Siapa yang tidak teruja dengan aktiviti membeli-belah bukan? Memang seronok bila dapat beli apa yang diidamkan malah tidak keterlaluan dikatakan ia sebagai sebagai salah satu terapi minda yang cukup menenangkan.

Zaman sekarang ini kalau hendak ‘shopping’ tidak susah. Tak perlu keluar rumah pun. Semuanya hanya dihujung jari. Hanya pilih, ‘order’ dan kemudian barang akan sampai ke muka pintu rumah anda. Sungguh mudah dan praktikal!

Waktu Terbaik Shopping Puas-puas, Sempena Ulang Tahun Ke-6 Go Shop Tawar Potongan Harga Hingga 60% & Kupon Bernilai RM600,000

Berita baik buat pelanggan setia Go Shop! Sebagai peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang di Malaysia yang terulung, Go Shop meraikan ulang tahun ke enam dengan kempen #GoShopGreaterTogether.

Melalui kempen ini, para pelanggan disajikan dengan pelbagai tawaran menarik dan diskaun istimewa bermula dari 31 Oktober hingga 13 Disember 2020. Ia sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan atas sokongan mereka.

TAWARAN MENARIK BERMULA 31 OKTOBER HINGGA 13 DISEMBER 2020
Menerusi kempen ‘Go Shop 6th Anniversary’ pelbagai tawaran dan diskaun menarik bermula dari 31 Oktober hingga 13 Disember 2020 disajikan kepada para pelanggan. Pelanggan boleh menikmati Tawaran Mingguan Eksklusif, Potongan Harga sehingga 60% dan Produk di bawah RM60.

Waktu Terbaik Shopping Puas-puas, Sempena Ulang Tahun Ke-6 Go Shop Tawar Potongan Harga Hingga 60% & Kupon Bernilai RM600,000

Di samping itu, Go Shop memberikan kupon bernilai RM600,000 di mana pelanggan dapat menikmati potongan RM20 dengan pembelian minimum sebanyak RM300, dengan kod promosi: ANNIVERSARY20.

Ads

Waktu Terbaik Shopping Puas-puas, Sempena Ulang Tahun Ke-6 Go Shop Tawar Potongan Harga Hingga 60% & Kupon Bernilai RM600,000

BERPELUANG MENANG HADIAH RM60,000
Pelanggan juga boleh mengambil bahagian dalam permainan mudah ‘Tap & Win’ melalui aplikasi mudah alih Go Shop dan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM60,000. Permainan ini bermula dari 1 November hingga 12 Disember. Seramai 166 pemain terbaik setiap minggu akan memenangi hadiah.

Waktu Terbaik Shopping Puas-puas, Sempena Ulang Tahun Ke-6 Go Shop Tawar Potongan Harga Hingga 60% & Kupon Bernilai RM600,000

Lebih menarik lagi pelanggan juga dapat menikmati potongan harga eksklusif apabila mereka melakukan pembelian secara dalam talian dengan GrabPay, Standard Chartered dan Public Bank sepanjang tempoh kempen ini.

Waktu Terbaik Shopping Puas-puas, Sempena Ulang Tahun Ke-6 Go Shop Tawar Potongan Harga Hingga 60% & Kupon Bernilai RM600,000

Ads

Jangan lupa untuk menyertai peraduan ‘Spend & Win’ dengan kerjasama GDEX dari sekarang hingga 25 November. Anda berpeluang memenangi sebuah TV 85” dengan Sistem Teater Rumah dan banyak lagi hadiah menarik bernilai sehingga RM60,000.

GO SHOP MENGIKUT RENTAK PERUBAHAN
Menurut Dr. Grace Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop ketika sesi sidang media maya sempena ulang tahun ke-enam Go Shop, pada 31 Oktober lalu, tahun ini Go Shop menunjukkan perkembangan dan telah mencapai peningkatan pendapatan sebanyak 38% berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu.

“Kami juga telah meningkatkan bilangan pelanggan kami sebanyak 31% sejak tahun lalu kepada 2.6 juta pelanggan. Kami berharap dapat melihat trend ini kekal berterusan. Dengan asas yang kukuh untuk perjalanan transformasi digital kami, Go Shop dapat mengikut rentak perubahan dengan memperluaskan produk kesihatan dan kesejahteraan, serta menawarkan makanan segar dan beku semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Makanan dan barangan dapur seterusnya meningkat ke 3 kategori pembelian tertinggi di Go Shop.

Waktu Terbaik Shopping Puas-puas, Sempena Ulang Tahun Ke-6 Go Shop Tawar Potongan Harga Hingga 60% & Kupon Bernilai RM600,000

Ads

“Kami komited untuk menyokong perniagaan tempatan dan salah satu daripada usaha kami untuk membantu Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) merangkumi eBazaar semasa musim Hari Raya yang bertujuan membantu PKS dan Mikro-PKS dalam situasi yang mencabar ini.

“Walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan, Go Shop bersama-sama dengan rakan kongsi dan pembekal kami, berkerjasama untuk mengatasi cabaran dan terus menyediakan barang keperluan kepada pelanggan kami,” jelas Dr. Grace.

MENDAPAT KEPERCAYAAN PELANGGAN
Tambah Dr. Grace lagi, walaupun banyak kemunculan platform e-dagang yang lain namun tidak menggoyahkan kedudukan Go Shop sebagai peneraju platform jual beli paling unggul di Malaysia.

“Go Shop sentiasa meletakkan aspek kebolehpercayaan (reliability) di tempat teratas, di samping menambah baik aspek kandungan dan keterlibatan pelanggan.

Waktu Terbaik Shopping Puas-puas, Sempena Ulang Tahun Ke-6 Go Shop Tawar Potongan Harga Hingga 60% & Kupon Bernilai RM600,000

“Aspek dari segi kandungan amat diberikan perhatian kerana sebagai sebuah platform content-entertainment, ia amat penting bagi memastikan pelanggan terus setia dan tidak beralih arah. Kami juga sentiasa menambahbaik kandungan media digital dan memperbanyakkan branded content agar hanya kandungan berkualiti sahaja disajikan bagi menarik perhatian pelanggan,” kata Dr Grace.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran ‘Go Shop 6th Anniversary’ dan pelbagai tawaran lain menerusi Astro (saluran 118), (saluran 120) dan (saluran 111) untuk siaran Bahasa Malaysia atau (saluran 303) untuk siaran Bahasa Mandarin. Go Shop juga boleh ditonton di MYTV (saluran 120). Layari Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store untuk info terkini dan tawaran hebat.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI