincang di dalam perkhimatan ini, walaupun pelanggan boleh membuat permintaan khas yang berkaitan dengan watak bakat tersebut dan topik perbualan, selagi mereka tidak melanggar peruntukan. Salah satu yang dilarang ialah membincangkan topik lucah. “Boleh request nak bakat macam mana, akan dikendlikan,” kata Fahrija.
Fahrija berkata, pernah seorang pelanggan meminta bakat untuk menjadi cerewet seperti bekas kekasihnya. Mungkin sebab perwatakan itu membawa memori pelanggan dan perkhimatan ‘sleep call-mu’ tidak melarang permintaan itu. Selain itu, terdapat juga pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ‘sleep call-mu’ untuk berkongsi beban mereka.
Menurut Fahrija, selain berkongsi aduan, ada juga pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ‘sleep call’ anda untuk melepaskan geram. Bakat juga mesti bersedia untuk menjadi sasaran. “Kadang-kadang, sebagai contoh, dia membuat onar dengan teman lelakinya, tidak mungkin dia marah kepada teman lelakinya, akhirnya dia mengeluarkannya kerana bakat. Jika anda berada dalam kedudukan itu, ada cara untuk bakat menanganinya. dengan pelanggannya,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis Dikenali Ratu Media Sosial Di Indonesia, Tersenarai Top 2 Youtuber. Betul-Betul Next Level!
Bukan mudah menjadi ‘bakat’
Selain privasi peribadi ‘bakat’ di jaga, Fahrija menjelaskan, calon bakat juga ditapis berperingkat. Bakat perlu mengisi beberapa data dan menjawab beberapa soalan untuk melayakkan mereka ditawarkan jawatan ini.
Bagaimanapun, akaun media sosial yang disenaraikan oleh bakat adalah akaun alternatif, akaun boleh digunakan untuk melayani pelanggan. Bakat juga tidak menyertakan foto profil pada akaun media sosial yang digunakan untuk berinteraksi dengan pelanggan itu adalah sebahagian daripada privasi.
Selepas bergelar bakat, kata Fahrija, bakat itu tidak langsung melayan pelanggan. Namun, mereka diuji terlebih dahulu dengan pesanan palsu. “Biasanya awal-awal dia buat kerja, dua minggu awal kita bagi dia order palsu, client palsu. Kadang-kadang bila dah 1-2 bulan kita bagi juga arahan palsu untuk pantau. Pesanan palsu masih dikira. kerja dia (bakat tetap dapat bayaran),” jelas Fahrija.
Melayan ramai pelanggan Walaupun perniagaan Fahrija boleh dikatakan masih di peringkat awal sejak ia bermula pada awal Julai 2022, akaun Instagram @sleepcallmu_ sudah mempunyai lebih daripada 7,500 pengikut. Dalam tempoh tiga bulan pertama sejak ia dimulakan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI