Wajah Bebas ‘Fine Line’, Maria Farida Dedah Bagaimana Dia Kekal ‘Jelita’ Di Usia 54 Tahun!

Share

Ramai tidak menyangka bahawa pelakon berdarah kacukan Melayu Filipina, Datin Seri Maria Farida Atienza lebih mesra disapa dengan nama pentas Maria Farida kini sudahpun beusia 54 tahun.

Sehubungan itu, dek kerana mempunyai tubuh badan serta kejeliiaan persis dara yang dimilikinya, ibu seorang anak ini terpaksa berdepan pelbagai persoalan seperti, apa rahsia? Bagaimana kekal awet muda?

Malah, video Maria Farida bersama usahawan, Dato Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza binti Othman, 51, pernah tular di aplikasi TikTok hingga penampilan Maria Farida yang tidak terlihat dimamah usia menjadi sorotan dan bualan warganet. 

Namun, bukan emas yang menjadi perhatian orang ramai, tetapi penampilan Maria Farida yang seakan-akan anak dara yang menjadi tumpuan.

Artikel berkaitan: Rahsia ‘Awet Muda’ Siti Nordiana Kini Terbongkar! Hanya Amal Dua Perkara Ini Je!

Rata-rata warganet membanjiri ruangan komen hantaran berkenaan dengan memberikan kata-kata positif tentang keanggunan dan kejelitaan yang dimiliki Maria Farida. tak kurang juga ada wargamaya yang terpegun dan tertanya-tanya akan rahsia kejelitaan beliau.

Jusolek Dedah Kulit Maria Farida, Realitinya Memang Cantik!

Terdapat satu tangkap layar dari Astro Gempak, di mana seorang jurusolek mengaku dia pernah berkerjasama bersama Maria Farida. Menurut individu itu, memang jelas kulit dan rupa Datin Maria memang seperti yang di kongsinya dalam laman media sosial.

Sumber dari Astro Gempak

“Saya pernah makeup Datin Maria Farida di rumahnya. 2 tahun lepas. Kulit dia memang cantik tiada satu pun garisan tua…cekang orang kata,

“Dan kulit dia tak perlu pakai foundation. Bila pakai foundation nampak sikit kering even yang liquid. Jadi datin maria memang tak suka pakai foundation pun,

“Tapi body kulit semua macam anak dara…memang segaklah orang kata…kalah kita yang muda.” ujarnya di ruangan komen.

Datin Maria Farida juga pernah di soal dan di kata membuat rawatan di spa dan sebagainya untuk maintain rupa parasnya. Tetapi, dia lebih mempercayai cara semula jadi untuk menjaga badannya. Jadi…apa lagi sis

semua, kita pun kena mula dari sekarang nak maintan badan!

Sumber info: Astro Gempak dan Instagram Datin Maria Farida

Artikel berkaitan: Di Usia 55 Tahun, Ziana Zain Kekal Jelita, Peminat Samakan Dengan JLO Versi Hijabi! Rupanya Ini Amalan ‘Awet Muda’

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir