Kecantikan

Wajah Tak Berseri & Nampak Tua, Amalkan Cara Ini Untuk Elak Insomnia

Share

Gangguan tidur merujuk kepada kecelaruan corak tidur. Individu yang berdepan masalah tidur perlu mendapatkan nasihat doktor dan perlu mengelak penggunaan pil tidur.

Kredit Foto: https://www.pexels.com/

Insomnia ialah satu keadaan di mana penderita gagal mendapat tidur yang cukup dari segi kualiti dan kuantiti. Ini termasuk tidak dapat melelapkan mata, bangun terlalu awal, kerap terjaga dan gagal untuk lelap semula. Oleh itu, aktiviti seharian akan terganggu dan tidak dapat berfungsi sewajarnya.

TAHAP TIDUR YANG KOMPLEKS 
Tahap tidur melibatkan beberapa proses dalam otak dan imbangan bahan kimia (neurotransmitters) di dalam otak. Sekiranya proses ini terganggu atau bahan kimia berkenaan tidak seimbang, maka proses tidur akan terjejas.

Kredit Foto: https://www.pexels.com/

Walaupun gangguan ini terjadi tanpa punca dan sebab yang boleh dikesan, namun kebanyakan kes terjadi disebabkan oleh pendorong lain seperti penyakit, keadaan kesihatan, tekanan, masalah fisiologi seperti pencernaan yang kurang baik atau gangguan seksual.

Gangguan di kamar tidur seperti televisyen, komputer atau telefon juga sering menyumbang kepada keadaan ini. Ada kalanya bunyi bising persekitaran seperti jiran yang bising atau pasangan tidur berdengkur juga menjadi faktor penyumbang kepada insomnia.

INSOMNIA PENYEBAB SAKIT MENTAL? 
Penderita insomnia tidak akan menjadi gila atau mengalami kerosakan otak kecuali tidak tidur langsung. Masalah sukar tidur boleh membawa kepada perasan gelisah (anxiety) atau murung (depression). Walaupun tidak membawa kepada gejala sakit mental namun, ia tidak seharusnya dipandang ringan.

Kredit Foto: https://www.pexels.com/

Jelasnya, insomnia boleh dirawat dan penderita harus diperiksa bagi mengesan kehadiran penyakit lain. Tahap tekanan harus diambil kira dan tekanan yang boleh dielak- kan harus dielakkan.

Amalkan sleep hygiene di mana menjadikan suasana tidur lebih selesa dan nyaman agar tiada gangguan di bilik tidur seperti televisyen, komputer atau telefon.

BACA JUGA: Kerap Hadapi ‘Insomnia’ Walaupun Penat? Cuba Amalkan Doa Anjuran Rasulullah Ini!

Ubat penenang ringan boleh diberi sebagai langkah terakhir dengan pengawasan doktor bertauliah untuk sementara waktu. Namun, sebenarnya ubat tidur tidak digalakkan sama sekali kerana ubat ini boleh memburukkan masalah insomnia jika salah penggunaannya.

Kredit Foto: https://www.pexels.com/

Siapa pun boleh mengalami masalah ini. Ia biasanya melibatkan individu yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat daripada segi pemakanan, senaman dan aktiviti harian. Begitu juga individu yang mempunyai pola tidur tidak tetap seperti pekerja syif kerana kekeliruan otak mengenal waktu tidur.

CARA ELAK INSOMNIA
1. Elakkan dari minum minuman berkafein sebelum tidur.
2. Lakukan senaman yoga untuk meregangkan otot dan tulang.
3. Jangan paksa diri untuk tidur, sebaliknya alihkan perhatian dengan lakukan beberapa aktiviti seperti mendengar muzik untuk mendapatkan rasa mengantuk.
4. Elak dari sebarang gajet dan skrin elektronik yang boleh menyebabkan mata sukar untuk mengantuk.
5. Ketepikan emosi dan perasaan yang negatif kerana ia akan menjadikan kamu ‘overthinking’ dan sukar untuk tidur.

Published by
Amy Mohd