Walau Berpeluh Habis Tika Melakukan Cabaran, Kulit Peserta Ratu Hijabista Tetap Lembut Berseri. Apa Rahsianya?

Share

Bila bersaing dalam program Ratu Hijabista, pastinya 12 ratu ini sentiasa memerlukan ketahanan mental dan stamina yang tinggi untuk menempuhinya kerana bukan calang-calang cabaran yang diberikan.

Seperti cabaran dalam episod pertama, para ratu perlu mempamerkan kehebatan mereka dalam memilih pakaian yang menyerlahkan penampilan mereka agar kelihatan ‘wow’ di mata juri.

instagram @curicuriklik

 

Dalam episod tersebut, Ratu Fiffy telah berjaya memenangi cabaran itu disebabkan kelainan yang berani ditampilkan olehnya apabila memadankan blaus berona hijau bersama seluar kilat. Sesuatu yang tak pernah Fiffy gayakan selama ini!

Namun, bukan hanya kerana penampilan yang menyerlah tetapi juga keyakinannya ketika berhadapan dengan juri telah menambat hati mereka.

Ini kerana Fiffy menggunakan Safi Hijabista Bodycare Hand & Body Lotion yang mempunyai haruman yang tahan sehingga 8 jam lamanya.

 

Menariknya, walaupun mereka bergerak aktif dan kepanasan sewaktu menyahut cabaran fobia dan berdepan dengan haiwan dan serangga yang ditakuti seperti ular, tikus serta lipas di Gua Tempurung, mereka tetap rasa selesa kerana bahan kandungannya membuatkan kulit sentiasa halus dan lembut sekaligus mengunci kelembapan sehingga 48 jam lamanya.

Selain itu, teksturnya juga langsung tidak melekit dan membuatkan rasa belengas. Teknologi ‘Scent Care’ dalam losen ini juga membuatkan para ratu sentiasa berasa segar dengan perlindungan daripada bau yang kurang menyenangkan.

instagram @curicuriklik

Datang dalam tiga pilihan iaitu Perfect Moisture (shea butter & organic sweet almond oil), Healthy White (Pearl Powder & Apricot Extract) dan Soothing Fresh (Aloe Vera & Cucumber Extract),

anda bolehlah mendapatkan kulit yang anjal, sihat dan cerah dengan menggunakan losen ini. Para ratu sudah mencuba dan menggemarinya, anda bila lagi?

Published by
Team Hijabista