Guna mata untuk lihat kebaikan… – Prof Dr Muhaya Mohamad
“Ibarat menggunakan mata lebah untuk mencari kebaikan, bukannya jadi seperti mata lalat yang mencari keburukan orang lain.”
Prof Dr Muhaya Mohamad menasihati supaya jangan mudah mengkritik dan hanya mencari keburukan orang lain. Banyak ilmu dan nasihat yang boleh dimanfaatkan dari perkongsian oleh Prof ini.
Selain daripada dikenali sebagai seorang pakar mata, Prof Muhaya juga turut dikenali sebagai seorang pakar motivasi dan pendakwah yang bukan sahaja bijak dalam berkata-kata, namun juga mendakwah melalui teladan.