Viral Video Boba Pearl Jadi Keras Macam Batu Bila Dalam Perut, Ini Penjelasan Sebenarnya!

Share

Semalam telah tular mengenai video boba pearl menjadi keras macam batu apabila dibiarkan seharian di tengah panas terik cahaya matahari. Mesti semua ada menerima video itu dalam group chat Whatsapp bukan?

Pasti panik rasanya apabila melihat situasi itu. Mesti kita akan terfikir apalah jadi dengan perut kita yang sudah selalu sangat menelan boba pearl

. Memanglah boba pearl itu kurang baik untuk kesihatan namun tidaklah sehingga mengeras di dalam perut kita. Dah salah fakta tu!

Kalau nak tahu apa sebenarnya yang terjadi, ikuti thread yang disampaikan oleh akaun @ChemEngMY

di laman twitter ini.

Dari sudut sains, ini proses yang terjadi sebenarnya…

Masa tengah beratur beli air boba tu, mesti semua pernah nampak boba pearl itu direndam dalam air gula lepas siap dimasakkan?

Boba akan menjadi keras apabila seluruh molekul air keluar daripada boba pearl tersebut.

Haaa sekarang kita dah tahula kan sebabnya! Zaman sekarang memang banyak fakta palsu yang tersebar yang membuatkan kita mudah percaya dengannya. Jangan cepat terpengaruh sis. Selidiklah dahulu kebenarannya sebelum mempercayainya bulat-bulat.

kredit: twitter @ChemEngMY

Published by
Qistina