Wajah Pasangan Seiras, Pakar Psikiatri Bongkar Rahsia Di Sebaliknya

Share

Orang kata, wajah suami isteri bila seiras itu tandanya jodoh panjang. Pelik bukan? Macam mana wajah suami isteri boleh seiras? Apa puncanya? Memang banyak anggapan di kalangan masyarakat kalau orang yang berjodoh itu cenderung memiliki wajah yang mirip.

Menurut seorang pakar psikiatri, Dr Ahmad Rostam Md Zain melalui perkongsian di laman Twitter miliknya, dia menerangkan dengan lebih jelas mengenai isu ini.

FAKTA MENARIK MENGAPA PASANGAN KELIHATAN SEIRAS

Sudah tentu kita kerap kali terjumpa pasangan yang sudah berkahwin wajah mereka kelihatan seiras dan hampir serupa.

Kalau tidak kenal, mungkin ada yang akan kata mereka kembar @ bersaudara sedangkan mereka sebenarnya tidak. Sains ada jawapannya.

1. Kajian yang dikeluarkan pada 2011 mendapati bahawa kita cenderung untuk memilih pasangan yang ada iras muka kita @ iras dengan ibu ayah kita sendiri.

 

2. Teori ‘assortative mating’ pula menyimpulkan kita cenderung memilih orang yang mempunyai ciri fizikal dan strata sosial yang setara.

3. Pasangan juga cenderung untuk mempunyai tabiat, bahasa badan dan gaya yang sama yang menunjukkan ikatan emosi yang selesa dan saling percaya.

4. Sistem imun badan juga akan mula menjadi hampir sama setelah lama bersama jadi tidak hairanlah jika seorang sakit, yang seorang lagi juga bakal tidak sihat.

5. Pengalaman hidup menyebabkan mereka melalui turun naik emosi dan cabaran yang sama. Kedutan di muka juga boleh berlaku di tempat yang sama.

6. Kajian Robert Zanjonc menunjukkan, lebih tinggi tahap kegembiraan dan kebahagian yang dialami oleh 1-1 pasangan, lebih iras mereka akan kelihatan.

Sungguh, bahagia boleh dilihat, dirasa dan dikongsi.

Sumber kredit: Dr Rostam

 

Published by
Norhasliza