Baru-baru ini tular tentang penggunaan spray antiseptik sebagai langkah berjaga-jaga dengan wabak influenza. Wabak ini boleh membawa maut maka sebab itulah langkah pencegahan perlu dilakukan bagi mengelakkan penularan yang lebih serius.
Namun penggunaan spray antiseptik ini sebenarnya perlu digunakan dengan betul. Maka sebab itulah kita sebagai pengguna tidak boleh hanya sekadar ‘menelan’ apa-apa sahaja info yang dikongsi terutama di media sosial.
Berikut perkongsian tentang spray ini yang tular di media sosial secara meluas.
Sedikit perkongsian untuk kawan-kawan semua ye…tentang spray ini ye…sejak semalam lagi duk viral benda ni…
.
Ads
Spray ni bukan tak bagus. Ya, ia boleh membunuh virus flu seperti yang didakwa. Tapi itu untuk jangka masa yang pendek sahaja. Ia akan mewujudkan lingkungan steril dalam jangkauan keluarga. Malangnya bukan virus sahaja yang dibunuh, bakteria-bakteria lain yang mewujudkan persekitaran rintangan bagi virus itu juga turut mati.
Persekitaran disenfaktan seperti itu dalam jangka masa panjang boleh mewujudkn kerintangan (lali) kpd virus yang akan mnyerang buat kesekian kalinya. Ini jauh lebih merbahaya kepada keluarga anda berbanding tanpa persekitaran steril kerana kali ini virus telah bertambah kuat kerana keimunannya kepada antiseptik telah bertambah.
Pernah tak anda tertanya-tanya kenapa anak-anak orang asli yang berhujan, panas, tak bersepatu, makan pun tak brp bersih tp ssh demam & cirit birit? Juga knp org gila yg bertahun xmandi mkn dr tong sampah tp xmati keracunan? Ini sebabnya. Keimunan & kerintangan virus/mikrob thdp bdn seseorang.
Ads
Ada satu kajian dibuat di Jepun tentang penggunaan antiseptik sebagai bahan mop lantai mengakibatkan kanak-kanak dalam rumah itu sering demam berbanding rumah yang tidak menggunakan antiseptik. Kajian itu telah diterbitkan berkali-kali dalam bentuk jurnal. Saya lupa tajuknya apa. Kajian yang sah dan terbukti kebenarannya. Maka pelik bagi saya bila ada doktor yang suggest pakai spray ini di rumah. Tak baca jurnal kesihatan ke doc tu?
.
Ads
Nasihat saya, tak semua produk yang diiklankan sebagai benda baik itu semestinya baik untuk kita. Sebagai pengguna bijak, kaji kesan sampingannya dulu. Maaf saya terpaksa menegur kerana ini melibatkan nyawa dan kesihatan umum. Saya juga tahu ramai yang menggunakan antiseptik sebagai bhn steril dalam rumah.
Di hospital, antiseptik hanya digunakan untuk cuci luka. Untuk steril peralatan, mereka guna air panas.
Bukan Dettol! (atas sebab yang sama). Jangan gadaikan nyawa untuk produk kapitalis! Berhenti menjadikan virus lebih imun dan kuat. Ia berbahaya bukan sahaja kepada keluarga anda tapi juga orang lain. Jadilah pengguna bijak.
Mungkin ada banyak produk rambut rawak jarang sekali anda gunakan. Baiklah, jom semak produk yang menjadikan hidup anda sedikit lebih mudah dengan hanya menggunakan perapi rambut.
Perapi, tetapi produk ini tidak berfungsi seperti yang lain, pengambilan yang baik bukan sahaja dapat melembapkan rambut anda, tetapi juga menguraikannya, melindunginya dari kerosakan haba, rambut tambah berkilau dan kuat. Selain itu, jika anda mencuci rambut, perapi akan buat rambut kelihatan cantik dan segar.
Tidak perlu menggunakan pelbagai produk rambut , pilih saja salah satu perapi terbaik sudah memadai untuk bawa ke mana sahaja. Rambut sihat kelihatan bermaya seusai tanggalkan tudung.
Campuran susu ini dengan berkesan mengembalikan kelembutan, kekuatan dan tahap kelembapan rambut, sekaligus bertindak sebagai penghalang panas. Digunakan pada rambut basah atau kering, formula tidak berminyak ini menutup kutikula rambut untuk mengunci kelembapan, memulihkan kilauan dan mengurangkan keriting tanpa meninggalkan penumpukan produk.
Perapi ini melawan kelembapan untuk menghidupkan kembali keriting rambut dan mengurangkan keriting dan hujung yang pecah ditambah dengan protein Alpha Keratin 60ku® yang menjadikan rambut terasa lembut seperti sutera. Kabus pelindung yang ringan dan pelbagai tugas melembapkan, melindungi, dan menguraikan rambut tanpa penumpukan. Rambut dibiarkan lebih lembut, berkilau, dan keseluruhannya lebih sihat.
Semburan pra-gaya super-penghidratan ini adalah kondisioner percutian, detangler, dan pelindung haba , semuanya dalam satu. Ini menyatukan rambut untuk menata rambut, melindungi dari panas dan melicinkan keriting juga untuk penampilan yang halus, berkilau dan sihat.
Sekiranya anda menghabiskan berjam-jam di pagi hari untuk mencuba membentuk sehelai rambut itu, kondisioner cuti ini sesuai untuk anda. Dengan agen lipid dan pelembut dalam formula, kabus ini mampu melicinkan TF dari rambut anda kusut.
Perapi cuti mungkin kelihatan menakutkan bagi anda yang mempunyai rambut halus, tetapi perapi rambut ini benar-benar bebas minyak. Menjadikan rambut anda tidak akan rata atau berminyak pada separuh hari. Sebagai gantinya, formula menggunakan ekstrak laut dan silikon untuk melembapkan ringan dan melicinkan rambut kering dan halus tanpa membasuh.
Percutian dan perjalanan jangka masa panjang anda tiada halangan dengan masalah rambut kempam dan leper sebalik hijab, mudah sahaja bawa bersama perapi rambut yang punyai fungsi pelbagai.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita bekerjaya, kebanyakan masa kita pasti akan dihabiskan di pejabat. Kita akan keluar awal pagi untuk ke pejabat dan pulang ke rumah pada jam 8 malam ke atas semata-mata mahu mengelakkan kesesakan lalu lintas. Boleh anda bayangkan berapa banyak masa kita habiskan di pejabat berbanding di rumah.
Disebabkan itu, anda perlu berasa bahagia di tempat kerja kerana ia merupakan lubuk kebahagiaan hidup kita. Jika kita tidak bahagia di tempat kerja, maka bermakna kita juga tidak bahagia. Kadangkala, kerja yang terlalu banyak serta pergaduhan di tempat kita boleh membuatkan kita stress dan akhirnya tidak bahagia dan tiada hati mahu pergi ke tempat kerja.
Kalau anda mahu bahagia di tempat kerja, cuba amalkan 7 perkara yang dikongsi oleh Ashikin Hashim menerusi laman Facebooknya. Menurutnya, tempat kerja merupakan rumah kedua dan tempat kita mencari rezeki. Ayuh kita baca perkongsiannya. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.
Ustaz Pahrol pernah kata: Tempat kerja tempat yang lama kita berada. Jika balik rumah, kita balik dan tidur. Di tempat kerja kita jumpa dan berurusan dengan orang. Jika kita tidak bahagia di tempat kerja maka kita tak bahagia.
Nasihat Dr Fadhilah Kamsah kepada mereka yang mahu berhenti kerja sebab tak boleh kerja dengan orang, sebab rasa tak dihargai, sebab kawan-kawan tak ngam dengan kita:
“Betulkan diri kita dahulu. Betul kan niat kita. Doakan semoga orang-orang yang tiada hubungan baik dengan kita akan menjadi baik dengan kita, doakan untuk bos supaya bos sayang kita, doakan untuk company semoga company sukses.”
Ini pula kata-kata saya: Sebenarnya senang kita nak rasa disayangi di tempat kerja. Sangat mudah nak dihormati, dipercayai dan rasa tenang di tempat kerja.
1. Tanamkan niat kita bekerja kerana Allah. Pasti Allah bantu niat-niat kita yang lain seperti nak bantu keluarga, nak bayar hutang etc.
2. Buat baik dengan semua orang – dengan kawan-kawan sekerja, dengan pembantu, dengan pelanggan, dengan pelawat etc
3. Jangan mengadu domba. Nampak saja kesalahan orang, mudah mahu adu pada boss dan menjadi pula bahan umpatan dengan kawan-kawan. NO! Jangan mulakan. Inilah pembunuh senyap di tempat kerja.
4. Berlapang dada dengan apa jua yang dihadapi di tempat kerja. Tenang itu selalu menang.
5. Ucapkan terima kasih kepada boss dan kawan-kawan.
6. Mohon maaf jika bersalah. Jangan ego.
7. Senyum. Usah mudah sangat berubah muka. Senyumlah kerana senyum itu penawar untuk semua permasalahan.
Tempat kerja adalah rumah ke-2 kita. Tempat kita mencari rezeki. Jika di tempat kerja kita bermain dengan perasaan. Kita tak suka dengan rakan sekerja, kita membenci, bagaimana doa kita mahu dimakbul Allah?
Semoga anda semua menjadi pekerja yang hebat. Orang hebat pasti disayang manusia dan juga Allah.
Setiap kali masuknya awal bulan Islam, maka akan tersebarlah hadis-hadis yang menceritakan akan kelebihan bulan tersebut. Ia sentiasa disebut atau disebarkan oleh sebahagian masyarakat kita pada hari ini.
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.
Apakah terdapat kelebihan atau amalan tertentu (khusus) dalam Bulan Rejab berdasarkan pendapat para ulama’?
Di sini dinyatakan beberapa pendapat para ulamak berkaitan kelebihan bulan Rejab, antaranya ialah:
*Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Tidak ada disebut di dalam hadith yang sahih (yang boleh dibuat hujjah) akan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, berpuasa daripadanya disebabkan sesuatu perkara yang tertentu dan solat yang khusus”. [Tabyin al-‘Ajab, 9]
*Imam Ibn al-Qayyim mengatakan: “Setiap hadith yang menyebut berkaitan puasa di bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu di dalam bulan tersebut adalah satu pendustaan yang direka”. [al-Manar al-Munif, 96]
*Imam al-Syaukani pula berkata: “Tidak ada disebut berkaitan amalan pada bulan Rejab secara khusus di dalam sunnah yang sahih, juga yang hasan dan juga yang dhaif (dhaif ringan). Bahkan, kesemua yang diriwayatkan berkaitannya secara khusus adalah palsu lagi dusta dan teramat dhaif”. [al-Sail al-Jarrar, 297]
*Imam Ibn Rejab berkata: “Tidak ada yang sahih pada kelebihan berpuasa di bulan Rejab yang khusus daripada Nabi SAW dan juga tidak ada yang khusus daripada sahabat Baginda SAW”. [Faidh al-Qadhir, 4:210]
Setelah dilihat dan menekuni pendapat para ulamak dalam masalah ini, cenderung untuk mengatakan bahawa bulan Rejab tidak mempunyai apa-apa kelebihan yang khusus daripada hadis-hadis yang sahih seperti amal ibadat tertentu.
Walaupun begitu, ini tidak menghalang seseorang itu untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedeqah dan lain-lain lagi dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu. Ini kerana, bulan Rejab termasuk di dalam bulan-bulan haram yang mana diketahui akan kelebihan bulan-bulan haram berbanding bulan-bulan yang lain.
Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”.
Di antara kelebihan yang terdapat di dalam bulan Haram ini ada disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya, yang mana beliau telah menukilkan pendapat daripada Ibn Abbas RA yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan di dalam bulan Haram ini adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. [Tafsir Ibn Kathir, 4:130]
Berdasarkan soalan di atas, hadis di atas adalah palsu dan tidak diketahui asalnya daripada kitab-kitab hadis yang muktabar. Ini merupakan salah satu pendustaan yang direka dan disandarkan di atas nama Nabi SAW. Bahkan, hadis ini juga turut digunakan pada bulan-bulan Islam yang lain seperti Zulhijjah, Sya’ban, Ramadhan, Muharram dan sebagainya.
Kesemua hadis yang menceritakan tentang kelebihan memberitahu akan kemasukan awal bulan-bulan Islam ini adalah palsu. Justeru itu, penyebaran hadis ini perlu dihentikan dengan serta-merta sama ada melalui meja-meja penceramah dan juga media sosial serta ia tidak boleh lagi disebarkan melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya.
Hukum Meriwayatkan Hadis Palsu
Para ulama menyatakan bahawa tidak dibolehkan atau haram bagi kita meriwayatkan hadis palsu apabila diketahui akan keadaannya (palsu) melainkan bagi menjelaskan akan kepalsuannya. Ini merupakan pendapat Imam Ibn Salah, Imam al-Nawawi, al-Suyuthi dan ramai lagi termasuk ulama-ulama hadith masa kini. Hukum ini terbina berdasarkan kepada hadith-hadith yang menceritakan berkaitan larangan keras Rasulullah SAW terhadap pendustaan di atas nama Baginda SAW.
Maksudnya: “Barangsiapa yang berkata di atas namaku yang mana aku tidak perah mengucapkannya maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (109)]
Maksudnya: “Janganlah kamu berdusta di atas namaku, kerana ia iaitu yang berdusta di atas namaku tempatnya adalah neraka.” [Riwayat al-Bukhari (106) dan Muslim (1)]
Maksudnya: “Sesiapa yang menyampaikan daripadaku sesuatu hadith yang pada sangkaannya adalah dusta maka dia adalah termasuk dalam kalangan pendusta.” [Lihat: Muqaddimah Sahih Muslim]
Tanggungjawab Dan Peranan Kita
Sebagai seorang mukmin yang cinta kepada Rasulullah SAW seharusnya bagi kita menjaga nama dan diri Rasulullah SAW daripada dicemari dengan pendustaan dan pemalsuan golongan yang tidak bertanggungjawab. Ini merupakan bukti dan tanda cinta serta kasih kita kepada Rasulullah SAW sebagaimana di dalam sebuah hadis:
Maksudnya: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia kasih kepadaku lebih daripada dia kasih kepada ibubapanya, anakya dan manusia keseluruhannya.” [Riwayat al-Bukhari (15)]
Di samping itu juga, menjadi kewajipan kita semua sebelum membaca, menulis, mengajar, menyampaikan atau menyebarkan sesebuah hadis Nabi SAW, ia perlulah dikenalpasti terlebih dahulu akan sumber dan status (hukum) hadith tersebut. Ini kerana, bimbang dengan tidak menyatakan sumber dan hukum hadith tersebut, akan menyebabkan kita termasuk ke dalam ancaman Nabi SAW. Dengan cara ini, ia akan menjaga kesucian agama ini dan juga daripada penyelewengan golongan-golongan yang ingin menghancurkan Islam.
Kesimpulan
Kesimpulannya, hadis palsu merupakan peringkat hadis dhaif yang paling buruk sebagaimana yang telah disebutkan oleh Imam Ibn Salah:
Maksudnya: “Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya hadith palsu adalah termasuk di dalam hadith-hadith dhaif yang paling buruk.” [Lihat: al-Muqaddimah, 98]
Tambahan pula, hukum meriwayatkan hadis palsu adalah haram melainkan bagi menyatakan akan kepalsuannya dan akibatnya akan dicampakkan ke dalam neraka di akhirat kelak. Semoga Allah SWT memelihara lidah-lidah kita daripada berdusta di atas nama Nabi SAW.
Sempena kemasukan bulan Rejab ini, marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan baik kita dan semoga Allah SWT sentiasa memberi kita taufiq dan hidayah-Nya dalam setiap amalan yang kita lakukan agar ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan juga sunnah Rasulullah SAW. Wallahua’lam.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...