Gangguan tidur merujuk kepada kecelaruan corak tidur. Individu yang berdepan masalah tidur perlu mendapatkan nasihat doktor dan perlu mengelak penggunaan pil tidur.
Insomnia ialah satu keadaan di mana penderita gagal mendapat tidur yang cukup dari segi kualiti dan kuantiti. Ini termasuk tidak dapat melelapkan mata, bangun terlalu awal, kerap terjaga dan gagal untuk lelap semula. Oleh itu, aktiviti seharian akan terganggu dan tidak dapat berfungsi sewajarnya.
TAHAP TIDUR YANG KOMPLEKS
Tahap tidur melibatkan beberapa proses dalam otak dan imbangan bahan kimia (neurotransmitters) di dalam otak. Sekiranya proses ini terganggu atau bahan kimia berkenaan tidak seimbang, maka proses tidur akan terjejas.
Walaupun gangguan ini terjadi tanpa punca dan sebab yang boleh dikesan, namun kebanyakan kes terjadi disebabkan oleh pendorong lain seperti penyakit, keadaan kesihatan, tekanan, masalah fisiologi seperti pencernaan yang kurang baik atau gangguan seksual.
Ads
Gangguan di kamar tidur seperti televisyen, komputer atau telefon juga sering menyumbang kepada keadaan ini. Ada kalanya bunyi bising persekitaran seperti jiran yang bising atau pasangan tidur berdengkur juga menjadi faktor penyumbang kepada insomnia.
INSOMNIA PENYEBAB SAKIT MENTAL?
Penderita insomnia tidak akan menjadi gila atau mengalami kerosakan otak kecuali tidak tidur langsung. Masalah sukar tidur boleh membawa kepada perasan gelisah (anxiety) atau murung (depression). Walaupun tidak membawa kepada gejala sakit mental namun, ia tidak seharusnya dipandang ringan.
Jelasnya, insomnia boleh dirawat dan penderita harus diperiksa bagi mengesan kehadiran penyakit lain. Tahap tekanan harus diambil kira dan tekanan yang boleh dielak- kan harus dielakkan.
Ads
Amalkan sleep hygiene di mana menjadikan suasana tidur lebih selesa dan nyaman agar tiada gangguan di bilik tidur seperti televisyen, komputer atau telefon.
Ubat penenang ringan boleh diberi sebagai langkah terakhir dengan pengawasan doktor bertauliah untuk sementara waktu. Namun, sebenarnya ubat tidur tidak digalakkan sama sekali kerana ubat ini boleh memburukkan masalah insomnia jika salah penggunaannya.
Siapa pun boleh mengalami masalah ini. Ia biasanya melibatkan individu yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat daripada segi pemakanan, senaman dan aktiviti harian. Begitu juga individu yang mempunyai pola tidur tidak tetap seperti pekerja syif kerana kekeliruan otak mengenal waktu tidur.
CARA ELAK INSOMNIA
1. Elakkan dari minum minuman berkafein sebelum tidur.
2. Lakukan senaman yoga untuk meregangkan otot dan tulang.
3. Jangan paksa diri untuk tidur, sebaliknya alihkan perhatian dengan lakukan beberapa aktiviti seperti mendengar muzik untuk mendapatkan rasa mengantuk.
4. Elak dari sebarang gajet dan skrin elektronik yang boleh menyebabkan mata sukar untuk mengantuk.
5. Ketepikan emosi dan perasaan yang negatif kerana ia akan menjadikan kamu ‘overthinking’ dan sukar untuk tidur.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, telah viral di beberapa laman media sosial mengenai seorang wanita berhijab dari Indonesia yang menjadi tumpuan ramai kerana merupakan salah seorang anggota polis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Bukan itu sahaja, wanita yang bernama Hikma Nursya ini juga mencuri perhatian ramai kerana memiliki wajah yang cantik lagi ayu persis seorang pelakon sinetron.
Hikma, 25, yang berasal dari Yogjakarta kini sedang bertugas sejak bulan Jun lalu di bawah PBB yang berkapalan di Bangui, Afrika.
Bukan calang-calang, Hikma juga boleh dikatakan sebagai seorang instafamous apabila memiliki pengikut seramai 65 ribu di laman Instagram. Beliau juga sering berkongsikan gambar ketika bertugas.
Penglibatan Hikma sebagai seorang anggota polis PBB jelas membuktikan sisi lain sebagai seorang wanita masa kini yang lebih berani dan tidak takut berhadapan dengan cabaran. Moga wanita lain di luar akan turut terinspirasi dengan kejayaan dirinya.
Hannah Delisha ialah seorang pelakon yang memang pandai berlakon. Baru-baru ini, dia membuat drama bersama pelakon hebat, Shukri Yahaya, dan lakonan mereka mendapat perhatian orang menerusi drama berjudul “Andai Itu Takdirnya.”
Ramai yang tahu Hannah Delisha seorang penyanyi, kerana dia menyertai rancangan realiti TV nyanyian, The Masked Singer. Persembahan ini telah menunjukkan bakatnya dalam bidang nyanyian, dan juga telah menyedarkan ramai orang baru tentang karyanya.
Baru-baru ini, video Hannah Delisha menyanyikan lagu raya lama telah menarik perhatian ramai orang. Bukan sahaja suaranya cantik, malah tiga lelaki yang menemaninya hanya dengan suara mereka turut menarik perhatian orang ramai.
Rakaman perkongsian Hannah Delisha menyanyikan lagu raya bersama kumpulan acapella ini telah dimuat naik melalui akaun TikToknya. Di dalamnya, dia terdengar cantik sambil menyanyi bersama rakan penyanyinya.
Video ini ramai yang memuji suara Hannah Delisha, kerana sesuai untuk menyanyikan lagu raya lama ini. Malah ada yang mengatakan bahawa dia mempunyai pakej lengkap sebagai seorang selebriti.
Ramai orang meninggalkan komen di ruangan komen perkongsian pelakon dan penyanyi cantik ini mengatakan betapa hebatnya dia, dan bagaimana mereka diilhamkan oleh karyanya.
Sumber : TikTok @HannahDelisha
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, aktres jelita iaitu Oktovia Manrose,30, telah selamat bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Mdisa,31, pada hari Selasa lalu dengan sekali lafaz.
Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman telah dinikahkan sendiri oleh bapanya yang juga bekas penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman sambil disaksikan jurunikah Ustaz Mohamad Fairuz Saderi.
Menyingkap kembali detik perkenalan, Oktovia sebenarnya telah berkenalan dengan suaminya sejak tujuh tahun lalu menerusi ahli keluarga sebagai kenalan biasa.
Namun, perasaan terhadap satu sama lain itu mulai timbul selepas dipertemukan semula beberapa tahun yang lalu.
Jelas Oktovia, keinginan bekas pemain bola sepak Melaka United itu untuk sama-sama berhijrah mendekati Allah SWT menguatkan lagi hatinya untuk bergelar isteri kepada Khairul kerana dia juga mempunyai matlamat yang sama.
Di majlis yang bertemakan taman itu, hari bahagia mereka turut diserikan lagi dengan persembahan istimewa daripada Iwan sendiri dan juga Datuk Nash.
Antara rakan selebriti yang hadir memeriahkan acara pada hari itu termasuklah sepupu Oktovia iaitu Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Raysha Rizrose, Emma Maembong, Lufya Alana dan ramai lagi.
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...