‘Walau Sibuk Mana Sekali Pun…’-Suami Kongsi Abby Abadi Tetap Usaha Solat Walau Tika Sakit

Share

Pelakon popular iaitu Abby Abadi kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh akibat tekanan darah tinggi. Walaupun sedang sakit, namun perkongsian suaminya iaitu Faizal Zakaria membuat hati kita sebagai seorang muslim tersentuh apabila dia memberitahu Abby tetap berusaha menunaikan solat lima waktu.

Menurut Faizal, perkongsiannya itu tiada maksud untuk riak namun hanya sekadar menunjukkan pendirian Abby yang kini hamil enam bulan itu untuk terus mengikut perintah Allah.

Sakit bukan alasan untuk tidak solat…

Dalam tekanan darah tak stabil, Doc suruh rehat… My Love @abby_abadi112 tetap risau dan takut bila x solat
.
Moga Allah s.w.t permudahkan segala-galanya sayang..
.
Bukan nak riak atau menunjuk2…tetapi inilah pendirian yang beliau lakukan pada diriku ini


.
Walau sibuk mana sekali pun mesti solat, cari masjid…..hari Jumaat tetap kena sokat Jumaat…usahakan cari masjid walaupun dalam perjalanan
.
Sayang….Syurga milikmu…setiap saat saya sentiasa doakan agak diampunkan dosa2 sayang….diangkat darjat sayang bersama mereka2 yang beriman
.
Sayang tidak pernah ada dosa pun dengan saya walaupun sebesar zarah…..

.
Rehat ya sayang….jgn fikir yang bukan2

Benar sekali apa yang dilakukan oleh Abby itu. Tetaplah dirikan solat walau apa jua keadaan kita. Semoga Abby cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan sewaktu hamil. Amin.

Published by
Qistina