Atlet Taekwondo India Bukan Islam, Minta Pakai Hijab Semasa Kejohanan. Warga Malaysia Sememangnya Baik!

Share

Peserta taekwando dari India ini tiba-tiba menjadi bualan warga maya. Alkisah, atlet Taekwondo ini bukan beragama Islam tetapi kelihatan berhijab ketika bertanding.

Dia memakai tudung ketika membuat persembahan Poomsae pada Kejohanan Taekwondo Antarabangsa Terbuka Malaysia Ke-5 Gewinn Unimap baru-baru ini. Pomsae sendiri adalah siri serangan asas dalam Taekwondo. Kejohanan itu yang berlangsung pada 2-4 September 2022 lalu, betempat di Universiti Malaysia Perlis (Unimap), yang turut disertai 15 negara termasuk India, Nepal, Brazil, Jepun, Singapura, Thailand.

Semoga menjadi asbab kebaikan untuknya

Penonton yang menyaksikan aksi atlet yang berasal dari India itu turut menitiskan air mata kerana aksinya berhijab mendapat restu kedua ibu bapa.

Rohida Salleh, orang yang membantu merealisasikan hasrat atlet India itu untuk tampil berhijab ketika bertanding di Malaysia. Dia mengakui terkejut apabila ditanya sama ada atlet berkenaan lebih berhijab atau tidak.

Wanita berusia 36 tahun itu berkata, suaminya ditanya oleh salah seorang pemandu dari India, Data Nadeson. Data mengatakan ada atlet India yang ingin memakai tudung agar ia menjadi kenangan terindah buat mereka.

“Ada satu kisah menarik semasa kejohanan itu. Apabila suami saya bertemu dengan seorang lelaki berbaju hijau (pemandu pelancong), dia bertanya sama ada sesiapa boleh meminjamkan tudung kepadanya. Kerana atlet dari India itu mahu memakai tudung. Kemudian suami saya bertanya, jadi saya segera ambil tudung dalam kereta. Kebetulan saya bawa lebih,” kata Rohida.

Tambah Rohida, punca atlet Taekwondo dari India itu memakai tudung kerana rata-rata penonton dan peserta yang hadir berhijab. Oleh itu dia ingin menjadi salah satu darinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Merrywati Manuil Selesa Berhijab Ketika Bersilat, Langsung Tak Nampak Kekok Walaupun Beragama Kristian

“Tidak disangka dia akan terus memakai tudung dalam kejohanan itu. Saya kagum dengan susuk tubuhnya. Kemudian dia memberikan tudung sebagai hadiah,” jelasnya.

Kisah seorang atlet India yang tampil berhijab ketika bertanding menjadi viral selepas dimuat naik oleh akaun TikTok @idaidzan. Rata-rata ada netizen yang memuji penampilan atlet Taekwondo itu dan mendoakan hidayah.

@idaidzanSemoga menjadi asbab kebaikan untuknya, Malaysian people very nice 🥰♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

Ramai yang memuji kecantikan atlet ini apabila menyarungkan hijab dan juga antara warga maya mendoakan supaya asbab dengan pertolongan ini, gadis ini sekeluarga memeluk Islam.

“Auto menangis mata,” kata pengguna TikTok @rosmya.

“Masha Allah.. cantiknya,” puji akaun @chebee0207.

“Masha Allah.. Semoga diberikan hidayah kepadanya.. Amin,” jawab akaun @PakAndak__.

“Semoga hidayah menjadi miliknya.. Amin,” jawab akaun @Nor.

MasyaAllah..who knows one day,depa 1 family peluk Islam,pahala besar buat puan dan suami puan..@khatijahnazir

ya Allah…dgn x sengaja meleleh2 airmata sy..subhanaAllah..moge pemberi n penerima dpt ganjaran Dr Allah swt.@Rnaniaziz

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

SUMBER: TikTok idaidzan

Published by
SH