Macam-macam cara dilakukan untuk buat kulit kita jadi lebih cantik dan glowing. Tidak semestinya memerlukan bajet yang mahal, sebaliknya guna bahan alami juga mampu membuat wajah lebih berseri sepanjang hari. Menurut perkongsian di laman facebook Faridatul Hadawiah, dia hanya membuat masker yang dibuat sendiri untuk menjaga kecantikan kulit wajah. Cara buatnya cukup mudah dan memang boleh dibuat stok.
Amalkan masker ini sebagai rutin harian (lebih elok sebulan sekali) terutama buat hijabi yang mempunyai kulit bermasalah. Hasilnya akan menjadikan kulit anda lebih licin, cerah, dan berseri-seri.
Baca perkongsian wanita ini yang membahasakan dirinya sebagai Yaya mengamalkannya sebagai regim kecantikan dirinya sendiri. Menurutnya msker ini bukan sahaja membuatkan wajah berseri
, tetapi juga mengecutkan jerawat dan mencegah kedutan.Actually semua dah tahu kan tomato ni memang sangat-sangat bagus untuk skin especially skin yang bermasalah.
Yaya amalkan masker tomato beku ni dalam sebulan lebih macam tu dan alhamdulillah kesannya memang sangat-sangat KETARA
Siapa yang kulit selalu jadi TUMPUAN JERAWAT tu memang sangat2 sesuai gunakan masker ni sebab memang membantu tau.
Kalau ada masalah liang pori besar @ masalah skin yang lain memang sesuai buat masker ni sebab ia sesuai untuk semua jenis kulit
Yaya suka sebab kulit MAKIN CERAH + hidung iolss licin hokay
Itu tandanya masker ni mampu singkirkan sel-sel kulit mati dan juga whitehead + blackhead
Eh jangan terkejut kalau hangpa kena marah dengan mak hangpa sebab curi tomato kat dapur Sebab kita tak gunakan bahan lain selain tomato
Takmo cakap panjang-panjang meh Yaya kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara buat masker tomato beku yang sangat la MUDAH.
Yaya sertakan cara-caranya di setiap gambar dan video Di bawah.
Bahan-bahan :
2 biji tomato
Cara-caranya :
1) Potong tomato tadi kepada 2 @ 4 bahagian supaya senang nak blender ( potong kecik2)
2) Masukkan tomato ke dalam blender
JANGAN CAMPUR DENGAN AIR, BIARKAN TOMATO TADI HASILKAN JUSNYA SENDIRI
3) Kisar sampai halus
So masa nak guna nanti just keluarkan satu2 je.
4) Masukkan tomato yang dah dikisar ke dalam bekas air batu
5) Masukkan ke bahagian beku dalam peti ais
Okay yang nak yaya cadangkan korang buat malam so biarkan semalaman dan peti beku bagi keras
Okay ni adalah video tutorials cara nak gunakan masker tomato beku tadi
P/s: Okay masker ni korang boleh buat sama ada 1 kali sehari (pagi) @ 2 kali sehari (pagi + malam)
SELAMAT MENCUBA