Viral Isu Elak Basuh Baju Suami Campur Dengan Anak-anak, Lelaki Ini Kongsi Cara Didik Keluarga

Share

Baru-baru ini viral di media sosial status seorang wanita yang mempersoalkan basuhan baju anak dan suami dicampur sekali. Meskipun hukum menyatakan basuhan suci, seorang isteri seharusnya mempunyai adab dan memuliakan suami.

Isu tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada pelbagai pihak. Rata-rata tidak bersetuju dan menegaskan tidak perlu memberatkan apa yang tidak sepatutnya.

Status ini mula menjadi pendebatan ramai, Masing-masing ada pendapat yang berbeza dan menganggap perkara ini tidak wajar diamalkan.

Melalui satu perkongsian di laman Facebooknya, seorang lelaki, Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkongsi cara didik keluarga.

Ya lah, ya lah, saya delete post pasal basuh baju tadi. Dah bergaduh pula memasing kat facebook saya ni.

Bagi saya mudah, utamakan prioriti dahulu. Bil letrik, bil air, masa dan tenaga. Kena ambil kira semua tu. Kenapa nak membazir kalau boleh berjimat?

Rasanya payah nak cari suami yang kata, baju saya asingkan, jangan campur sekali. Dia pun fikir banyak kali pasal komitmen bulanan.

Kalau ada sebab munasabah, tak ada masalah. Contoh, pakaian suami atau isteri tu terlalu kotor, atau sebab kerja di klinik atau hospital, virus bakteria sana sini. Alasan tu patutlah.

Sekarang, mari kita berfikir, kenapa ya pakaian anak ada najis?

Kalau baby eloklah tak campur pakaian dengan orang dewasa. Basuh dengan tangan lebih baik. Taklah rosak baju budak tu nanti. Lahir anak baru, boleh guna lagi baju tu.

Ada anak yang pakai pampers lagi ke? Umur dia dah berapa sekarang? Bila nak ajar tak pakai pampers tu? Kalau dah tak pakai pampers, fokus lah untuk didik anak cara basuh najis dengan cara yang betul.

Kalau terkena juga najis, cuci dengan air paip dulu hingga hilang bau, warna dan rasa. Kemudian, basuhlah di mesin basuh juga.

Anak lelaki, jangan ajar kencing berdiri, ajar dia berdehem untuk habiskan urin keluar. Pintu kunci bila mandi atau buang air kecil. Anak perempuan pun sama. Ajar anak kemaluan dia nama faraj/ vagina, zakar/penis.

Itu keutamaannya.

Jangan memberatkan apa yang tak sepatutnya. Islam tak ajar begitu. Anak harus diajar berdikari, cinta pada ilmu, bijak mengurus diri, beradab, jaga akhlak, jaga kemaluan, bertanggungjawab, pandai cari duit, empowerment mereka dari awal, baik anak perempuan mahupun anak lelaki.

Suami pula belajar urus rumah. Basuh baju, sidai baju, iron baju, lipat baju, gantung baju, simpan baju dalam almari. Kalau rasa tak sempat, beli dryer mudahkan kerja isteri.

Anak lelaki dari kecil ajar masuk dapur. Basuh pinggan, cuci kasut, masak, kenal sayur, basuh baju, bersihkan tandas, buang sampah ke tong sampah luar. Nanti tak adalah menyusahkan isteri je bila dah kahwin.

Nabi Muhammad tu pun bila di rumah bantu isteri.

Kita ni kadang-kadang melebih ikut adat sampai terlupa ada lagi yang lebih penting dari tu.

Sumber kredit: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Published by
Norhasliza