Viral Gadis Muslimah Tolak Salam Dengan Beckham, Netizen Puji Tindakannya & Boleh Dijadikan Calon Isteri

Share

Minggu lalu viral apabila bekas pemain bola sepak sensasi, David Beckham berknjung ke Pavillion Kuala Lumpur. Rata-rata ramai peminat bekas Kapten England ini tidak melepaskan peluang untuk bertentang mata dengan bapa kepada empat cahaya mata ini.

Biarpun usianya sudah menjangkau 42 tahun, namun kelibatnya di pusat beli belah terkemuka itu tetap menjadi buruan paparazi dan jeritan histeria daripada peminat yang cukup fanatik, terutma gadis yang menyambut kehadiranya. Maklumlah suami kepada Victoria Beckham

ini masih lagi kacak, tampan dan bergaya.
Bapa penyayang.

Malah selebriti lain juga turut hadir ke majlis berkenaan. Antara Fazley Yaakob juga turut menyifatkan Beckham ini begitu merendah diri dan mesra dengan semua orang di sekelilingnya.  Beliau dikatakan sentiasa melemparkan senyuman dan bersalam dengan semua yang ada di situ termasuk bodyguard, emcee dan juga organizer.

Dalam keghairahan untuk bertemu beliau, terdapat satu video pendek berdurasi 20 saat ini menjadi tular. Ini disebabkan penolakan seorang gadis Muslimah bertudung hijau yang memakai baju lengan panjang untuk bersalam dengan Beckham.

Gadis ini hanya menunduk hormat tika David Beckham menghulurkan tangan untuk bersalam. Nyata gadis ini cukup tegas dengan pendiriannya dan begitu menjaga auratnya dengan lelaki bukan muhrim. Walaupun di hadapannya adalah seorang lagenda bola sepak terkenal, namun dia tegas dengan pendiriannya.

Bekas bintang kelab Manchester United itu juga turut bersikap profesional dengan hanya mengangguk faham beserta senyuman tanda mengerti dan menghormati keputusan gadis itu. Biarpun hanya beberapa minit, tetapi video ini mendapat reaksi positif daripada netizen.

Ramai memuji tindakan gadis ini yang walaupun teruja bertentang mata dan satu pentas dengan Beckham, tetapi tetap menjaga pergaulannya sebagai gadis Muslimah beragama Islam. Rasanya kalau orang lain pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bersalaman dengan selebriti dari luar negara ini.

Punya aura tersendiri.

Seorang netizen berkata, “Walaupun dapat salam percuma dengan Beckham, dia tetap ingat batasannya sebagai perempuan.”

“Tak ada benda yang nak dimalukan pun sebenarnya kalau orang tak sambut salam kita atas sebab bukan mahram,” kata seorang lagi netizen.

“Berkat ajaran orang tuanya, hebat ibu bapanya mendidik adik tersebut,” kata netizen, malah dikatakan sebagai sesuai dijadikan calon isteri kerana menjaga tatatertib.

KOMEN NETIZEN:

SUMBER: VIA MSTAR ONLINE

 

 

 

 

Published by
Siti Zurina