Kebelakangan ini sering kita lihat, selebriti dan juga public figure tanah air kini seolah berlumba-lumba mengumpul pahala dengan acapkali mengadakan majlis-majlis ilmu di kediaman masing-masing. Malah, lebih menarik lagi apabila majlis ini turut mengumpulkan rakan-rakan artis yang tidak berhijab untuk turut sama mengumpul pahala di taman-taman syurga dunia.
Namun, masihkan hijabi ingat tentang seroang penyanyi etnik kreatif yang pernah menggegarkan industri muzik Malaysia dengan lagunya, Wassini satu ketika dahulu?
Norwahidah Abdul Wahab atau lebih mesra disapa sebagai Waheeda Wasini terus hilang gemerlapanya dalam dunia seni apabila melangsungkan perkahwinan bersama pendakwah bebas, Akhil Hayy. Hingga ada yang beranggapan bahawa kehilanganya dalam industri nyanyian tanah air ada bersangkut paut dengan larangan oleh suaminya.
Baru-baru ini menerusi satu temubual bersama rancangan hiburan terkemuka, Melodi Waheeda menjelaskan desas desus berhubung ‘kehilangan’ dirinya dari industri hiburan tanah air, langsung tiada kena mengena kerana dilarang oleh suaminya.
Bahkan, jelasnya punca dia mengundurkan diri dari dunia seni dan hiburan adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah dan dalam masa sama meluangkan masa menatadabbur, mempelajari serta memperbaiki bacaan Al-Quran.
Artikel berkaitan: 15 Tahun Menyepi, Bienda Kongsi Perkembangan Terkini Waheeda ‘Wassini’
Tambahnya lagi, selain itu dia juga banyak menghabiskan masa menguruskan keluarga dan anak-anak.
“Memang banyak habiskan masa dengan keluarga, jaga anak-anak tapi yang banyaknya belajar Al-Quran, nak faham Al-Quran, dalam masa 10 tahun tu agresif memahami Quran,” katanya.
Selain itu, apabila ditanya adakah pelantun lagu Wassini itu merindui kerjayanya sebagai penyanyi namun dia hanya berkata dia lebih rindu kepada kawan-kawannya yang berada dalam industri yang sama.
Waheeda turut memberitahu dia masih aktif di belakang tabir cuma dia tidak lagi membuat persembahan di khalayak ramai.
Dalam temubual sama, Waheeda turut menzahirkan rasa terharu terhadap para peminatnya yang masih mengingati dan memberi sokongan kepada dirinya meskipun setelah 10 tahun berlalu.
Artikel berkaitan: 10 Tahun ‘Menghilang’ WAHEEDA Wassini Rupanya Mendalami ISLAM Dengan Belajar AL-QURAN & Sunnah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.