Semua orang nak cantik sampailah terciptanya benda-benda palsu untuk kelihatan lagi lebih cantik dan jelita. Trend sekarang macam-macam ada, dari pendakap gigi palsu, kanta pelekap palsu kini ada pula lesung pipi palsu! Bukan sahaja merbahaya tetapi juga boleh memudaratkan kesihatan.
Trend yang menular di negara jiran Thailand itu dikatakan menjadi kegilaan remaja di sana untuk memberikan ilusi seolah-olah mempunyai lesung pipi dengan menindik berlian dan perak ke pipi yang dikatakan boleh mencantikkan lagi wajah, betul ke?
Bagi yang ingin tahu bagaimana proses menebuk pipi dilakukan, ia lebih kurang sama seperti menindik telinga. Anda perlu kumur dengan pencuci mulut dahulu untuk menghilangkan bakteria di dalam mulut.
Ads
Kemudian barulah pipi akan dikebaskan untuk mengurangkan kesakitan. Selepas itu, penindik akan terus menindik pipi anda. Seram bukan? Macam sakit sangat.
Ads
Trend ini memang menjadi kegilaan remaja di Thailand, diharap tidak menular sampai ke Malaysia. Amalan bertindik sehingga merisikokan kesihatan adalah haram, malah bukan cantik pun!
Ads
Semata-mata untuk mencipta ilusi pipi berlesung pipit. Mereka sanggup melubangkan pipi hanya untuk kelihatan lebih ‘sweet’ tanpa memikirkan kesan sampingannya!
Siput sedut memang satu hidangan yang sangat sedap untuk dinikmati. Namun, tak semua yang menggemarinya kerana ada yang berasa geli dengan keadaan dan sifatnya. Cara memasaknya yang agar renyah juga membuatkan ramai yang memilih untuk membeli di restoran sahaja.
Tetapi ramai juga yang memilih untuk memasaknya sendiri kerana lebih puas. Namun, kadang kala ada perkara yang kita tidak jangkakan berlaku. Seperti gadis ini, niatnya untuk memasak siput sedut bertukar menjadi situasi mengejutkan apabila tidak menyangka kesemua siput sedut yang dibeli cuba meloloskan diri!
Semalam menyaksikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah dipilih sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019. Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara.
Pelantikan itu diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini. Terdahulu, Raja-Raja Melayu telah mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara pagi ini, bagi membincang dan memperkenankan pengganti kepada Sultan Muhammad V, yang meletakkan jawatan sebagai YDP Agong pada 6 Januari lepas.
Ramai mengucapkan tahniah atas perlantikan baginda sebagai YDA Agong ke 16 yang disifatkan sebagai seorang sultan yang berjiwa rakyat, begitu mengambil berat kebajikan dan sopan dalam menyantuni rakyat bawahannya.
Namun yang turut menjadi perhatian netizen juga adalah isteri baginda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Ramai yang memuji penampilan isteri baginda yang bukan sahaja cantik, tetapi juga santun dengan penampilan berhijab yang begitu memenuhi kriteria sebagai wanita Muslim.
Pelantikan itu diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini. Terdahulu, Raja-Raja Melayu telah mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara pagi ini, bagi membincang dan memperkenankan pengganti kepada Sultan Muhammad V, yang meletakkan jawatan sebagai YDP Agong pada 6 Januari lepas.
Ramai mengucapkan tahniah atas perlantikan baginda yang disifatkan sebagai seorang sultan yang berjiwa rakyat, begitu mengambil berat kebajikan dan sopan dalam menyantuni rakyat bawahannya.
Namun yang turut menjadi perhatian netizen juga adalah isteri baginda, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, 59 tahun.
maklongdona Alhamdulillah, Allahu Akbar. Daulat Tuanku.. MasyaAllah cantik nya tuanku permaisuri Agong? sejuk mata memandang
qaseh.fyza Koi bangga jd rakyat phg.. Permaisuri menutup aurat dgn sempurna… Semoga kita dpt mencontohi nya… Allahuakbar…
fajimjuffa Subhanallah Tuanku! Berjiwa rakyat sungguh
noorsiaharshad Masya Allah sgt cantik d padan keduanye…akak pun suke kalau kome cntohi cara tengku permaisuri berpakaian sntiasa menutup aurat …beraslas lg…
Pereka tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim yang diberi tanggungjawab untuk menjadi ‘Tukang Jahit’ untuk menyiapkan busana sempena majlis permasyhuran berkenaan.
Dalam posting di Instagram beliau, Datuk Rizalman turut berkongsi momen di sebalik tabir sesi fotografi bersama keluarga Diraja ini.
Beliau memberitahu tidak pernah termimpi diberi kepercayaan untuk menjadi ‘Tukang Jahit’ pada Tuanku berdua. Apatah lagi menurutnya dapat bergambar bersama Baginda Tuanku.
Datuk Rizalman juga akan menjadikan momen berkenaan sebagai khazanah cukup berharga buat diri beliau selamanya.
Bukan busana Baginda Tuanku sahaja beliau diberi kepercayan untuk menjadi ‘Tukang Jahit’ tetapi juga kesemua busana puteri-puteri Baginda berdua sempena majlis pemasyhuran berkenaan.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.