Hanya pakai sarung kaki sahaja banyak memberikan manfaat kepada kesihatan kita? Ada juga kata ia boleh membantu untuk dapatkan tidur yang berkualiti?
Mungkin ada yang daripada kalangan kita yang sangkal tentang fakta ini bukan? Ayuh kita ketahui dengan lebih lanjut tentang manfaat memakai sarung kaki bersama kami di Hijabista.
Artikel berkaitan: Jangan Buka Lampu Ketika Tidur! Anda Hanya Bahayakan Diri
Stokin untuk kesihatan yang baik!
Menurut hantaran Public Health Malaysia di Facebook, pemakaian sarung kaki ini mempunyai beberapa manfaat yang tersendiri. Ada juga antara dari kita yang sudah mulai menggunakan cara ini bukan? Jadi bagi anda yang tidak tahu ada banyak manfaatnya tersendiri.
Pemakaian stokin seringkali dikaitkan dengan kelebihannya ketika tidur. Rutin ini sebenarnya boleh membantu kita mengawal suhu dalaman tubuh.
Suhu badan teras seseorang boleh berubah pada waktu malam. Seorang individu boleh mencapai suhu terendah pada sekitar 4 pagi di mana purata suhu adalah 98.6 darjah Fahrenheit, namun, ia berbeza dengan 1 hingga 2 darjah selama 24 jam.
Manfaat memakai stokin ketika tidur adalah seperti berikut:-
- Mencegah rasa panas: Sebilangan wanita memakai stoking juga bertujuan untuk menyejukkan suhu badan teras mereka.
- Merawat tumit retak: Pemakain stokin selepas menggunakan pelembap boleh membantu menjaga kesihatan tumit daripada kering.
- Meningkatkan potensi orgasma: Menurut laporan BBC, para penyelidik mencatatkan kajian pemakaian stokin boleh meningkatkan keupayaan mencapai orgasma sebanyak 30 peratus!
- Mengurangkan risiko serangan Raynaud: Penyakit Raynaud ini akan menjejaskan bahagian kulit di kaki dan jari dimana terdapat kehilangan sirkulasi dan mulai berdenyut atau bengkak. Memakai stoking pada waktu malam boleh membantu mencegah penyakit ini dan memberikan kehangatan dan pelancaran peredaran darah.
Tapi…sebelum pakai stokin kena tahu ini!
Ya, tidak disangkal anda akan mencuba untuk pakai stokin ketika tidur selepas ini bukan? Tapi anda harus tahu terdapat beberapa perkara yang patut dielakkan sebelum memakai stokin, antaranya:-
- Elakkan stokin yang kotor! Ia boleh memberikan jangkitan kepada kaki anda.
- Jangan pakai jika ada kurap di kaki!
- Elak memakai stokin ketika kaki luka
- Elakkan stokin yang ketat, kecuali anda telah dapat nasihat dari doktor
Artikel berkaitan: Jangka Waktu Dan Corak Tidur Yang Ideal Untuk Peringkat Umur, Seiring Dengan Peningkatan Usia
Masalah seperti ‘angin masuk’ bagi wanita yang baru melahirkan anak tiada kena mengena dengan pemakaian stokin. Anda kena ingat, keselesaan diri adalah keutamaan untuk diri anda.
Sumber: Public Health Malaysia dan Hellodoktor
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI