Kecantikan

Wajib Kena Jaga 4 Kebersihan Diri Ini Kalau Tak Nak Hijabi Disisih Rakan Sekeliling. No 1 Patut Alert!

Share

Sebagai seorang yang semakin meningkat dewasa, personal hygiene harus menjadi keutamaan anda terutama sekali jika anda seorang hijabi. Jika anda sering mengalami masalah jerawat dan juga rambut berminyak, ini menunjukkan tahap kebersihan diri anda kurang terjaga.

Jangan biarkan hal ini berterusan kerana ia boleh membuatkan anda menjadi tidak yakin dan malu untuk ke sekolah/kolej atau bertemu rakan dan ini hanya akan merisaukan ibu bapa dan juga diri anda sendiri.

Kebersihan diri harus jadi keutamaan pada seorang wanita.

Terdapat beberapa faktor utama mengapa kebersihan diri menjadi isu kepada seorang yang sedang meningkat remaja atau dewasa:

a. Perubahan pada badan memerlukan perubahan kepada habit juga.

b. Pastikan anda banyak bertanya kepada ibu bapa atau membaca buku ilmiah mengenai perubahan yang anda alami dari segi dalaman dan juga luaran.

c. Akil baligh akan membawa perubahan yang drastik pada kulit anda (jerawat mula muncul) dan juga kulit kepala (lebih berminyak).

d. Anda juga akan mula banyak berpeluh dan ini akan mengakibatkan badan berbau.

Ayuh ketahui beberapa masalah kebersihan diri yang biasa anda hadapi dan cara untuk menanganinya.

1. Bau badan

Apabila anda mencapai akil baligh, liang peluh mula berkembang di kawasan ketiak dan juga bahagian genital. Bakteria penyebab bau sukakan peluh dan ini akan menyebabkan badan anda bau semerbak.

– Pastikan anda mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari (tiga jika anda kuat berpeluh).

– Jika anda bersukan dan tidak sempat untuk mandi selepas itu, bawa sehelai tuala (ke sekolah/kolej). Basahkan ia dan lap bahagian ketiak dan genital anda untuk elakkan bau.

– Pakaian dalam harus ditukar seiiring dengan berapa kali anda mandi atau lebih jika anda bersukan.

– Jangan sesekali abaikan penggunaan deodorant anti-peluh/anti-bau. Ia sangat membantu.

Jangan lupa pakai deodoran.

2. Kaki berbau

Kaki berbau bukan sahaja menyerang anda yang kuat bersukan tetapi ia biasa untuk semua remaja. Kaki dan kasut yang berbau sangat menjijikkan dan ia akan mengakibatkan masalah kemudian.

– Pastikan anda tahu cara penjagaan kaki yang asas.

– Sentiasa cuci kaki dengan sabun atau rendam dalam air suam dengan skrub kaki untuk memastikan kebersihan kaki anda.

– Jika kaki anda tetap berbau walaupun sudah dicuci, sapukan krim yang khas untuk meneutralkan bau kaki.

– Pastikan anda keringkan kaki sebelum memakai stokin dan kasut.

– Tukar stokin sebaiknya 2 – 3 pasang seminggu. Jangan pakai yang sama sahaja seminggu. Tengik!

Basuh kaki dengan bersihnya.

3. Rambut berminyak

Hal ini normal untuk remaja terutama sekali jika anda bertudung.

– Cuci rambut anda selang sehari (rambut pendek ke sederhana). Jika rambut anda panjang, tiga hari sekali cukup memadai.

– Pilih produk penjagaan rambut yang baik dan tepat untuk kepala anda.

– Pastikan anda tahu cara betul dalam menjaga kesihatan rambut anda. Jangan ambil remeh hal ini.

Walau berhijab kena rajin basuh rambut.

4. Buang bulu pada badan

Bila mula remaja, badan juga mula berbulu. Tidak kira perempuan atau lelaki, sama sahaja kawasannya. Kawal ia sebelum ia melebat.

– Ketahui cara selamat untuk membuang bulu-bulu ini; bercukur, waxing, hair removing strips dan lain-lain. Pastikan anda baca betul-betul arahan dan juga cara-caranya sebelum mencuba.

– Pastikan anda minta bantuan ibu bapa dalam menunjukkan cara-cara yang betul menggunakan pisau cukur sebelum anda cuba sendiiri.

– Selepas selesai membuang bulu-bulu berkenaan, sapukan aloe vera atau minyak kelapa untuk elakkan gatal dan rengsaan.

Jangan malas buang bulu pada bahagian sepatutnya.

Waktu remaja ini mungkin anda rasakan yang anda boleh sahaj buat sendiri semua tetapi ingat, ibu bapa anda lebih arif dan makan lebih banyak garam. Jangan segan silu untuk bertanya dan minta pendapat mereka.

Published by
Siti Zurina