Memiliki wajah yang cerah tidak semestinya memerlukan anda menggunakan rawatan wajah menggunakan bahan alami atau sebarang krim pemutih wajah. Anda boleh melakukannya tanpa sebarang ubat dengan hanya menjalani perintah agama sahaja.
Dalam Islam, mendapatkan wajah yang berseri dan awet muda itu cukup mudah, asalkan anda rajin melaksanakan ibadah seperti solat dan lain-lain lagi. Hijabista kongsikan tip yang berguna untuk anda kekal cantik dan berseri dengan hanya mengikut apa yang digalakkan di dalam Islam.
Berwuduk
Berwuduk merupakan perkara yang akan kita lakukan sebelum bersolat. Berwuduk bermakna membasuh anggota badan mulai daripada wajah hingga kaki. Ia tidak hanya buat anda bebas dari kotoran tetapi baik untuk kecantikan kulit terutamanya wajah. Tidak hairanlah orang yang selalu berwuduk nampak lebih berseri, segar dan awet muda.
Ads
Murah Senyum
Senyum bukanlah satu perkara yang sukar, malah sangat mudah. Senyum juga termasuk dalam ibadah dan sebab itu kita sangat digalakkan untuk sentiasa senyum. Selain mendapat pahala, anda juga akan tampak lebih cantik, manis dan berseri apabila senyum hingga membuatkan anda kelihatan muda. Siapa tak nak nampak muda kan?
Ads
Hilangkan Sikap Iri Hati & Hasad Dengki
Perasaan iri hati dan hasad dengki ini tentu sahaja ada dalam diri setiap manusia. Namun, anda perlu bijak mengawalnya agar ia tidak menguasai diri. Jika anda perasan, individu yang suka mendengki ini memiliki wajah yang kusut dan kusam hingga menyebabkan mereka kelihatan lebih tua kerana jarang tersenyum. Jadi, hindari sikap iri hati agar jiwa tetap terjaga dan sentiasa damai. Apabila hati bersih, fikiran pun jadi lebih tenang.
Ads
Sayangi Anak Yatim
Dalam Islam, menyayangi anak yatim sangat digalakkan kerana ia juga merupakan salah satu cabang untuk anda ke syurga. Sebenarnya, menyayangi anak yatim akan membuatkan hati anda menjadi lebih lembut dan penuh dengan kasih sayang. Kelembutan akan terpancar melalui wajah hingga anda terlihat cantik luar dan dalam.
Solat
Solat merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam kerana ia merupakan tiang agama. Ternyata gerakan dalam solat boleh membantu wajah anda kelihatan lebih segar dan berseri, terutamanya gerakan sujud. Ketika sujud, darah akan mengalir ke seluruh wajah dan memasuki otak sehingga tidak hanya menyihatkan, malah bermanfaat juga untuk kecantikan wajah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Perkahwinan dan zuriat merupakan urusan Allah SWT yang tidak sepatutnya dipersoalkan. Sebagai hamba Allah kita hanya mampu membuat perancangan namun yang menentukan hanya Allah SWT.
Meskipun jodoh dan zuriat itu ditentukan oleh Allah itu bukan bermakna kita hanya berpeluk tubuh tanpa sebarang usaha. Selain usaha, doa juga penting agar usaha itu berjalan seiring.
Untuk sahabat/adik beradik atau sesiapa sahaja yang belum bertemu jodoh ATAU untuk yang sangat berhajat diberikan zuriat yang soleh solehah penawar hati. Amalkan doa ini. Sungguh-sungguh, setiap hari dan yakin.
Saya amalkan tiap kali tawaf waktu mengerjakan umrah tahun 2010 padahal ketika itu saya belum pernah kenal suami lagi. Tahun 2011 saya kahwin dan hujung tahun saya bersalin anak pertama.
Tidaklah segala sesuatu itu berlaku tanpa izin Allah. Ada doa yang serasi dengan kita. Ada doa yang tidak sesuai untuk kita. Usahalah. Dan terus membacanya seperti zikir harian di mana sahaja berada.
DOA INI 2 DALAM 1. JODOH DAN ZURIAT
Jadikan sebagai zikir harian. Sungguh takkan rugi orang yang membacanya.
Cabaran wanita yang berhijab di luar negara memang tidak dapat dinafikan. Secara asasnya, tudung merupakan satu helaian kain tetapi bagi seorang wanita Islam, ia mempunyai makna yang besar daripada sekadar helaian kain.
Hijab merupakan pelengkap pakaian wanita Islam yang dituntut dalam ajaran untuk menutup aurat dan sejak sekian lama ia menjadi sebahagian daripada gaya hidup. Walau bagaimanapun apabila tinggal di luar negara yang tidak ramai atau tiada penganut agama Islam tentunya ia agak mencabar.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita, Adi Sakinah Omar atau lebih dikenali sebagai Kina Omar, cabaran wanita berhijab sepertinya yang tinggal di luar negara bukanlah semudah A,B,C.
Kina Omar merupakan pengasas Jeju Muslim Travel. Dia tinggal di Pulau Jeju sejak 2014 hingga kini daripada masih bujang, berkahwin dan kini mempunyai seorang cahaya mata.
Selama beberapa tahun kina menetap di Korea, dan sebelum ni di UK, penerimaan orang tempatan di dua negara ini terhadap ‘tudung’ sgt berbeza dengan penerimaan kita di Malaysia. Terdapat pelbagai reaksi, ada yg positif, ada yg negatif.
Suatu hari waktu di sekolah di Scotland dulu.. kina tengah berjalan untuk ke kelas. Tiba2 sekumpulan pelajar perempuan matsaleh datang dari belakang dan tarik tudung kina sambil mereka gelak2. Kina pandang mereka dan kata “stop pulling my scarf” dan teruskan berjalan. Mereka tarik lagi, dan kina cakap benda yang sama, tp mereka masih tarik lagi.
Kina hilang sabar dan kina tarik rambut budak perempuan tu (ganas kan?). Kemudian berlaku aksi tolak menolak sampai la cikgu datang dan kami dipanggil ke bilik guru disiplin. Budak perempuan tu akhirnya dikenakan tindakan. Waktu tu kina 15 tahun (sbb tu ganas). Sebenarnya bukan sekali tu je tudung ditarik di sekolah, tapi banyak kali. Tapi yang ni paling jelas dalam memori sebab ada adegan tarik rambut & tolak2 ?.
Di Korea lain pula ceritanya, alhamdulillah setakat ni takda orang tarik tudung kina. Tp ramai pula orang Korea yang cakap “cantik pakai tutup kepala mcm ni, sopan”, “bagusnya tutup mcm ni, rambut tak rosak” tapi ramai juga yg tanya “kenapa pakai tudung? Kat sini orang Malaysia lain takda, mereka tak tahu pun kalau you tak pakai tudung” dan waktu musim panas tahun lepas ada yang nampak kina bertudung dan mereka kata “Tak panas ke? Tak payah la pakai tudung” dan ada juga yang bertanya “apa yang kat atas kepala tu? Kenapa tutup kepala?” Dan banyak lagi soalan pelik2.
Kina langsung takda perasaan marah bila mereka cakap macam ni sebab pada kina mereka tak tahu apa2 tentang Islam. Bila orang tanya macam ni kina akan jawab baik2 je, ” Kain atas kepala sy ni dipanggil hijab. Dalam Islam org perempuan wajib tutup seluruh tubuh kecuali muka & tapak tangan, so tak kisah saya di mana2 pun, musim panas atau sejuk, sy kena ikut apa yg disuruh dalam Islam”
Ini baru pasal tudung, belum lagi pasal puasa, makanan halal, solat dan banyak lagi yg kadang2 kina sendiri susah nak jawab. Sesiapa ada pengalaman menarik bila pakai tudung di luar negara? Boleh kongsi cerita dgn kina?
Sambil mengembara, sebarkan dakwah. Inilah dakwah secara santai.
Sumber: Kina.Omar
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solat dhuha ialah solat sunat yang dilakukan dalam waktu dhuha iaitu bermula dari terbitnya matahari hingga sebelum matahari berada di tengah-tengah. Untuk lebih mudah, waktu solat duha adalah kira-kira antara pukul 7.30 pagi – 11 pagi waktu tempatan. Walaupun ada beberapa pendapat berkaitan dengan waktunya, mudah bagi kita untuk mengambil waktu yang lazim iaitu sekitar pukul 8 pagi hingga 10 pagi.
Semestinya solat sunat dhuha ini mempunyai fhadilatnya tersendiri kepada setiap manusia yang mengerjakannya. Apatah lagi jika dilakukan dengan penuh kesungguhan semata-mata kerana Allah SWT.
Disebutkan banyak kelebihan dan keutamaannya dalam beberapa hadis, antaranya dalam satu hadis yang panjang iaitu Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing kamu untuk setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang dadanya. Maka setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, mencegah dari kemungkaran adalah sedekah dan sebagai dari ganti itu semua cukuplah dengan mengerjakan dua rakaat dhuha.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)
Sharifah Zarina, penyanyi yang popular dengan lagu Langit Ketujuh juga turut mengamalkan solat dhuha. Dalam Instagramnya, dia turut berkongsi doa solat dhuha.
Luangkanlah masa seharian sekitar beberapa minit sahaja bagi mengerjakan solat ini agar kita memperoleh keberkatannya bersama. Yakinilah bahawa setiap amalan yang baik itu akan diberi ganjaran pahala oleh Allah di akhirat kelak nanti.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.