Setiap kali selepas solat, anda pasti menadah tangan untuk berdoa dan memohon ampun pada Allah Taala. Tetapi, tahukah anda bahawa berdoa tidak hanya boleh dilakukan selepas solat.
Berdoa boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Cuma, anda perlu tahu waktu yang mustajab agar doa anda dimakbulkan oleh Allah Taala.
Antara waktu-waktu yang mustajab adalah:
#1 – Ketika Sahur & Sepertiga Malam Terakhir
Allah Taala sangat gemar akan hamba-Nya yang berdoa pada sepertiga malam yang terakhir. Sepertiga malam merupakan waktu yang dipenuhi berkat kerana pada waktu itu, Allah Taala akan turun ke langit dunia dan mengabulkan setiap doa hamba-Nya yang berdoa pada ketika itu.
#2 – Ketika Berbuka Puasa
Waktu berbuka puasa merupakan waktu yang penuh keberkahan kerana manusia pada waktu itu merasakan salah satu kebahagiaan ibadah puasa iaitu boleh makan dan minum selepas seharian menahan lapar dan dahaga.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang terzalimi.” – HR. Tirmidzi no.2528, Ibnu Majah no. 1752, Ibnu Hibban no.2405, dishahihkan Al-Albani di Shahih At Tirmidzi
#3 – Saat Malam Lailatul Qadar
Lailatur Qadar merupakan malam yang lebih mulia dari seribu bulan yang terjadi pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan. Peluang hanya datang setahun sekali. Latih diri untuk bangun solat pada waktu malam.
Ads
Imam As-Syaukani berkata bahawa:
“Kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan.” – Tuhfatud Dzakirin hal. 56
#4 – Doa Antara Azan & Iqamah
Doa tidak akan ditolak antara azan dan iqamah. Azan merupakan panggilan, seeloknya diam seketika dan jawab panggilan tersebut dengan bacaan yang disarakan.
Dari Anas bin Malik R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah.”
Ads
#5 – Ketika Sujud Dalam Solat
Ketika sujud, kita akan terasa begitu dekat dengan Allah. Ambil peluang ini untuk meminta dalam sujud. Sesungguhnya Allah itu maha mendengar.
Dari Ibnu Abbad R.A. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan.” – Riwayat Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur’an fi Ruku’wa Sujud 2/48
#6 – Ketika Hujan Sedang Turun
Hujan merupakan nikmat Allah Taala.
Dari Sahl bin a’ad R.A bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:
Ads
“Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan.” – Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ No. 3078
#7 – Ketika Azan Berkumandang
Anda juga disarankan untuk berdoa ketika azan berkumandang.
“Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak; doam pada saat azan dan doa tatkala perang berkecamuk.” – Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa’ 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal.341. Dan Al-Albani dalam Ta’liq Alal Misykat 1/212 No.672
#8 – Pada Hari Jumaat
Seperti yang semua sedia maklum, hari Jumaat merupakan hari yang paling barakah dan Allah Taala sangat memuliakan hari Jumaat. Manfaatkan sebaiknya.
“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidak bertepatan, seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut.” – Shahih Al-Bukhari, kitab Da’awaat 7/166, Shahih Muslim, kitab Jumuh 3/5-6
#9 – Ketika Sedang Bermusafir
Anda tentu pernah bermusafir. Siapa sangka, ketika bermusafir juga doa anda tidak akan ditolak.
“Tiga orang yang doanya pasti dimakbulkan; doa orang yang teraniaya; doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya.” – Sunan Abu Daud, kitab Shalat bab Do’a bi Dhahril Ghaib 2/89. Sunan At-Tirmidzi, kitab Al-Bir bab Doaul Walidain 8/98-99. Sunan Ibnu Majah, kitab Doa 2/348 No. 3908. Musnad Ahmad 2/478. Dihasankan Al-Albani dalam Silsilah Shahihah No. 596
Suatu tika dulu ramai yang tidak berkesempatan untuk bercuti ke luar negara kerana kekangan bajet atau kesukaran mendapatkan tempat atau soal pengangkutan. Tetapi dalam dunia yang mana segala info di hujung jari, segalanya menjadi lebih mudah termasuklah jika mahu pergi bercuti. Pelbagai aplikasi digunakan seperti booking.com, expedia, agoda atau juga menggunakan travel agen yang bertauliah.
Sempena Edisi Travel kali ini, Hijabista berkongsi pengalaman hijabi yang masih muda tetapi sudah berpeluang untuk menjejakkan kaki ke negara orang. Bagi usahawan muda, Nor Ezzatul Dyana Ismail berkongsi pengalaman melawat ke benua Eropan membabitkan lima buah negara, iaitu London, Paris, Belgium, Switzerland dan Amsterdam selama 13 hari.
Bukan itu, sahaja, dia juga pernah melawat Itali, Hanoi, Krabi, Korea Selatan dan juga Bali. Namun Dyana begitu terua berkongsi pengalaman tika bercuti ke benua Eropah yang disifatkan momen cukup menarik untuk dikenang.
“Kebanyakan negara yang saya lawati dirancang sendiri dan tidak melalui travel agen. Untuk urusan tiket kapal terbang saya banyak survey menggunakan apps seperti skyscanner ataupun expedia.
“Manakala untuk urusan hotel pula saya lebih senang cari melalui aplikasi agoda dan juga booking. Untuk urusan itinerary serta info berguna yang boleh kita jadikan panduan sepanjang percutian saya banyak cari di laman sosial facebook melalui group Backpackers Buddies Malaysia” ungkap Dyana memulakan perbualan.
Menurutnya kekerapan bercuti ke luar negara menyebabkan dia tidak terkecuali berdepan dengan pelbagai pengalaman menarik.
“Antara pengalaman bercuti yang tidak dapat dilupakan adalah apabila mengalami kejadian pickpockets di Venice Itali. Waktu itu passport sekeluarga dan kad kredit dicuri dari handbag. Alhamdulillah, duit cash yang ada pada suami cukup untuk tambang kami ke kedutaan Malaysia di Rome untuk proses buat passport kecemasan dan cukup untuk kami beli tiket baru untuk balik ke Malaysia.
“Sepatutnya selepas habis trip ke Italy kami akan sambung perjalanan ke Dubai selama tiga hari. Namun oleh kerana passport hilang dan emergency passport yang ada tidak dibenarkan untuk singgah ke negara lain kecuali negara sendiri. Jadi kami terpaksa beli tiket baru untuk balik Malaysia terus,” tambahnya yang juga tidak melupakan pengalaman menarik ketika di Korea.
“Saya juga paling suka perjalanan ke Korea Selatan. Ini kerana masa itu anak kami sudah lincah dan sentiasa berminat untuk mencuba benda baru. Jadi itu adalah pertama kali kami bawa anak berjalan ketika musim sejuk untuk merasai pengalaman main salji, main sled, dan zoo tour di everland,” cerita Dyana yang memberitahu sepanjang bercuti ke luar negara tidak sukar untuk mencari makanan halal.
“Bagi kami sekeluarga yang merupakan tekak Melayu dan mahu menjimatkan kos, biasanya saya akan bawak rice cooker travel friendly, beras, sambal ikan bilis, dan serunding. Saya juga akan memilih hotel yang ada kemudahan microwave atau dapur dan saya boleh beli barang dapur di mini market berdekatan hotel dan masak sendiri di hotel.
“Itu bab makan, tapi soal shopping saya paling suka ketika bercuti ke London. London sememangnya paling seronok untuk bershopping sebab semua barangan yang kita mahu ada mengikut bajet masing masing. Semurah-murah barang boleh cari di primark dan semahal-mahal barang boleh dapat di Harrods/Selfridge.
“Manakala Korea pula syurga membeli belah untuk barangan penjagaan wajah sampai rambang mata untuk pilih sebab menarik dengan diskaun yang ditawarkan serta berbagai-bagai free gift ditawarkan peniaga,” jelasnya lagi.
Tambah Dyana penerimaa masyarakat untuk setiap negara yang dikunjungi juga berbeza-beza.
“Bagi saya masyarakat London sangat mesra dan begitu membantu dengan tourist. Begitu juga dengan rakyat di Korea Selatan. Mereka di sana sangat mesra dan membantu walaupun terhad kerana tidak fasih berbahasa English.
“Dan saya juga seronok berada di Korea sebab rasa ‘selamat’ untuk dikunjungi pelancong selain negara Jepun. Berada di sana saya tidak perlu risau dengan masalah penyeluk saku seperti beberapa negara lain.
“Manakala rakyat di Itali pula agak sedikit sombong. Kita perlu sentiasa menjaga barangan peribadi terutama di tempat tumpuan pelancong kerana penyeluk saku ada di mana-mana dan sangat cekap bertindak,” ujar Dyana yang tidak lupa membelikan barangan cenderahati untuk teman-teman jika berkunjung ke luar negara.
“Biasanya saya akan beli barangan yang murah, kecik dan tak makan banyak ruang dalam luggage seperti keychain dan fridge magnet. Saya memang suka belikan mereka door gift setiap kali bercuti kerana mahu berkongsi keseronokan bercuti bersama mereka.
“Insya-Allah kalau ada rezeki saya bercadang untuk melawat Turki pula. Paling menyeronokkan apabila dapat bercuti bersama-sama keluarga. Memang cukup terhibur dengan keletah anak kami yang baru berusia tiga tahun.
“Maklumlah apabila sampai di tempat baru banyak benda baru yang kita mahu cuba. Antaranya seperti bermain salji di Mount Titlis, main sled di Nami Island dan juga beri itik makan di Hyde Park London. Lagi satu paling best apabila kita cuba menggayakan diri kita dengan anak lari dari kebiasaan kerana perbezaan suhu. Misalnya pakai parka atau trench coat dan tampak cantik bila kita selfie,” tambahnya yang turut memberi sedikit nashi buat hijabi yang mahu rancang bercuti ke luar negara.
“Nasihat saya rancang pakaian mengikut suhu di negara yg dilawati. Lebih baik jika boleh bawak pakaian yg boleh di ‘mix and match’. Pilih kasut yang selesa dan sesuai. Dalam keseronokan kita berjalan jangan lupa faktor keselamatan lebih lebih lagi barangan peribadi. Saya nasihatkan pakai money belt untuk simpan barang berharga seperti passport dan duit.
“Jangan lupa juga untuk bawa fotostat passport untuk simpanan sendiri dan ada alamat serta nombor telefon kedutaan Malaysia di negara yang dilawati untuk rujukan jika berlaku apa apa yang tidak diingini.
“Lagi satu sentiasa apply sunblock dan jangan luoa untuk bawak losyen atau moisturiser terutamanya ke negara musim luruh/salji. Perubahan cuaca boleh buat kulit kering dan mengakibatkan kita gatal gatal sepanjang percutian nanti,” ujarnya yang juga tidak melepaskan peluang untuk merakamkan momen indah tika bercuti.
“Biasanya sebelum pergi, saya memang akan buat homework awal-awal. Cari rujukan orang lain yang sudah pernah pergi ke destinasi yang kita mahu. Jadi kita akan dapat buat gambaran awal untuk mengambil gambar dari sudut masa sekalipun. Kalau pergi bersama teman-teman, cari kawan yang tabah dan redha melayan kita selfie atau ootd.
“Kita juga perlu invest sedikit untuk membeli barangan gajet yang memudahkan untuk kita ambil gambar atau videa. Macam saya antara list gajet wajib bawak ketika travel adalah iphone, dji osmo mobile, Bluetooth remote, dan gopro. Saya siapkan dengan mounting yang boleh attach dengan stroller anak supaya lagi mudah untuk mengambil gambar,” jelas Dyana yang turut rajin mencari rujukan dengan melihat selebriti yang rajin bercuti.
“Saya juga akan luangkan masa mencari rujukan dari selebriti atau hijabista model yang pernah ke negara yang kita nak pergi atau ke negara yg berlainan musim. Jadi kita ada idea utk mix and match baju atau cara posing. Sumber inspirasi saya dari selebriti adalah Neelofa manakala untuk model hijabista pula saya suka Nabila Asyikin.
Dyana juga turut menitipkan pesan buat hijabi yang membawa anak kecil bercuti agar sentiasa bekerjasama dengan pasangan. Kalau boleh bahagikan kerja supaya segala yang dirancang berjalan lancar.
“Untuk hijabi yang bercuti dengan membawa anak-anak agar bijak menyusun masa. Seperti saya, suami akan menyiapkan anak setiap hari supaya saya tidak terkejar masa untuk sediakan sarapan, bersiap mekap dan memakai tudung.
“Dan biasanya selepas selesai berjalan dan kembali ke hotel, barulah saya pula akan pikul tanggungjawab selesaikan urusan anak untuk dia tidur dan suami akan siapkan makan malam,” ceritanya lagi mengakhiri perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kebiasannya kaum wanita sahaja yang begitu mengambil berat mengenai proses menurunkan berat badan atau berdiet. Maklumlah ini kerana mereka memang obses untuk kelihatan cantik dan bertubuh langsing. Tetapi kisah yang berlaku di Indiana ini adalah sebaiknya. Pasangan suami isteri, Lexi Reed dan Danny yang mengalami pertambahan berat badan berlebihan mengambil keputusan untuk sama-sama berjuang menurunkan berat badan.
Pasangan ini mengambil keputusan untuk diet menurunkan berat badan kerana ingin menjalani hidup bersama selamanya. Dengan semangat yang kuat, pasangan ini akhirnya berjaya menurunkan berat badan sehingga 36kg dalam masa hanya 12 bulan. Sebelum itu Lexi memiliki berat sekitar 219 kg manakala Danny pula memiliki berat badan mencecah 127kg.
Jom kita intai apa rahsia pasangan ini yang berjaya turun dalam tempoh cukup drastik.
Dalam akaun instagramnya, Lexi membertahu mereka tidak mempunya perancangan pola makan yang tetap ataupun ‘coach’ peribadi yang melatih mereka, sebaliknya keduanya mempunyai semangat untuk bekerja keras setiap hari.
Sebelum ini pasangan ini yang berkahwin tahun 2015 mengambil kira-kira 8,000 kalori setiap hari. Tetapi keduanya kemudian memutuskan untuk berdiet menurunkan berat badan dan berhenti mengambil makanan ringan. Justeru mereka mula memgambil masakan yang dimasak sendiri di rumah mereka.
Selain menukar tabiat pemakanan, Lexi dan Danny juga semakin rajin bersukan. Mereka akan memperuntukkan masa 5 hingga 6 kali seminggu dan juga turut mengikuti kelas zumba. Dengan perbahan makanan dan cara hidup, pasangan ini akhirnya berjaya menurunkan berat badan separuh dari berat asal hanya dalam masa 12 bulan.
Malah Lexi sendiri turut mengalami perubahan drastik. Tubuhnya yang gemuk dengan berat badan mencecah 219 kg erjaya diturunkan sehingga 138 kg hanya dengan menukar kebiasaan tabiat pemakanan dan rutin olahraga. Lexi berjaya membuang 81 kg untuk mendapatkan berat badan ideal daripada sebelumnya.
Kisah yang dikongsi di laman sosial ini nyata menjadi inspirasi kepada orang ramai. Dia kini sudah memiliki follower lebih dari 500 ribu di akaun instagramnya. Ramai yang cukup terinspirasi dengan kisahnya dan perjuangan Lexi menurunkan berat badan.
Dalam hal ini Lexi sebenarnya cukup berterima kasih kepada suaminya. Danny adalah insan yang memberi motivasi terbesar pada dirinya. Malah suaminya itu tetap mencintai dirinya sejak dia bertubuh gemuk hinggalah sekarang sudah kurus. Bukan itu sahaja, dia turut terharu dengan kesanggupan suaminya yang turut sama-sama mengamalkan proses diet sehingga mendapat berat ideal.
Jika dilhat proses diet pasangan ini cukup simple dan boleh dilakukan untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan. Apa yang penting, lakukan ia secara rutin dan konsisten.
Selain itu komitmen dan kerja keras ditunjukkan mampu mengubah keadaan kita jadi sebaliknya. Ketepikan dulu rasa ingin ‘makan’ untuk sementara, sebaliknya gantikan perasaan ‘ingin berubah’ demi insan yang kita sayang.
Cara masak makanan bukan semuanya memerlukan minyak masak sepenuhnya. Dengan keadaan kenaikan harga minyak masak, kita perlu kreatif dalam menyediakan hidangan makanan untuk seisi keluarga.
Ayam mahal, minyak mahal, maka kita makan kentang bakar sahajalah. Kita guna air-fryer atau oven untuk buat hidangan ini. Mudah, tapi anak-anak pasti suka. Sesuai buat kudapan.
½ kg kentang kecil
1 sudu besar empingan cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil daun parsli kering
1 sudu kecil daun basil kering
3 sudu besar minyak masak
2 sudu serbuk keju parmesan
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Kita sedia bahan-bahan. Kalau tak ada daun parsli atau basil kering, guna sahaja daun oregano.
2. Agar cepat empuk, potong kentang kepada 2 atau 4 bahagian, basuh dan rebus. Terpulang pada kalian nak kupas kulitnya atau tidak, tapi pada saya kulit itu yang akan buat sedap nanti.
3. Setelah kentang empuk, tos kentang, dan masukkan dalam mangkuk. Taburkan rempah ratus kita tadi serta minyak masak ke atas kentang. Saya gunakan minyak rendaman tomato (masakan sebelum ini).
4. Minyak rendaman tomato bakar itu akan menyedapkan lagi kentang kita ini.
5. Susun kentang, kulit di bahagian bawah. Jangan letak banyak sangat nanti tak garing luaran kentang itu.
6 Set suhu sekitar 120-150°C dan masa 15-20 minit. Sejujurnya, hasil gorengan air fry tak sesedap deep fry, tapi apa boleh buat, keadaan memaksa. Kena jimat minyak masak.
7.Ini hasil selepas 20 minit. Belum cukup garing. Kita terbalikkan kentang ini. Nak kulit dia pula garing. Biar luarnya rangup dan berempah, dan dalamnya empuk-empuk manis.
8. Kali ini kita set 200°C untuk 10 minit. Jika tak ada air-fryer atau oven, boleh goreng tohor (pan fry) guna kuali leper. Cuma kena rajin balik-balik kentang agar tak rentung.
9. Inilah hasilnya. Nampak menyelerakan. Sudah boleh dihidangkan tapi saya terbalikkan semula, dan tambah lagi 5-10 minit untuk dapatkan kerangupan yang saya mahukan.
10. Letak atas pinggan, tabur keju parmesan sikit, hias dengan tomato ceri, dan hidang dengan mayonis atau sos kegemaran kalian. Gurih! Pedas, masin, manis dan berlemak.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...