Biasanya kita baca petua air detox hanya untuk kuruskan badan. Tetapi rupa-rupanya detox juga boleh membuatkan kulit wajah berseri.
Bukan itu sahaja, kuasa air detox ini juga mampu membuatkan jerawat hilang selain lemak yang terhakis dan badan ‘maintain’ macam kerengga.
Siapa yang tak nak pelbagai khasiatnya jika hanya mengamalkan detox sebagai rutin minuman harian. Malah bukan itu sahaja, bahan dan cara membuatnya juga senang sekali.
Tak perlu makan pil atau apa jua produk pelangsing badan yang dijual di pasaran. Hanya amalkan minum air detox ini dan confirm hasilnya memang menakjubkan.
Petua ini dikongsi dari laman facebook melalui akaun Kaki Sini.
Jom kita tengok apa bahan yang digunakan untuk membuat air ajaib ini.
Bahan-bahan:
Timun
Lemon atau limau nipis
Serai
Halia
Cara membuatnya:
1. Potong semua bahan dan masukkan dalam air
2. Simpan dalam peti sejuk selama 3 jam
3. Siap dan bolehlah dijadikan amalan minuman harian.
Khasiat setiap bahan:
Air masak – Memang sangat elok untuk badan dan kecantikan muka
Timun – Tinggi anti oksida, hidrasi dan membantu melegakan kulit dan melembapkan. Timun juga boleh kecilkan dan keringkan jerawat. Parut akan main pudar dan pori-pori pula semakin tertutup.
3. Lemon atau limau nipis – Ada asid yang baik untuk cuci bersih segala kotoran dalam badan, toksin dan hilangkan berat badan!
4. Serai – Membuang toksin dalam badan, tekanan darah dan boleh kurangkan kolesterol
5. Halia – Buang angin dan toksin, kulit halus mulus, naikkan seri muka dan boleh hilangkan STRESS!
P/S: Air detox yang dibuat ini boleh diletakkan dalam peti sejuk. Bukan kulit sahaja yang cantik, tetapi badan pun boleh kurus sebab kuasa 2 In 1 air detox ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI