Sudah lumrah sebagai manusia yang menjalani kehidupan di dunia, kita tidak dapat lari dari bertemu dengan masalah dan perkara yang membuatkan hati berasa sedih dan gelisah. Setiap satu dugaan sebenarnya mematangkan kita lantas membentuk diri menjadi wanita yang lebih hebat.

Tidak kiralah kesedihan itu disebabkan faktor keluarga, cinta dan kerjaya. Apa yang penting kukuhkan kedudukan anda sebagai seorang yang matang dalam menghadapi situasi. Jangan mudah melatah dan terus bermain emosi, lantas mencurahkan perasaan di media sosial.

Tidak semua perkara perlu diluahkan secara terbuka, kerana kadangkala ia boleh mengundang banyak perkara negatif dari yang positif. Lebih baik jika kita duduk di tikar sejadah dan menangis semahunya memohon pertolongan dan juga keredaan dari Allah SWT.

Wahai Wanita, Bila Hati Sedang Berduka. Mengadu KepadaNya Agar Dipermudahkan Urusan
Kita perlu reda dan serahkan kepada Allah SWT

Ini adalah beberapa rangkaian doa yang boleh anda amalkan untuk memberikan ketenangan kepada diri. Doa ini boleh diamalkan sepanjang masa.

DOA 1
اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ
(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’.)

Ads

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh
– Sahih Bukhari

DOA 2
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث
(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)

Ads

Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.
– Hadis Riwayat Tirmidzi

DOA 3

Ads

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

(Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli)

Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.
– Surah Taha Ayat 25-28

Semoga perkongsian ini akan memberikan manfaat kepada pada hijabi yang membaca. Befikiran secara positif agar berjaya membentuk aura diri yang menarik. Ingat! Kesedihan dan kegelisahan merupakan sebahagian dari hidup, kita tidak akan dapat lari dari merasainya.

Salurkan rasa itu kepada Allah SWT nescaya Dia MAHA mendengar setiap rintihan hambaNya.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI