Orang kata jika dalam masakan, tanpa garam, masakan itu tidak akan sempurna. Begitu juga dengan istilah maskara dalam solekan. Jika tiada sebarang maskara pada wajah, maka tidak sempurnalah solekan anda!
Maskara mampu untuk menjadikan mata anda kebih galak dan seksi mengikut bentuk garisan yang dihasilkan. Pun begitu, pemakaian maskara yang tidak betul boleh menyebabkan solekan anda comot dan tidak kemas! Walaupun pelbagai jenis produk maskara dijual di pasaran, tetapi anda harus tahu tentang teknik asas untuk memakai maskara! Oleh itu, jom baca teknik asas di bawah ini! Selamat mencuba!
1. Pilih jenis maskara yang betul
Terdapat banyak maskara yang menjanjikan lebat, panjang dan tahan lama tetapi pakar mengatakan bahawa ini bukan caranya untuk memiliki keseluruhan efek. Jika anda mahu hasil yang tertentu, carilah jenis maskara yang khusus.
2. Hitam sesuai untuk semua
Semua orang boleh menggayakan maskara hitam, walaupun berambut perang. Kepentingan maskara adalah untuk menyerlahkan bentuk mata dan bulu mata.
3. Gunakan maskara kalis air bila perlu
Formula kalis air adalah terlalu sukar dibuang untuk digunakan setiap hari, anda perlu menggosok kuat untuk menghilangkannya jadi ada kemungkinan bulu mata anda akan gugur.
4. Lentikan sempurna
Gunakan pelentik bulu mata dengan memulakannya dari pangkal bulu mata kemudian sedikit demi sedikit dilentikkan sampai ke hujung bulu mata. Letakkan cermin di bawah mata agar anda dapat lihat garisan bulu mata.
5. Bulu mata yang lebih ketara
Palit dari pangkal bulu mata hingga hujung. Bermula dari pangkalnya, ceraikan setiap helaian bulu mata, pegang berus secara menegak dan gerakkannya dari tepi.
6. Melebat dan memanjangkan
Sekiranya bulu mata anda halus dan jarang, gunakan asas maskara untuk menambahkan volume. Palit dari pangkal bulu mata hingga hujung.
7. Mencuci maskara
Selepas seharian bulu mata anda dipaliti maskara, pastinya waktu untuk mencuci cukup renyah buat anda, namun jangan runsing, gunakan saja pencuci bulu mata atau pemadan solekan yang berunsurkan formula minyak. Kandungan minyak dapat menyingkirkan kotoran dengan pantas, malah ia juga berkesan untuk maskara kalis air.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe