Kecantikan

Wajah Berkedut Seribu Walaupun Usia Masih Muda? Lakukan 5 Rutin Penjagaan Kulit Muka Ini Di Rumah!

Share

“Usia masih muda, tapi wajah seperti orang tua!”

Malunya bila ramai yang melabelkan kita tua dari usia. Mana tidaknya, dengan penjagaan kecantikan wajah yang tidak rapi, kedutan sudah mula terlihat dengan jelas. 

Sumber gambar: How Nigeria News

Biarpun banyak produk dijual di pasaran, tetapi ia tidak lengkap tanpa rutin penjagaan yang sempurna di rumah! Nak tahu bagaimana cara untuk menghilangkan kedutan? Jom baca!

ELAK CUCI TERLALU KERAP

Sumber gambar: Shiny Diamond

Ramai yang menganggap bila mencuci muka dengan kerap, ia boleh menyebabkan wajah bersih dan terjaga. Itu mitos belaka! Hakikatnya, usah terlalu kerap mencuci wajah kerana wash your face too often, and you wash away its protection.

PENGAMBILAN IKAN/OMEGA

Sumber gambar: Engina Kyurt

Bukan sekadar penjagaan luaran semata-mata, malah penjagaan dalaman juga harus dijaga dengan rapi. Tahukah anda, asid lemak yang terkandung di dalam ikan mampu menyubur dan memberikan keanjalan kulit agar kulit wajah tampak lebih muda berseri? Jadi usah ketepikan kebaikan ikan atau sumber omega kerana ia kunci untuk anda tampil muda!

SOYA

Sumber gambar: Medical News Today

Ha! Jangan terkejut ya! Soya juga boleh memberikan keanjalan kepada kulit wajah anda tau! Ini adalah kerana sumber soya boleh meningkatkan tahap perlindungan pada kulit. Ia juga sering diambil sebagai supplemen tambahan untuk membantu melindungi serta menyembuhkan masalah kulit akibat selaran matahari.

KOPI

Bagi anda pencinta kopi, mungkin rutin ini sesuai untuk anda. Bukan hanya memberi ketenangan pada minda malah kopi mempunyai dua bahan anti-oksidan iaitu epicatechin dan catechin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari kerosakan cahaya matahari, pengaliran darah di sekitar wajah lebih lancar serta memastikan kulit sentiasa hidrat sempurna.

Baca juga: Rupanya Wajah Nampak Tua Disebabkan Anda Tidur Dengan Wajah Bermekap! Ini 5 Kesan Buruk Lain Yang Wajib Tahu!

PAKAI KRIM TABIR SURIA DAN PELEMBAP KULIT & BERHENTI MEROKOK

Sumber gambar: Shiny Diamond

Percayalah yang kulit wajah tidak akan bermasalah jika anda amalkan penggunaan krim tabir suria, henti dari merokok dan pastikan anda memakai pelembap wajah setiap hari.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Putra