Viral Kahwin Dengan Cikgu Sendiri, Lelaki Ini Buka Cerita Kumpul Duit Syiling Demi Menikahi Isterinya

Share

Baru-baru ini telah tular mengenai kisah seorang lelaki yang berkahwin dengan gurunya sendiri. Kisahnya ini mendapat perhatian netizen kerana jarang sekali kita mendengar kisah sebegini. Berkongsi kisahnya kepada Mstar, Muhammad Hazim telah menceritakan bagaimana dia boleh jatuh cinta kepada isterinya.

Awalnya hanya usikan di sekolah dan akhirnya bertukar menjadi realiti.

Kisah cintanya bermula hanya dengan usik mengusik di sekolah. Selepas tamat zaman persekolahan tiga tahun lalu, episod cinta antara mereka mula hadir sewaktu dia mahu melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej swasta di Bangi.

Isteri saya adalah cikgu subjek Fizik kelas saya. Saya suka mengusik dan bergurau dengan dia. Saya pernah kata suatu hari nanti saya akan menikahinya. Dan seperti biasa, dia (isteri) hanya buat tak tahu dan mengabaikan usikan saya.

Tunggu saya lagi 5 tahun cikgu.

Ada suatu ketika, saya pernah kata cikgu tunggu saya lima tahun je, masa tu saya berumur 21 tahun, saya akan masuk meminang cikgu. Dia dengan selamba menjawab, kalau nak tunggu kamu, tualah saya kalau macam tu.

Takdir Allah, benarlah kata-kata itu satu doa. Lima tahun kemudian, saya benar-benar meminangnya dan dengan restu kedua ibu bapa, kami bernikah dan bergelar suami isteri yang sah.

Katanya lagi, isterinya pernah menolak cinta dan meletakkan syarat supaya mendapatkan restu ibu bapa terlebih dahulu. Demi membuktikan cintanya juga, Hazim mula membuat simpanan dan mulakan perniagaan kecil-kecilan.

Cinta pernah ditolak namun dirinya tidak kenal erti putus asa!

Pada awalnya cinta saya ditolak namun saya tak berputus asa. Dia (isteri) meletakkan syarat agar saya dapat persetujuan kedua-dua ibu bapa kami kerana reda Allah terletak pada reda ibu bapa.

Mungkin disebabkan faktor usia dan keadaan semasa, jadi kami memilih untuk tunggu saat yang sesuai untuk menjalin ikatan yang sah. Lagi pula, masa tu saya baru sambung belajar dan keadaan kewangan masih belum stabil.

Saya mula dengan wang syiling simpanan saya. Saya masih ingat lagi masa tu simpanan saya ada dalam RM477. Saya guna duit itu sebagai modal berniaga kecil-kecilan.

Berkat sokongan daripada dia, bisnes kecil-kecilan saya dengan hanya menjual sarung tangan dapat sambutan. Saya juga jadi dropship tudung dan beg.

Dengan usaha ini, alhamdulilah saya berjaya membuktikan saya mampu memilikinya dan meyakinkan kedua ibu bapa saya dengan sejumlah wang yang saya simpan.

Pertama kali saya lihat isteri di kantin sekolah, saya dapat rasakan sesuatu yang istimewa tentang dia. Senyuman dia berjaya memikat hati saya.

Masa tu saya abaikan perasaan itu memandangkan dia guru saya. Namun saya bersyukur kepada Allah kerana dia kini milik saya.

Itulah orang kata kalau dah jodoh tak ke mana. Yang penting kita berusah dulu. Belum cuba, belum tahu kan?

Published by
Qistina