Viral Gaya Sedondon Keluarga Mat Salih Ini Berbaju Kebangsaan Syawal Lalu, Dapat Pujian Netizen

Share

Sambutan Syawal yang lalu bukan sahaja disambut oleh seluruh umat Islam. Tetapi juga turut dirai oleh bangsa lain yang begitu teruja menyambutnya mengikut budaya kita.

Bagi LtKdr Ben Dalton dan keluarga, tidak kekok menggayakan baju kebangsaan kita ketika sambutan Syawal yang lalu. Beliau bersama tiga orang anak lelakinya cukup comel menggayakan baju Melayu lengkap dengan songkok, butang baju Melayu dan kain sampin.

Manakala isteri dan dua orang anak perempuannya pula begitu ayu mengenakan kurung moden. Nyata keluarga ini cukup sporting menggayakan baju sedondon berwarna peach.

LtKdr Ben Dalton merupakan Peg Tentera Laut Australia yg berkhidmat di Pangkalan TLDM Lumut di bawah program pertukaran pegawai TLDM-RAN.

Tak Lepas Peluang Bergambar Kenangan

Ketiga-tiga anak lelaki LtKdr Ben Dalton yang cukup sporting bergambar dengan sesiapa pun

Umum memang mengetahui beliau dan keluarga gemar memakai pakaian kebangsaan seperti baju Melayu bukan sahaja ketika Hari Raya, tetapi juga sewaktu menghadiri jemputan perkahwinan rakan-rakan sejawat.

LtKdr Ben Dalton mempunyai tiga anak lelaki dan dua anak perempuan yang juga mengenakan pakaian kebangsaan yang serona ketika menghadiri majlis-majlis yang dihadirinya.

Sikap beliau memang wajar dipuji sementelah berbangsa asing yang begitu teruja menggayakan baju kebangsaan pada Hari Raya berbanding orang kita yang hanya memakainya tidak sampai satu hari.

Comel 3 Anak Lelaki LtKdr Ben Dalton

Walhal sekarang baju kebangsaan telah banyak dipelbagaikan mengikut keselesaan pemakai sampai hilang keaslian baju kebangsaan itu sendiri.

Admin suka nak berpesan, kalau bangsa lain boleh mengangkat budaya kita, kenapa kita sendiri tidak mengangkat budaya sendiri walau di mana pun kita berada.

Bergaya Sedondon Hadir Ke Majlis Perkahwinan

Tidak perlu melenting apabila ramai yang memuji bangsa lain mengangkat budaya kita sepatutnya kita harus berbangga dan menggalakkan mereka bukan sahaja baju kebangsaan Melayu malah baju kebangsaan agama lain.

Antara Komen Netizen

Mudah mesra

SUMBER: FB TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

Published by
SH