Untuk wajah tampak muda, bukanlah perkara mudah untuk dilakukan. Pelbagai aspek harus diambil kira untuk memastikan wajah sentiasa kekal muda tanpa sebarang kedutan.
Namun, untuk tampil muda, tidak hanya memfokuskan kepada wajah semata-mata , malah definisi muda itu harus ditampilkan dari seluruh badan. Bukan sahaja makan makanan yang berkhasiat mampu untuk menjadikan anda awet muda, tetapi ada beberapa cara mahupun langkah yang dapat menjadikan rupa paras sentiasa awet muda dan tubuh badan sentiasa segar!
Sumber gambar: Do You Yoga
Mulakan hari anda dengan senaman yoga yang banyak memberi kebaikan pada tubuh badan kamu. Tidak perlu buntu untuk melakukan senaman yang lasak. Cukup sekadar regangan yoga di pagi hari yang dapat menenangkan otot-otot badan serta fikiran anda. Amil masa diantara 30 hingga 45 minit untuk melakukan yoga. Antara kebaikan yoga yang kita ketahui ialah ia melancarkan saluran darah dalam badan serta meregangkan otot-otot dalam badan. Berbaloi sekiranya kamu melakukannya setiap hari supaya ia juga membantu kamu untuk tampak muda sentiasa!
Sumber gambar: MG Grand Day Spa
Luangkan masa selama 5 hingga 10 minit saat anda bangun pagi dengan menghirup udara segar dan melihat kehijauan alam! Cara ini secara tidak langsung akan memberikan ketenangan pada jiwa dan fikiran, dan menghilangkan kekusutan yang ada di minda. Apabila ruang minda kembali lapang, kesihatan badan akan terjamin dan menjadikan raut wajah tidak makan dek usia! Lakukannya di mana-mana sahaja yang anda selesa! Apa yang penting, pastikan lokasi itu mempunyai kehijauan alam yang indah!
Sumber gambar: Buzz Carribean
Kajian menyatakan bahawa minuman kopi dapat memberikan tubuh badan ketenangan walaupun bukan dalam tempoh yang lama. Namun, ia membantu untuk merehatkan sel-sel otak serta otot-otot badan dari bebadan kerja mahupun stres. Jadi tidak salah bukan sekiranya anda menjadikan secawan kopi sebagai minuman pagi anda sambil melihat pemandangan di luar rumah?
Sumber gambar: Study Breaks Magazine
Mendengar lagu di pagi hari bukan sahaja dapat membuatkan fikiran anda melayang tanpa memikirkan sebarang masalah, namun ia memberikan ketenangan pada hati dan merehatkan tubuh badan. Luangkan selama 10-15 minit mendengar lagu kesukaan kamu. Untuk kesan yang baik, anda boleh cuba untuk mendengar jenis lagu yang perlahan ataupun melodi piano diiringi dengan bunyi deruan ombak. Tak percaya? Cuba cari Spotify dan lakukannya sekarang!
Sumber gambar: Calm Moment
Seperti mendengar lagu, membaca buku ataupun novel juga dapat memberikan ketenangan pada diri serta membantu untuk menghilangkan rasa stres di minda. Cara ini membantu untuk menaikkan seri wajah apabila minda tidak kusut, dan tubuh tidak berasa berat. Pilih sahaja apa-apa jenis buku yang kamu minati, dan luangkan dalam 30 minit. Pasti kamu akan berasa lebih lega, aman dan segar!