“Walau Besar Mana Gaji Isteri, Suami Tetap Top Priority,”- Mila Jirin Kongsi Kemanisan Redha

Share

Bercerita mengenai konsep indahnya redha, selebriti dan juga usahawan terkenal iaitu Mila Jirin berkongsi tentang mudahnya seorang isteri itu untuk memasuki syurga hanya dengan mentaati suami tercinta.

Jelasnya, suaminya sering mengingatkan agar sentiasa bersederhana dalam semua segi kerana itu lebih menyenangkan.

“Bersederhana dalam segala segi, itu yang dididik oleh suami saya @isz_mustapha. Suami selalu pesan ‘SEDERHANA itu MUDAH’ -Betul! Sederhana itu INDAH.

“Saya pernah dengan satu ceramah di youtube.

“Kepada isteri diluar sana, ayuh kita sama sama tunjukkan keperibadian yang baik kerana ia adalah cermin kepada siapa kah suami kita.

“Sudah semestinya kasih dan cinta kita buat suami, asbab itu perlihatkanlah kelakuan yang membuatkan suamimu bahagia apabila dipandang masyarakat”

“Walau bagaimana tinggi jawatan seorang isteri, Walau besar mana gaji isteri berbanding suami, suami tetap our TOP Priority yang perlu sentiasa dihormati dalam segala segi.

“Mudah wanita itu untuk masuk syurga, hanya dengan mentaati suami.. Mudah untuk dapat redha Allah, dengan mendapat redha suami. Rebutlah peluang kumpul pahala dan redha Allah sebagai isteri solehah.

“Buat diri ini yang jahil juga, moga dibimbing Allah untuk jadi isteri solehah. Cita cita semua wanita yang bergelar seorang isteri.

“Kejayaan seorang isteri adalah seorang suami yang sentiasa di sisi,” tulis penyanyi lagu Aku Lebih Tahu itu di Instagramnya.

Menyingkap mengenai dunia perniagaannya pula, Mila yang menguruskan perniagaan dalam industri perkahwinan iaitu Bizmilla kini gembira dan bersyukur apabila kerajaan telah membenarkan untuk mengadakan majlis perkahwinan mengikut SOP tertentu.

Dia juga berharap semua sahabat industri dapat mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan dan mengutamakan penjarakkan sosial dan juga aspek kebersihan terhadap pelanggan dan pengunjung.

 

Published by
QIST