Masalah jerawat merupakan salah satu masalah yang membuatkan si gadis runsing dan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Apatah lagi jika mengalami masalah breakout yang teruk. Nak keluar rumah pun malu!
Jika anda mengalami breakout yang teruk, bawa bertenang dahulu. Cuba ikut perkongsian seorang gadis yang berkongsi tentang rawatan yang dilakukannya dengan hanya berbekalkan RM300. Kini, alhamdulillah kulit wajahnya semakin pulih. Makin berseri-seri pula Hijabista tengok.
Berikut merupakan perkongsiannya.
Hi semua, disebabkan ramai yang dm wanie lagi tanya macam mana muka wanie boleh okay balik. So entry kalini wanie bagi anda tengok gambar-gambar time muka wanie breakout (sorry untuk gambar yang macam agak blurry, taktau pasaipa). Okay entry kalini jugak wanie akan jawab soalan-soalan femes yang anda selalu tanya, so sila baca. Jangan lepaih ni ada yang dok dm lagi tanya benda yang sama. Rajin rajin sikit baca nah.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Face Oil untuk Merawat Kulit Berjerawat, Ini 10 Cadangan Jenama Terbaik Di Pasaran
1) Kat mana hampa buat treatment?
Saya buat treatment dengan Doktor Meena dekat Klinik Doktor Fauzi, Alor Setar, berdepan dengan UTC Kedah.
2) Apa nama treatment tersebut? Dan berapa kosnya?
Treatment tu kalau anda google nama dia, Chemical Peeling Treatment and kos treatment saya adalah RM150. Tapi bergantung dengan masalah kulit. Tak semua harga sama and dapat rawatan yang sama. Tapi kalau kat KL harga dia lain. Ni harga kat Kedah.
3) Berapa kali awak buat treatment?
Saya buat dua kali sahaja dan saya lakukan sekali sebulan. Jumlah kos untuk muka saya pulih adalah RM300.
4) Sakit tak masa buat tu?
Mestilah sakit sebab Doktor Meena sapukan asid dalam 35% untuk matikan semua jerawat dekat muka. Tapi takpa boleh tahan. ‘Beauty is pain kan’.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Kulit Breakout Kembali Pulih Lepas Guna Masker DIY Campuran Tomato + Lemon, Pakai 3 Kali Seminggu Je
5) Berapa lama awak ambil masa recover?
Okay, saya ambil masa untuk hilangkan semua jerawat dalam masa dua bulan. Sebab lepas treatment yang kedua, muka saya dah clear dari semua jerawat.
6) Awak pakai apa untuk bagi hilang parut?
Selepas dua bulan, muka saya dah okay dari jerawat. Cuma cara nak hilangkan parut itu saya pakai Cosmoderm Cream 3000 i.u. Mana nak dapat? Guardian ada jual.
7) Berapa lama parut awak hilang?
Parut saya pudar pun dalam masa sebulan dah boleh nampak beza. Tapi make sure hampa semua kena konsisten pakai krim tu siang and malam. Takda masalah.
8) Awak pakai skincare apa time muka awak tengah treatment?
Saya tak pakai apa-apa, saya memang cuci dengan air suam sahaja, sebab time tu trauma lagi nak pakai apa-apa skincare sampai la saya try Cosmoderm.
9) Cosmoderm Cream 3000 i.u tu yang mana satu?
Kalau pergi ke Guardian, packagingnya warna oren. Nak lebih tepat, anda boleh google.
Sumber: Facebook Wanie Noordin