Ads
Home Tengku Permaisuri Selangor Berkenan Berangkat ke Islamic Fashion Festival

Tengku Permaisuri Selangor Berkenan Berangkat ke Islamic Fashion Festival

Kecantikan DYMM Tengku Permaisuri Selangor dan Raja-raja Permaisuri Malaysia yang berangkat ke Majlis Santapan Malam Gala IFF 2024 di Bangkok, Thailand sekali lagi menjadi tumpuan rakyat jelata. Tampil manis dalam busana cape dress biru, aura Tengku Hajah Norashikin jelas kian terserlah.
Turut berangkat Raja Permaisuri Thailand Permaisuri Suthida, KPDB Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, KDYMM Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra, YMM Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis serta kaum kerabat diraja Malaysia.
Islamic Fashion Festival diasaskan oleh YBM Tengku Seri Kelana D’Raja, Dato’ Raja Rezza Shah untuk mempromosikan busana fesyen berunsur Islamik dengan menerapkan elemen kesederhanaan sesuai untuk digayakan oleh wanita moden ✨


Video Berkaitan