Semua orang nak cantik sampailah terciptanya benda-benda palsu untuk kelihatan lagi lebih cantik dan jelita. Trend sekarang macam-macam ada, dari pendakap gigi palsu, kanta pelekap palsu kini ada pula lesung pipi palsu! Bukan sahaja merbahaya tetapi juga boleh memudaratkan kesihatan.
Trend yang menular di negara jiran Thailand itu dikatakan menjadi kegilaan remaja di sana untuk memberikan ilusi seolah-olah mempunyai lesung pipi dengan menindik berlian dan perak ke pipi yang dikatakan boleh mencantikkan lagi wajah, betul ke?
Bagi yang ingin tahu bagaimana proses menebuk pipi dilakukan, ia lebih kurang sama seperti menindik telinga. Anda perlu kumur dengan pencuci mulut dahulu untuk menghilangkan bakteria di dalam mulut.
Kemudian barulah pipi akan dikebaskan untuk mengurangkan kesakitan. Selepas itu, penindik akan terus menindik pipi anda. Seram bukan? Macam sakit sangat.
Trend ini memang menjadi kegilaan remaja di Thailand, diharap tidak menular sampai ke Malaysia. Amalan bertindik sehingga merisikokan kesihatan adalah haram, malah bukan cantik pun!
Semata-mata untuk mencipta ilusi pipi berlesung pipit. Mereka sanggup melubangkan pipi hanya untuk kelihatan lebih ‘sweet’ tanpa memikirkan kesan sampingannya!
Sumber: Rojak Daily