Penggunaan pelembap wajah secara rutin dapat membantu merawat kulit wajah agar tidak kering dan kasar. Setiap jenis kulit mesti menggunakan pelembap wajah yang disesuaikan dengan keadaan kulit masing-masing.
Untuk pemilik kulit kering, anda lebih sesuai menggunakan pelembap berbentuk krim. Bagi pemilik kulit normal pula anda sesuai memakai pelembap wajah dalam bentuk krim atau losen. Sementara bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak disarankan untuk memilih pelembap wajah berbentuk gel atau losen. Ia lebih mudah diserap ke dalam lapisan kulit.
KENAPA WAJAH ANDA PERLU PAKAI PELEMBAP
Penggunaan pelembap muka memberikan manfaat yang besar kepada kulit muka. Pelembap wajah membantu kulit untuk menjaga kadar air dan membuat wajah tetap anjal. Pelembap wajah juga menjaga kulit daripada bahaya dehidrasi.
1. Melembapkan wajah
Manfaat pelembap wajah tentunya untuk melembabkan kulit wajah anda. Setelah seharian berada di luar ruangan, maka kulit wajah anda mungkin akan terasa tidak segar, dan pelembap wajah diperlukan agar kulit wajah, selalu terlihat segar.
2. Mencegah kulit wajah menjadi kering
Manfaat lainnya pelembap wajah dapat mencegah kulit wajah menjadi kering. Biasanya kulit wajah yang kering akan menyebabkan tekstur kulit terasa kasar dan juga perit ketika menggaru. Ini boleh menyebabkan kulit wajah anda mungkin mengalami luka apabila jika menggaru wajah dalam keadaan kering. Dengan penggunaan pelembap wajah, kulit anda akan terasa lembap dan juga tidak kering. Kulit kering juga boleh menyebabkan kesan kedutan lebih mudah terjadi. Elakkan tua sebelum usia.
3. Melindungi wajah dari sinaran UV
Pelembap wajah sangat diperlukan untuk membantu anda melindungi wajah dari sinaran UV. Kebiasaannya pelembab wajah didatangkan dengan SPF bagi melindungi kulit wajah. Jika diamalkan dengan konsisten, untuk janka masa panjang, kulit akan lembap, lembut dan anjal.
4. Memberi nutrisi pada wajah anda
Manfaat pelembap wajah juga memiliki beberapa kandungan mineral dan juga vitamin yang baik untuk kesihatan kulit wajah. Biasanya pelembap didatangkan dengan vitamin dan dan vitamin E yang baik untuk wajah . Walau bagaimanapun penjagaan kesihatan wajah bukan sahaja dari segi penggunaan pelembap wajah sahaja tetapi juga pengambilan makanan seimbang dan air yang mencukupi juga penting.
TIP MEMAKAI PELEMBAP WAJAH
PAKAI SELEPAS MANDI
Sebaiknya sapu pelembap sebaik sahaja selepas mandi. Liang-liang roma masih terbuka. Jadi pelembap lebih mudah diserap.
PILIH PELEMBAP YANG ADA AROMA LEMBUT
Pilih pelembap yang mempunyai aroma lembut yang menarik minat anda. Kulit anda rasa bagus bila memakainya. Paling penting sekali tidak meninggalkan sisa-sisa berminyak pada kulit anda.
PILIH YANG BERKUALITI
Pelembap yang berkualiti tidak akan merengsakan (kesan sakit / pedih) kulit anda dan tidak membuatkan kulit anda rasa panas/terbakar.
JANGAN PAKAI PELEMBAP BADAN PADA KULIT WAJAH
Elakkan memakai pelembap yang sama dengan pelembap badan. Kulit wajah dan kulit badan tidak sama. Kulit badan lebih kasar berbanding kulit wajah. Maka sebab itulah penting untuk memakai pelembap wajah yang berbeza.
Berikut dikongsikan juga pelembap wajah yang sesuai untuk mereka yang memiliki kulit yang berminyak.
1. Sebamed Clear Face Mattifying Cream
Bagi anda yang memiliki kulit sensitif cenderung berminyak, boleh mencuba krim dari Sebamed ini. Formulanya sangat lembut untuk pemilik kulit sensitif dan terdedah dengan alergi. Kandungan horse chestnut di dalamnya mampu meredakan iritasi pada kulit anda sehingga kulit lebih nyaman.
2. Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Gel-Cream
Kiehl’s mengandungi ekstrak akar Imperata cylindrica yang kaya potasium untuk melembapkan wajah. Selain itu, kandungan glacial glycoprotein juga akan melembapkan, serta mencegah berkurangnya kandungan air di dalam kulit. Akan terasa fresh apabila menggunakan krim ini.
3.The Body Shop Seaweed Oil-Control Gel Cream
Pelembap jenis krim gel ini sesuai untuk anda yang memiliki kulit kombinasi cenderung berminyak. Ianya bertekstur ringan dan memberi hidrasi pada kulit wajah anda sambil menyeimbangkan penghasilan sebum serta minyak berlebihan.
4. 72HR Moistx Ultra Hydrating
Dirumus khas untuk memberi kelembapan maksima kepada kulit muka jenis berminyak dan kombinasi. Diformulasi dengan hidrasi Sugar Complex untuk kelembapan kulit sehingga 72 jam.Kaya dengan spektrum penuh 3D Sodium Hyaluronate yang mengekalkan kelembapan kulit untuk kulit kekal lembut dan anjal.
5. Neutrogena Oil-Free Moisture Combination Skin
Untuk pemilik kulit kombinasi, masalah utama yang selalu anda adalah di bahagian T-Zone pada kulit wajah. Ini kerana kulit kombinasi terdiri daripada kulit kering dan berminyak. Krim pelembap ini bertekstur sangat ringan, tidak berminyak dan sesuai untuk anda yang berkulit kombinasi kerana ianya mampu untuk melembapkan bahagian kulit yang kekeringan.
Moga dengan perkongsian ini kita jadi lebih peka dalam soal penjagaan kulit wajah. Kulit yang sihat dan cantik tidak datang dengan sendiri. Ia memerlukan usaha bagi mendapatkan kulit seperti yang didamkan.
Sumber kredit: Khalila Health Beauty Top image: Photo by Andrea Piacquadio from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI