Di sebalik mata yang berkaca, viral gaya tudung bawal Fazura ke Mahkamah, mujur ada hijabi ini buat tutorial mudah untuk penggemar fesyen Muslimah.
Berita perceraian di antara usahawan fesyen dan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin sampai kini masih hangat dibicarakan.
Tumpuan bukan saja kepada kes perpisahan mereka, tetapi juga busana dan gaya tudung bawal yang digayakan Fazura ketika hadir ke mahkamah pada Isnin lepas.
Cukup terkenal sebagai ikon fesyen meskipun berhijab, Fazura tiba dengan persalinan jubah pleated longgar berwarna merah jambu. Kecantikannya tambah terserlah apabila mengenakan tudung sedondon yang dilabuhkan menutup dada.
Gaya Fazura yang cukup kemas termasuk stail tudung bawal yang digayakannya cukup menjadi perhatian peminat. Pesona wanita berusia 41 tahun itu meskipun sedih hingga menitiskan air mata jadi igauan ramai!
Rata-rata netizen memuji penampilan Fazura di ruangan komen. Tak kurang juga yang meminta tutorial stail tudung yang dipakai, rupanya tak susah.
Carian Hijabista menemukan tutorial mudah yang dikongsi oleh pengguna TikTok @aha.beauty tentang cara membuat stail Fazura. Jom tengok…
Haa, mudahkan? Tudung pun labuh dan tak singkat seperti kebiasaan. Yang ini, hijabi approved!
Di sebalik mata yang berkaca, viral gaya tudung bawal Fazura ke Mahkamah, mujur ada hijabi ini buat tutorial mudah untuk penggemar fesyen Muslimah.
Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan tersebut sah bercerai apabila Fattah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Sole.
Mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan oleh Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/usia-30-an-ibu-anak-4-kecantikan-isteri-datuk-jamal-abdillah-raih-pujian/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI