Gadis ini Nik Yam Chik Zainab pernah berdepan dengan masalah apabila kulit wajahnya mengalami breakout, kusam dan tidak berseri. Ketika mengalami masalah ini usianya baru 15 tahun dan berlanjutan sehingga usianya mencecah 21 tahun. Malah dalam kalangan keluarganya, dia antara anak yang mempunyai wajah menggerutu.
Dia bukan tidak pernah berusaha untuk menjadi ‘cantik’. Malah pernah membuat ‘facial treatment’, berbekam dan juga bertemu doktor pakar. Tetapi semuanya tidak menjadi.
Namun tambahnya lagi satu hari dia terbaca posting seseorang yang sebelum ini mengalami masalah yang sama sepertinya tetapi lebih teruk lagi.
Dalam posting itu dia turut memberitahu caranya merawat masalah berkenaan dan testimoninya memang sangat mengujakan.
Dan setelah menggunakannya kurang dari setahun, hasil yang diterima sangat WOW. Walaupun posting ini sudah beberapa tahun, tetapi gadis ini bijak menjaga wajahnya dan masalah breakout tidak berulang.
Malah ketika majlis perkahwinannya awal tahun ini juga dirinya kelihatan sangat cantik dengan kulit flawless dan glowing.
Ayuh, ikuti perkongsiannya dan kepada yang ada masalah sama boleh cuba cara ini.
Assalamualaikum.
seperti yang dijanjikan.
Semoga bermaanfaat buat semua.
In shaa ALLAH.
Sebelum tu nak bagitau yang muka selepas tu memang muka yang tak di edit langsung.
Untuk masalah muka.
Mungkin segelintir daripada kita pernah mengalami benda ni kan?
Kalau gemok nak kurus ubatnya diet.
Tapi kalau muka berjerawat cuba banyak-banyak produk pon belum tentu sesuai.
Kan?
Saya mula naik bendalah ni masa umur 15 tahun.
Benda ni berlarutan hingga saya umur 21 tahun.
Dalam tempoh naik tu tipu lah takdek yang komplen kan?
Nak kata dalam keluarga mungkinlah muka saya paling menggerutu. Hehe.
Percayalah.
Tak ada orang yang dambakan kulit muka yang macam ni.
Banyak benda saya usahakan termasuklah facial treatment, berbekam, jumpa dr pakar.
Dan satu lagi,
saya bukan jenis yang suka jadi bahan uji kaji cuba banyak produk nak-nak lagi produk yang muka putih tangan hitam.
Jadi benda yang selalu saya calit kat muka madu, tepung ubi, serbuk kayu manis dan minyak gamat.
Pencuci muka banyak sangat da try.
Garnier, Eversoft, Hada labo, clean n clear, dan seangkatan dengannya.
Kononnya masa tu fikir muka boleh licin kalau pakai brand yang famous. Kroh kroh kroh.
Dan ternyata sangat tak membuahkan hasil.
Masih lagi naik macam tanam rumput.
At last, fedup.
Lantak la nak naik ke.
Nak turun ke.
Makin jaga makin teruk.
Satu hari scroll fb terjumpa satu post dari seorang hamba Allah ni,
bercerita perihal macam mana dia boleh rawat kulit dia.
And to be honest,
muka dia 3x lagi teruk dari saya.
Dalam post tu dia senaraikan produk yang dia pakai untuk rawat kulit dia.
And testimoni nya sangat WOW!
Dan dia bukan peniaga produk yang berjaya.
Dia cuma pengguna yang tak lokek nak share ilmu.
Alhamdulillah.
Kurang dari setahun baru nampak muka manusia.
No wonder la dulu ramai yang duk pertikaikan.
Setelah mengharungi onak duri,
Benda-benda ni juga penyelamat saya.
Dulu pandang tak nak.
Tapi bila da try terus jatuh cinta.
Ok. Untuk pencuci muka, saya pakai safi gamat. Selalunya saya akan cuci muka 3x sehari termasuklah selepas bangun tidur dan sebelum tido. Nampak tak? Dulu sombong tak mau pakai produk tempatan. Tup tup Safi juga la yang banyak berjasa. Menyesal betul.
Kalau scrub safi saya cuma akan pakai every weekend. Lepas pakai scrub, saya akan terus pakai toner safi. Functionnya untuk tutup liang pori dan segarkan muka.
Dan dan dan,
yang saya memang takkan menyesal sampai sekarang adalah Dalacin T.
Benda ni the best ever yang pernah saya try.
Untuk manusia yang tercari-cari produk apa uang sesuai untuk hilangkan jerawat kecik-kecik. yang sekali picit keluar ala-ala ulat tu, nahhh yang ni paling sesuai.
Dalacin T ni cuma ada kat farmasi je ye.
sebab ni produk farmasi.
Harga dari RM35-55.
Harga saya dapat kat Tanjong Malim ni RM50.
Kecil tapi berbisa.
Hohoho.
Tak payah fikir membazir ke apa.
Sebab sebotol ni tahan setahun+-
Cara guna Dalacin T,
pakai setiap kali sebelum korang pakai bedak.
Dan kebiasaan nya saya akan pakai sebelum ke kelas.
Jerawat besar naik, letak je benda ni.
Tak sampai seminggu lesap sekali ngan parut.
kalau tak percaya boleh tanya Mr. Google n tengok review orang-orang yang dah cuba benda ni.
Tak lupa juga air masak yang sangat membantu ni.
Air masak penting ye.
Saya tak pernah pakai sebarang produk untuk hilangkan parut.
Kalau dulu kat hidung ni paling parah.
Whitehead, blackhead dan segala keturunan head ada.
Tapi after consume semua ni dah tak ada dah masalah-masalah ni.
Lagi satu,
untuk Siapa-siapa yang suka sangat pakai krim foundation,
saya sarankan korang cuba ODF (oxygen doll foundation).
Dengar kata sekarang ni dah ada pack kecik untuk yang baru nak try.
Benda ni rawat sekali muka.
Tak payah risau pasal pori tersumbat.
Yang pasti bukan cantik masa pakai je,
bangun tido muka serabai pon housemate puji muka glowing.
Memang kulit muka jadi makin cantik.
Betul-betul merawat kulit.
Jangan salah faham,
saya bukan peniaga yang tengah nak lariskan jualan.
saya cuma kongsi apa yang saya rasa perlu.
Dan terima kasihh sebab sudi baca post saya yang panjang lebar.
Dengan lafaz Bismillah semoga ianya bermanfaat.
Terima Kasih dan harap post ni menjawab segala persoalan dari pihak yang PM saya.